Satu hari, aku telah terima sms daripada Sasha. Dia minta aku baca belog seorang kenalan di universiti dulu, dan minta aku berikan komen.

Kenalan ni, bukanlah kawan aku di universiti pun. Hanya kenal susuk dan nama. Lepas tamat belajar, dia sertai sistem kehakiman. Mula-mula jadi Penolong Kanan Pendaftar, lepas tu jadi Majistret, lepas tu dengar-dengar dia sudah ke Mahkamah Persekutuan. Tak tahulah apa jawatannya di sana. Tahniahlah.

Tapi bukan itu yang aku pedulikan… semua tu tak penting.

Tapi janganlah sesukahati kutuk profesyen orang lain, terutamanya profesyen guaman tanpa usul periksa.

Antara isi-isi kandungan belognya begini:-

Kalau dah salah tulis nama, macam mana judge tu nak approve lu punya order kan? Please do not expect the staff to correct your drafts as it is not their duty to do so. The current instruction is to return any flawed draft orders. Why burden the staff to do what the lawyers are supposed to do for their clients (and collecting fees for such work)? Not fair isn’t it? And don’t come back to tell the Court that nobody is perfect. We don’t care whether you are perfect or not. But your draft order must be perfect before we process it..”

Tuan yang bijaksana, memang kesilapan kecil kadang-kadang adalah merimaskan. Tapi deraf dipanggil deraf adalah bersebab. Tujuan deraf adalah untuk mengelakkan terdapatnya kesilapan di salinan yang bersih. Kalau deraf tu dah sempurna dan difailkan, kita panggil ia ‘salinan bersih yang telah dimeterai”. Tak ada peraturan hatta di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah sekalipun yang mewajibkan deraf pertama yang diserahkan kepada Mahkamah supaya sempurna 100%. Kami tak pernah berniat nak menyusahkan staf Mahkamah. Tapi bukankah ia sebahagian daripada bidang kerja mereka?

“Another thing is this. How many of the private sector lawyers know the differences between a Senior Assistant Registrar, Deputy Registrar, Senior Registrar of the Session / Magistrate Courts, Magistrate, Chief Clerk and Pembantu Tadbir Undang-undang? I must admit that when I started service, I didn’t much about these designations. But as soon as I started working, I realized how important it is to know the hierarchy of these designations and the jurisdiction that comes with it. So I learned the duties of each designation. I doubt if you can get it in any books but asking around sure helps..”

Tuan yang bijaksana, saya tak tahu apa yang mereka ajar di sistem kehakiman, tapi para peguam dah belajar semua ni masa jadi pelatih dalam kamar. Ooops pensyarah -pensyarah Civil Procedure dan Professional Practice saya pun pernah sebut perkara ni. Tuan tidoq dalam kelas kaa?

If you are told by a clerk that your file is missing, how many of you would just go back to your office and tell your client that your case was postponed because the file is missing and how many would go and ask either the SAR / DR regarding the accurate status of the file? Most of the complaints of missing files that reaches the Palace Of Justice were not even missing. Upon investigation, it shows that the lawyer did not check with any officer and just took the word of the interpreter or clerk that the “file takda!”. They don’t even know that they should go to the Registrar / SAR / DR when there is any problem relating to the administration of their files / cases. They don’t even know what in the world is Registrar / SAR / DR what more who these individuals are! And then they have the cheek to inform their client that the court misplaced the file and it is now missing! Sedih… tapi benar….”

Tuan, sememangnya ia akan menjadi lawak minggu ini sekiranya saya pergi berjumpa dengan Penolong Kanan Pendaftar atau Timbalan Pendaftar untuk mengadu kepada mereka bahawa fail saya hilang. Ini adalah kerana di dalam bangunan Mahkamah yang tersergam indah itu, terdapat sebuah bilik kecil yang dinamakan Bilik Fail. Apa yang saya cuma perlu lakukan apabila jurubahasa beritahu saya bahawa fail saya tidak ada ialah pergi ke kaunter pendaftaran atau Bilik Fail, berjumpa dengan pegawai yang bertugas, beri nombor fail dan butiran fail dan pegawai yang bertugas akan periksa buku log dimanakah fail tersebut berada. Sekiranya sempat, fail dapat diperoleh hari itu juga dan kes akan berjalan seperti biasa. Jika tidak, memang wajarlah tarikh baru diberikan walaupun hati ada rasa sedikit bengang. Adakalanya, fail memang tidak dapat dijumpai atas sebab-sebab berikut:-

i. Mahkamah berpindah bilik/bangunan
ii. Kes sudah ditutup
iii. terdapat beberapa pendengaran interlokutori- kadang2 fail ada dengan PKP, kadang2 dengan Hakim.

Tuan, hal-hal sebegini tidak ada kena-mengena dengan sistem hierarki Mahkamah. Para peguam sudah cukup independen untuk mencari semula fail mereka yang hilang selagi terdaya. Saya berani potong jari bahawa sekiranya saya pergi perjumpa dengan PKP atau TP untuk mengadu tentang fail saya yang hilang, mereka akan bertanya semula kepada saya “DAH BUAT FILE SEARCH?”

So my suggestion is this. Go and learn the roles and responsibilities of Judicial Officers. You must know the right person to refer if you are in trouble. It is extremely important that you know this piece of knowledge if you want to be able to fulfill your duties to your client. If I had a lawyer, and my lawyer kept telling me that my file in court is missing, I’d be damned pissed. I’d be even more pissed if I knew that my lawyer didn’t do anything to check with the appropriate officer the actual status of my file..”

Tuan yang bijaksana, sekiranya saya bertemu dengan klien yang sebegini, saya akan membawa beliau menziarah Mahkamah yang Mulia dan dia boleh teman saya buat “file search’ kalau dia nak.

Nampaknya bukan sahaja peguam ‘tidak sempurna’, tapi Tuan juga sudah terkhilaf dari segi fakta, pengalaman dan sikap suka menuduh tanpa usul periksa akhirnya akan memakan diri kita sendiri.

Originally published at CeritaOrangGilak

Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini...

One reply on “Kesilapan v Kebodohan”

Comments are closed.