Bermesra dengan Peguam?

Herm. Tajuk yang agak pelik. Selama ni peguam dianggap tak mesra rakyat kan. Pakai sut hitam putih pastu jalan menonong je sorong beg kaunsel pegi Mahkamah. Tapi tak semua peguam macam tu- tak caya tanya aku.

Kali ni acara Minggu Kesedaran Undang-undang diadakan lagi. Pemuisi terkenal Cecil Rajendra akan buat persembahan istimewa. Begitu juga dengan Isham Rais @ Tukar Tiub yang akan buat stand-up comedy. Dan ada persembahan istimewa daripada para peguam (bukan aku) serta satu sudut akan disediakan di mana nasihat guaman percuma akan diberikan on the spot (mungkin aku).

Datang lah, tak perlu bayar :)

Tarikh: Sabtu, 31 Oktober 2009 (Malam ni lah!)

Masa: 7.30 petang – 9.30 petang

Tempat: Pentas Utama, Pasar Seni (tempat letak kereta)

Program:

1) Bacaan Puisi oleh Cecil Rajendra
2) Stand-up comedy oleh Hishamuddin Rais
3)Persembahan Drama oleh peguam-peguam sukarela Pusat Bantuan Guaman
4)Dikir Barat
5)Klinik Guaman Percuma

…dan, lagu tema Bantuan Guaman akan dinyanyikan (jangan harap oleh aku) dan diperkenalkan buat pertama kali. Ia tulis secara bersama oleh Meor dan kawan-kawan peguam :)

Originally published at CeritaOrangGilak.


(Visited 299 times, 1 visits today)

Tags: , , , , , , , , , ,


Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini (edisi BM). Kadang-kadang di Merdekareview.com (edisi BM) dan di beberapa buku komik kelolaan Zunar sebelum ia diharamkan. Buat masa ini, hobi beliau ialah menonton klip video K-Pop. Sila baca rintihan hatinya di belognya, CeritaOrangGilak.

Posted on 30 October 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use