Pada 9 Disember 2007, aku dan beberapa kawan-kawan loyar telah bercadang untuk jalan-jalan sambil ambil angin pagi sebagai menyambut Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Kawan-kawan kami yang bukan loyar juga turut serta untuk sama-sama memanaskan badan. Bagi memeriahkan keadaan, kami sempat buat banner lagi :p

Bersiap untuk berjalan (pakai topeng tu bukan apa… KL-kan banyak debu :p psst perhatikan rambut sdr Amer Hamzah yang gonjeng)

Walaubagaimanapun, program kami nampaknya diketahui oleh pak-pak polisi, yang cemburu kerana kami tidak mengajak mereka sama untuk berjalan-jalan. Maka mereka pon hadir beramai-ramai, lebih ramai daripada bilangan kami yang tak sampai 100 orang ni dan mula memberikan berbagai-bagai peraturan jika kami mahu berjalan pagi di bumi merdeka ini.

Pada mulanya, kami dibenarkan berjalan dari Sogo sehingga ke bangunan Majlis Peguam dan semuanya haruslah diselesaikan dalam 10 minit.

Tapi, kekecohan berlaku apabila tak sampai 5 minit, polis mula menyerbu dan menghalau kami seperti anjing atas-atas alasan kami melakukan perhimpunan haram.

“Oleh sebab kamu tidak mengajak saya bersama berjalan dengan kamu, saya membalas dendam dengan menggunakan kuasa saya untuk menghalau kamu semua dari kawasan ini serta merta. Sila pergi sekarang supaya saya boleh sambung tidur. It’s Sunday for God sake!” (mungkin inilah yang dikatakan oleh pak polisi ini di dalam hati; sila jangan tahan saya di bawah Akta Fitnah :p)

Kami cuba bercakap elok-elok dengan pak-pak polisi bahawa kami cuma nak jalan, sikit je lagi ni. Tambahan pula, waktu tu pukul 8 pagi lebih dan jalan raya sangatlah lengang. Jadi apekehenya kami ni dikatakan mengganggu ketenteraman awam?

Akan tetapi, dalam sesi berdialog bersama pak polisi, 4 orang loyar telah ditahan iaitu Sivarasa, Suren, Amer Hamzah dan Latheefa Koya. 4 orang kawan-kawan yang bukan loyar juga telah ditahan iaitu Nora, Arif, Eric dan seorang warga India yang kebetulan berada di situ. Kesian beliau.


Keratan akhbar yang telah membuatkan bapaku marah dan merajuk selama 2 hari. Tapi lepas 8 Mac 2008, dia dah tak kisah dah apa aku nak buat. Hohoh.

Kelapan-lapan orang ini telah didakwa kerana terlibat dalam perhimpunan haram di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Perbicaraan telah dilangsungkan. Ramai orang telah dipanggil sebagai saksi bagi mengadili samada terdapat saki-baki kebebasan hak berhimpun secara aman di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pada hari ini (16 April 2009), Puan SM Komathy, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Pendakwaraya tiada kes terhadap para tertuduh dan telah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh.

Semua orang gembira. Aku pon gembira. Aku harap, kes ini akan memberikan peluang dan harapan baru kepada pejuang-pejuang hak asasi manusia dan bahawanya masih ada insan baik di sebelah sana yang turut serta dengan kami, walaupun dengan caranya tersendiri.

Tapi, jangan terlalu gembira yer. Macam kes-kes hak asasi yang lain, Pendakwaraya mesti nak buat rayuan punya. Kita tunggu dan lihat :)

Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini...

3 replies on “BEBAS!”

  1. The production of literature is done in the process of assignment and essay writing. The students and researchers have understood the significance of creative writing. The levels of education have included the research work as the mandatory work for the education.

  2. If justice had been fair in our courts, this would "NOT" had happen…!!!!!!!!!!!

    What more is there to say…???????????????????????????//

Comments are closed.