PENGALAMAN SAYA BERLATIH SAMBIL BEKERJA SELAMA ENAM BULAN DI MCCHR

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.

Saya sudah bekerja dengan MCCHR selama enam bulan. Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya di sini. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat peluang ini, ia memberi saya banyak pengalaman dan pelajaran. Apa yang saya perasan dalam diri saya, saya ada keberanian dan lebih berdikari.

Dua bulan lepas ada banyak cabaran yang saya hadapi semasa  pandemik Covid-19, terutama sedikit kesusahan dalam menjalankan tugasan saya. Cabaran semasa  bekerja ialah menggunakan akses internet di mana ianya agak sukar bagi saya kerana saya kurang mahir menggunakan aplikasi atas talian. Saya amat berterima kasih kepada penyelia saya, Mazni yang banyak membantu saya pada masa itu dan memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya  kepada saya. Walaupun saya belajar dengan dia dengan menggunakan aplikasi atas talian, banyak juga yang saya telah dapat pelajari daripada penyelia saya.

Selama dalam latihan bekerja dalam tempoh enam bulan ini, saya juga menyertai banyak aktiviti seperti lampiran dibawah.

                  ACARA/AKTIVITI

 TARIKH

Solidarity dengan Fadiah Nadwa

13 Mac 2020

Mesyuarat kumpulan/renovasi pejabat

12 April 2020

Mesyuarat/Dialog Suhakam bersama NGO/CSO PENILAIAN KEPERLUAN MASYARAKAT ORANG ASLI

20 April 2020

Mesyuarat (Zoom) /Infografik OA

23 April 2020

Mesyuarat (Skype) /renovasi pejabat

28 April 2020

Mesyuarat (Zoom) /Social Media & Scheduling

29 April 2020

Mesyuarat (Zoom) /Twitter

1 Mei 2020

Acara /siber buli dengan pelajar Sunway

12 Mei 2020

Mesyuarat /Eborak

19 Mei 2020

Acara (Zoom) /Idolademokrasi Big Picture

19 Mei 2020

Acara(zoom)/Idolademokrasi Problem Tree & Action Pyramid

20 Mei 2020

Forum Orang Asli/ Pertanian Konten

21 Mei 2020

Acara UndiMsia/ Temubual Bersama Belia Wanita Muda Orang Asli

21 Mei 2020

Acara siri wayang sembang pasca PKP/Langkah untuk  membendung keciciran pelajar orang asli

22 Mei 2020

Media Archive + Excel Tutorial

10 Jun 2020

Mesyuarat Media Archive

11 Jun 2020

Perbincangan Media Archive

16 Jun 2020

Mesyuarat / Review-Accounts

22 Jun 2020

Excel tutorial

3 Julai 2020

Mesyuarat: Echoes in the silence /Merdeka sebenar ialah merdeka

15 Julai 2020

Acara: Strategic Litigation Manual (Malay) book launch + closed door discussion

23 Julai 2020

Eborak: Pendidikan OA, akses kepada internet

26 Julai 2020

Perbincangan panel #1: Hala tuju hubungan antara agama dan kaum selepas 63 tahun kemerdekaan

13 ogos 2020

Acara: Bengkel Penghasilan Poster/Infografik

21 ogos 2020

Kesemua aktiviti tersebut memberi banyak pelajaran dan kefahaman kepada saya, mengikut aktiviti atau acara yang saya sertai contohnya mesyuarat atau perbincangan mengenai perkara yang sayakurang tahu. Saya juga dapat berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang lain yang menyertai aktiviti atau acara tersebut. Ini adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.

Selain itu projek UndiMsia! saya yang pertama memberi saya banyak pengalaman. Saya telah menemu bual dua orang belia wanita orang asli yang berkongsi pengalaman mereka menguruskan tabung Covid-19 untuk  komuniti orang asli di Malaysia. Saya belajar bagaimana untuk membuat perancangan dengan menetapkan masa dan tarikh, berkomunikasi dengan belia wanita tersebut melalui emel dan menyediakan soalan-soalan untuk sesi temubual. Saya menggunakan aplikasi Zoom untuk menemu bual mereka. Walaupun talian internet tidak elok, saya dapat menyelesaikan projek itu dengan baik.

Pengalaman menganjurkan projek saya yang kedua amat berbeza. Webinar dijalankan secara siaran langsung ke Facebook. Saya rasa sangat berbeza dengan projek pertama kerana projek yang kedua tidak banyak kerja yang perlu saya buat. Namun pada projek kedua saya dapat belajar cara untuk mempromosikan poster acara saya melalui halaman Facebook. Saya juga menjadi moderator untuk acara langsung ini buat pertama kali.

Saya juga rasa sangat seronok kerana selain penyelia saya, Mazni, rakan sekerja saya yang lain juga banyak membantu saya dalam membuat kerja yang saya tidak tahu. Ada banyak yang telah saya pelajari dari masa saya di MCCHR. Semua ilmu yang saya pelajari sesetengahnya saya boleh kongsi dengan komuniti  saya di kampung. Akhir kata, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua rakan kerja di MCCHR yang banyak membantu saya selama enam bulan ini.

Rosdila bersama Firdaus dan Mazni

Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR)

Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) is a non-profit based in Kuala Lumpur with the mission of promoting active democratic participation and human rights awareness.

Share
Published by
Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR)

Recent Posts

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (Full Time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

2 months ago

Project Assistant Needed!

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

3 months ago

Ulasan saya mengenai isu tanah bagi masyarakat orang asli

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

3 months ago

SAYA BELAJAR TENTANG BULI SIBER

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

3 months ago

PROGRAMME EVALUATOR NEEDED

If you are interested and have the capacity and experience of carrying out a programme…

9 months ago

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (part-time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

11 months ago