Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.

Apa itu buli? Ia didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan oleh individu atau sekumpulan individu, secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif yang bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain. Buli siber pula dilakukan secara atas talian seperti hantaran mesej (SMS) menggunakan telefon bimbit, emel, berbual dalam talian (chatting online), interaksi di media social, dan permainan internet.

Sebenarnya, kebanyakan orang tidak ambil peduli akan perkara ini, berfikir buli siber ini tidak begitu penting dan hanya perkara biasa. Namun, lama-kelamaan buli siber ini boleh menyebabkan tekanan dan masalah kesihatan mental. Jika ianya tidak dibendung, ia akan menjadi ancaman kepada diri dan masyarakat. Kesan dari buli siber adalah lebih bahaya berbanding buli secara fizikal kerana ia dilakukan oleh sesiapa sahaja dan tanpa kawalan.

Di kalangan masyarakat saya, iaitu masyarakat Orang Asli, mereka tidak begitu tahu mengenai buli siber. Pada mereka buli secara fizikal yang selalu berlaku di sekolah ialah satu-satunya jenis buli dan kurang arif tentang buli siber.

Satu contoh yang saya boleh kongsikan, berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya di tempat kerja mereka. Pada mulanya berlaku satu salah faham dengan beberapa rakan sekerja lelaki. Rakan-rakan sekerja lelaki mengejek kawan saya dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan kata-kata ancaman kepada kawan-kawan saya. Ia menyebabkan kawan-kawan saya berasa sangat terganggu dan takut untuk pergi kerja. Pada masa itu, kawan saya kurang pendedahan dan kesedaran mengenai buli siber.

Jika anda semua ada melihat rakan anda mengalami situasi berikut, anda harus memberi sokongan kepada rakan anda. Pertama sekali, ambil tindakan dengan memberitahu ibubapa orang yang kena buli, atau guru kaunseling supaya tindakan dapat diambil. Seterusnya boleh berjumpa pakar psikiatri untuk membantu dalam proses penyembuhan dan pemulihan jika masalah ini melarat sehingga terjejas kesihatan mental.

Tindakan lain yang boleh diambil termasuklah melaporkan kepada pusat bantuan Cyber999. Sebelum mengambil tindakan ini anda haruslah menyimpan mesej-mesej tersebut sebagai bahan bukti.

Anda boleh mengajak orang yang kena buli untuk menyertai kempen atau bengkel kesedaran tentang buli siber atau tunjukan iklan di media sosial yang boleh memberi dia kesedaran tentang isu ini, terutamanya kepada mereka yang berasa takut dan menerima ugutan untuk tidak melaporkan buli siber tersebut kepada sesiapa. Apabila rakan anda boleh memahami isu ini, seterusnya dia akan yakin untuk membuat laporan.

Kesimpulannya, kita haruslah bersama-sama mengambil pengajaran dan beringat-ingat supaya kita lebih berhati-hati dengan buli siber yang berleluasa pada masa sekarang. Pada peringkat yang amat serius ia juga boleh meragut nyawa. Kita boleh nampak perkara ini berlaku saban tahun di media sosial. Berikut disenaraikan beberapa maklumat dan berita lanjut mengenai buli siber untuk rujukan semua.

http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/
https://www.cybersecurity.my/en/about_us/contact/main/detail/732/index.html
https://www.hmetro.com.my/itmetro/2019/03/436198/serangan-siber-terus-mengancam

Kaunseling di sekolah bukan untuk kerjaya je, tapi bantu mereka yang dibuli


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/331869/neelofa-jaya-kempen-antibuli-siber
https://mcchr.org/peopleact-campaigns-wiseupwithwan

Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) is a non-profit based in Kuala Lumpur with the mission of promoting active democratic participation and human rights awareness.