Simpton Penyakit Yang Menular

Saya dapati terdapat budaya toksik/racun yang rata-ratanya penuh amarah, kutuk-mengutuk dan percubaan untuk menjatuhkan orang lain dalam perbincangan di ruang awam terutamanya di talian maya daripada komuniti Melayu berpelembagaan. Antaranya isu RUU355 yang menimbulkan perasaan yang kuat antara mereka yang menyokong dan membantahnya.

Saya sebagai ahli BEBAS juga mengambil bahagian dengan cuba menimbulkan isu sihat dengan pertanyaan adakah bukti keberkesanan pindaan tersebut menggunapakai sebarang analisa impak “Regression Discontinuity” atau mana-mana metodologi data empirikal? Sebagai pencadang, penggubal undang-undang dan pembuat polisi/dasar awam, tiada sesiapa pun tidak kira pihak pencadang PAS, kerajaan ataupun barisan pembangkang telah menjawab persoalan tersebut.

Tetapi yang saya dapati, perbincangan yang menular adalah serangan secara peribadi seperti pakaian dan latar belakang pendidikan, persoalan iman mereka yang membantah atas dasar polisi awam, takfir mentakfir, ugutan bunuh dan kekerasan, gangguan seksual dan sebagainya. Ini tidak terhad kepada golongan ekonomi bawahan tetapi juga mereka yang berpendidikan tinggi.

Krisis Moral Kemanusiaan Masyarakat Melayu

Melihat kepada isu remeh yang disukai di media massa awam dan juga laman sosial; isu cincin zakar yang terpaksa dipotong bomba setiap tahun, kritikan terhadap saudari Q yang skor A+ kerana memakai alat solek, isu makan semasa bulan Ramadan, kritikan terhadap wanita kerana pakaian dan penampilan mereka, menerima kriteria kaum untuk menyewa rumah dan sebagainya, pada pendapat saya menunjukkan bahawa terdapatnya krisis identiti dan kemanusiaan golongan mereka yang mengatakan diri mereka Melayu-Islam.

(Dari http://www.worldofbuzz.com/straight-spm-scorer-gets-viciously-cyber-bullied-just-wearing-make/)

Pada pendapat saya, kebanyakan isu yang ditimbulkan ada sebab-sebab di sebaliknya. Contohnya, saya bersetuju tidak elok untuk makan dihadapan mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan atas belas kasihan perut mereka yang lapar, tetapi adakah ruang untuk mereka makan di restoran di belakang tabir untuk wanita mengandung dan uzur, kanak-kanak dan golongan tua demi belas kasihan terhadap mereka?

(https://www.pinterest.com/pin/334814553531855123/)

Bagi wanita yang dikutuk atas penampilan mereka, adakah kerana kebanyakan di antara mereka yang mengutuk mengalami kesukaran dalam hidup dan mempercayai bahawa tidak terdapat peluang untuk memperbaiki diri mereka sendiri, sehingga menjatuhkan orang lain yang berpencapaian tinggi adalah satu-satunya cara mereka untuk memberitahu diri mereka sendiri bahawa semuanya akan jadi lebih baik?

Siapakah Kita?

Adalah sebuah ironi apabila memikirkan bahawa Melayu dahulu dikatakan sopan santun dan penuh budi bahasa apabila dibandingkan situasi sekarang. Melayu telah hilang nilai asal yang membuatkan Melayu, Melayu.

(https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/cf/ae/21/cfae21846b1bc982abf9db767253af9b.jpg)

Permasalahan utama umat Islam Malaysia kini adalah sebenarnya jawapan kepada persoalan “Siapakah kita?” Kebanyakan minyak kepada api kemarahan dan kegusaran masyarakat adalah isu ekonomi, akses kepada pendidikan, keselamatan keluarga kita semua, dan harapan supaya hidup kita dan anak-anak kita adalah lebih baik pada masa hadapan, walaupun hidup susah dan seksa sekarang.

(Dari http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PAHANG-Cameron-Highlands-Native-Settlement-1960s-RPPC-/360998079656)

Namun masyarakat Melayu-Islam tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki keadaan demi masa hadapan. Naratif atau penceritaan yang mereka tahu hanyalah dari segi keagamaan melalui aktiviti masjid, surau dan sebagainya yang menghadkan pergaulan mereka kepada komuniti sendiri sahaja.

Itulah kegagalan pertama Kerajaan Malaysia, membina pemisahan hubungan antara kaum dengan menghadkan perbincangan isu-isu dengan dakwaan bahawa ianya ‘sensitif’, dan apabila komuniti-komuniti tidak memahami antara satu sama lain maka pemahaman yang salah seperti mitos air suci Kristian adalah daripada benda-benda yang tidak baik, berlaku.

Ini juga adalah mengapa kita menjadi ‘pembekal’ extremis kepada Daesh/ISIS dan pengkalan extremis pengganas Asia Tenggara daripada rantau Arab sehingga berlakunya pengeboman di negara kita yang aman ini. Kita sudah hilang nilai kemanusiaan, nilai menghormati orang lain sebagai manusia, hilang nilai empati atau keupayaan untuk bersimpati dengan perasaan, contohnya seorang ibu yang dihalang daripada berjumpa anak perempuannya selama 7 tahun (kes Indira Gandhi).

Siapakah kita sebenarnya Melayu? Siapakah sebenarnya kita sebagai penganut agama Islam?

Itulah persoalannya.

This young lawyer harbours hope that one day Malaysians irrespective of ethnicity and religion have equal rights under the law, as we all are before the eyes of God. She is moving with UndiMsia! (http://UndiMsia.com)...

6 replies on “Siapakah Kita Sebagai Penganut Islam di Malaysia?”

  1. I like your posting then get some idea about this post.
    So I will expect from you will do this type work soon. I quite enjoyed reading it, you can be a great author.
    THANK YOU

    jasa video company profile

  2. Mengenai RUU355, diharap tiada double standard dgn perundangan syariah..kita boleh cakap juga perundangan yg diamalkan sekarang masih tidak mampu mencegah jenayah walaupun ada hukuman mati, tetapi kita tetap melaksanakannya supaya keadaan lebih terkawal..boleh bayangkan hidup tanpa undang2?? Orang baik pun boleh jadi jahat, ada paham..,begitu juga RUU355, sekurang2nya kalau orang akan berfikir panjang sebelum melakukan kesalahan2 syariah..tak berbaloi masuk masuk penjara atau kena sebat semata2 disebabkan ditangkap meminum seteguk arak..bukankah baik anda memahami perlaksanaan undang2 tersebut drpd menentang tak tentu pasal..RUU355 ini adalah utk menjaga god right, takkan human right je kena jaga..salah parking kereta pun kena kompun, inikan pula salah kpd tuhan, sepatutnya terlebih lagi la kan..

Comments are closed.