11 Julai 2015: ‘The END of Lawyers. The Future of Law.’ The CALR.

TEOL. TFOL. Saya percaya masih ada masa depan yang cerah untuk sistem keadilan dan perundangan di Malaysia. Ini ia: CALR. 11 Julai 2015, 10 pagi @PusatRakyatLB

Apa itu CALR? Suatu inisiatif pro bono kepada akses keadilan dan khidmat guaman. Termasuklah R&D, #DIYLaw #GuamanJalanan dan beberapa cabang projek yang lain.

Tiga sasaran CALR – #3Rs:

1. Merevolusikan undang-undang, profesion dan industri perundangan (Revolutionise the law)

2. Meradikalkan para peguam (Radicalise the lawyers)

3. Merekabentuk semula pendidikan perundangan (Reshape legal education)

Untuk masyarakat:

Keutamaan CALR adalah untuk meningkatkan akses pada orang awam untuk mendapatkan keadilan dan khidmat guaman serta mengekalkan kualiti untuk pengguna.

CALR bercadang menyediakan suatu medium untuk orang awam bagi mendapatkan maklumat asas berkaitan undang-undang. Jika masalah anda adalah rumit, pengetahuan asas amat penting supaya anda tahu apa yang terjadi dan memahami mengapa sesuatu tindakan atau prosedur diambil. #DIYLaw

Tanpa merujuk pada peguam, anda dapat memahami serba sedikit tentang undang-undang yang berkaitan dengan masalah dihadapi. Pemahaman ini dapat memberikan gambaran mengenai masalah tersebut, jenis undang-undang yang bekaitan dan mungkin jalan penyelesaian.

Jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, anda boleh merujuk kepada khidmat pakar yang tertentu.

Untuk para peguam:

Masyarakat seringkali menggambarkan profesion peguam sebagai suatu bidang kerja yang elit. Tetapi ramai yang terlupa bahawa dalam industri perundangan, penindasan pada para peguam terutamanya peguam-peguam muda masih wujud hingga kini.

Kita harus mengatasi penindasan ini. Meradikalkan profesion guaman dari segi internal adalah perlu termasuklah membuang stigma elitis kerjaya sebagai seorang peguam. Kita bukan sahaja perlu bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan, malah perlu berani untuk mengubah apa-apa sahaja peraturan yang tidak dapat memberi keadilan. Sebarang bentuk aktiviti seperti jumlah gaji atau ‘work-life balance’ yang bersifat penindasan perlu ditentang secara konsisten dan disertai dengan perancangan strategi yang baik.

Jika anda perlukan inspirasi untuk meningkatkan potensi anda dan ingin membawa perubahan, tanya kami.

Untuk pelajar dan pendidik:

CALR bertujuan menyediakan ruang yang lebih baik kepada pelajar untuk memahami bidang perundangan secara praktikal. Projek #GuamanJalanan (#StreetLaw) merupakan suatu pendekatan alternatif yang efektif bagi mempersiapkan para pelajar dengan realiti cabaran kerjaya guaman.

Pada 23 dan 24 Mei 2015, CALR telah memulakan #GuamanJalanan bersama-sama dengan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Malaya. Projek ini menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada penduduk setempat. Selain pelajar-pelajar, #GuamanJalanan mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada peguam-peguam Badan Peguam. Ianya adalah sumbangan peguam-peguam kepada masyarakat umum.

Para pendidik juga boleh mengunapakai ‘toolkit’ CALR supaya pelajar lebih bersedia secara praktikal sebelum menyertai industri perundangan. Kami percaya bahawa pengalaman praktikal ini lebih bermakna daripada menghafal teori tanpa memahami signifikasi sesuatu ilmu.

Kesimpulannya, CALR adalah untuk semua: untuk kemudahan orang awam, sebagai alternatif kepada sistem pendidikan dan refleksi kepada kita, pengamal undang-undang.

Hadir ke sesi pelancaran CALR jika anda percaya akan nilai dan manfaat inisiatif ini.

#3Rs: Revolutionise Radicalise Reshape – 11 Julai 2015, 10 pagi.


(Visited 1,040 times, 7 visits today)

Tags: , , , , , , , ,


A failed product of the current system and structure.

Posted on 2 July 2015. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

4 Responses to 11 Julai 2015: ‘The END of Lawyers. The Future of Law.’ The CALR.

  1. James

    Saya rasa, dengan cara yang ANda sebutkan tadi kemungkinan berhasilnya ini lumayan besar, apalagi jika dipadukan dengan pembekalan yang cukup untuk para tenaga pengajar, supaya mereka bisa lebih memahami masalah hukum ini. Tetap semangat dalam memberikan pengajaran ini ya!

    PAYFAZZ – Cara Tepat Mendapatkan Pinjaman Uang Online Tanpa Ribet.

  2. My guess is that you are studying the concept of franchising which is why you'd be looking for franchising dissertation topics.

  3. A general qualification can be made between common law wards, in which the assembly or other focal body classifies and combines their laws and normal law frameworks, where judge-made point of reference is acknowledged as tying law.

  4. mari kita lihat bersama apakan The END of Lawyers. The Future of Law.’ The CALR akan bekerja secara efektif dan bisa berkontribusi dengan baik.