Saya Nombor 26

Pada hari Ahad, 7hb Disember, 2014 yang lalu, sekumpulan 25 orang rakyat Malaysia berbangsa Melayu telah menerbitkan surat terbuka untuk memulakan proses perundingan berkenaan kepincangan kedudukan dan aplikasi undang-undang syariah di Malaysia. Satu petisyen telah dimulakan untuk rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk menyokong seruan ini.

Jika anda ingin menyokong surat terbuka tersebut, sila sokong petisyen itu.

Petisyen ini adalah menyokong usul yang dibangkitkan Kumpulan 25 tokoh ini, dengan berkumpul bersama dalam solidariti sebagai #26.

Sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, kami yang menandatangi petisyen ini dengan ini menyeru kepimpinan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk:

i) Menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.

Untuk sekalian lama, adanya undang-undang syariah dan sivil di negara ini telah menyebabkan pelbagai konflik. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.

Dosa adalah dosa, dan merupakan di antara iman seseorang individu dengan Allah. Dosa peribadi tidak boleh dijadikan jenayah.

Tambahan pula, terdapat kekeliruan dan kepincangan undang-undang syariah yang tidak setara di antara negeri-negeri di Malaysia. Undang-undang syariah di semua negeri harus disetarakan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini undang-undang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing). Ini menghakis kredibiliti, proses penggubalan undang-undang, serta keyakinan orang ramai terhadap keadilan di bawah undang-undang Islam.

ii) Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli parlimen dan rakyat awam terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif.

Semua Akta, Enakmen dan undang-undang kecil, termasuk fatwa, adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan terbuka untuk disemak oleh badan kehakiman.

iii) Memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini.

Perundangan Islam di Malaysia digubal oleh badan eksekutif dan dilulus oleh badan perundangan. Sumber undang-undang Islam termasuklah yang suci seperti Al-Qur’an dan sunnah, serta usaha manusia seperti fiqah dan adat. Proses penggubalan undang- undang ini melibatkan kebijaksanaan dan keputusan oleh manusia biasa. Maka ia terbuka untuk dibahaskan supaya matlamat keadilan dapat ditegakkan.

iv) Mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu fiqah. Ini termasuk kaedah-kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi berlaku dan prinsip kesaksamaan dan keadilan ditegakkan, seiring dengan perubahan kini, khususnya dalam aspek tuntutan, peranan dan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat.

v) Perdana Menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. Kami secara khusus menggesa agar pentadbiran Perdana Menteri menjelaskan bahawa perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang undang-undang Islam di Malaysia bukanlah satu penghinaan terhadap Islam dan pihak berkuasa agama di negara ini.

Ia adalah prinsip utama agama Islam untuk menekankan wasatiah dalam kehidupan umat Islam. Umat Islam perlu berpandukan kesefahaman (pengampunan) dan belas kasihan, dan bukannya kemarahan. Adalah dalam usaha ini, kami rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, ingin melihat Malaysia yang adil, progresif dan berdaya tinggi untuk menjadi negara maju.

Teks petisyen diterbitkan di change.org sebagai “I am #26

Bacaan lanjut:-


Tags: , , , ,


The collective persona of Lord Bobo's minions (yes, all the cheeky monkeys and monkettes). Haven't you heard? LoyarBurokking is a lifestyle. Join us, and your life will never be the same again. Because it's fun.

Posted on 16 December 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by LoyarBurokkers.

Read this first: LB Terms of Use

6 Responses to Saya Nombor 26

  1. arslan672

    Vogue style in addition to retailing software programs assist prepare scholars for just about the most exciting careers in the fashion small business. There are a range of diploma, certificate together with degree programs in the fashion field and do not all usually are related as a way to designing clothes for the runways, mainly because some may perhaps assume. http://www.infashionmode.org

  2. arslan672

    Some people enjoy accomplishing sports along with the optimum time to think about something new and interesting or devote more time to enjoying a common sport will be during holiday break! Travel corporations attract in conjunction with exciting helps ensure: Bungee moving, rock camping, scuba deep-sea diving, sky deep-sea diving, perfect alpine winter sports slopes – that is certainly a thrilling time! And quite possibly a cause of future problems. http://www.sportsmenforken.org

  3. arslan672

    Typically numerous only think about a family satisfying place when planning for a vacation; but it’s likewise imperative to afford quite the maximum amount of attention due to this very essential aspect when deciding to order a home whether they are the 1st buyers or perhaps not. http://www.durhamhealthyhomes.org

  4. arslan672

    In this society electrical power types of medical health insurance that are offered to everyone who needs by using it. Choosing the ultimate type of medical health insurance depends around the person and the type of coverage they are searhing for to match their prerequisites. http://www.californiahealthpolicyforum.org

  5. burungmarah

    Kalau boleh, apa kata mukadimah itu disunting supaya versi BM terletak di atas versi BI. Yang tulis dalam BI itu saya yakin semua sederhana belaka, tapi mereka tertumpu di bandar2 besar saja. Tapi saya inginkan petisyen itu lebih senang menarik suara hati mereka yang lebih selesa berbahasa Malaysia yakni majoriti rakyat negara dan juga majoriti pengguna Internet sekarang. 65% orang Malaysia pakai Internet, tapi yang fasih Inggeris cuma 20%. Tengok sejauh mana kesederhanaan golongan keramaian. Let me see the real Malaysia.

  6. kampong lad

    1. di indonesia (kecuali wilayah aceh) hanya ada mahkmah keluarga islam.
    2. dosa ialah perbuatan yg melanggar perintah allah. allah saja yg boleh menghukum & allah jua yg boleh ampun. (ada dlm quran). mortals are not empowered to punish sinners.
    3. serbuan & pengintipan/mat skodeng terhadap pelaku2 dosa adalah ditegah. (ini pun ada dlm quran).
    4. hukuman jenayah (dosa sesama makhuk) spt mencuri & membunuh ada dlm quran.
    5. sin and crime are not synonymous.