Sumber: dinmerican.wordpress.com

Pepper Lim gusar tentang sikap polis yang tidak endah tentang jenayah.

Kehadapan anakanda Paprika,

Semalam, daddy membaca tweet daripada Uncle Khairil (@kaerumy) yang berkata dia telah dirompak dalam perjalanan pulang dari kerja. Dia berjalan kaki di Subang Jaya, dari SS15 ke SS17, dan tiga orang lelaki muda dalam sebuah kereta Perodua Myvi telah merompaknya. Mereka mengambil begnya yang mengandungi laptop, smartphone, dompet dan juga kunci. Rumahnya hanya disebelah selekoh corner dari tempat kejadian dan stesen polis hanya kira-kira 500 meter dari situ!

Apabila dia ke balai polis, dia diberitahu bahawa kini adalah kebiasaan bagi perompak untuk merompak dari kereta mereka, dan bukan hanya dari motosikal.

Baru sahaja Daddy mula menulis surat ini kepada anakanda, Daddy terlihat satu post oleh Uncle Donald di Facebook. Tingkap kereta isterinya telah dipecahkan ketika dia sedang berhenti di depan lampu isyarat antara 1Utama dan Centre Point di Bandar Utama pada waktu makan tengah hari oleh seorang penunggang motosikal. Nasib baik pencuri itu tidak berjaya mengambil apa-apa.

Beberapa hari sebelum ini, Daddy kebetulan berada di rumah Ah Ma dan ternampak dua anggota polis dan beberapa jiran berdiri di gate keselamatan yang baru di hadapan jalan rumah Ah Ma. Daddy ingatkan rumah itu telah dipecah masuk dan Daddy pun keluar untuk bercakap dengan anggota polis itu. Sebenarnya ia merupakan suatu pemeriksaan rutin oleh mereka untuk meneliti visa pengawal keselamatan.

Daddy tahu tugas polis tidak mudah. Malah apabila rakyat menubuhkan pengawal keselamatan mereka sendiri untuk membantu polis memerangi jenayah, ini mempunyai masalah tersendiri. Pada bulan lalu, seorang pengawal keselamatan yang diupah oleh bank telah menembak mati seorang pegawai bank di mukanya dan merompak bank itu sendiri! Harapkan pagar, pagar makan padi!

Daddy berbual dengan salah seorang anggota polis itu tentang kadar jenayah yang tinggi dan keperluan untuk keselamatan swasta. Dia memberitahu saya, “Anda tahu, jika kami tahu di mana rompakan seterusnya akan berada, kita akan pergi dan menunggu di sana.” Saya hanya tersenyum dengan cara mudah dia menerangkan kegagalan polis menjaga keselamatan rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa jenayah masih berleluasa dan semua orang sedang melakukan apa yang mereka boleh untuk melindungi diri, mereka yang tersayang serta harta mereka. Namun yang paling mengecewakan ialah polis seolah-olah tidak akan memenangi perjuangan terhadap jenayah walaupun dengan kerjasama daripada rakyat. Daddy samakan ini dengan pelajar yang mengambil peperiksaan dan gagal. Tiada alasan akan menjelaskan kegagalan lepas kegagalan. Siapakah yang akan menerima penjelasan, “Oh, saya tidak tahu soalan yang itu akan keluar dalam peperiksaan. Jika saya tahu, saya akan belajar bahagian itu. Jadi bukan salah saya jika saya gagal. ” Seorang pelajar yang mengambil peperiksaan seharusnya belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang. Sebab itulah Daddy tidak faham bagaimana pihak polis masih boleh gagal untuk mengurangkan kadar jenayah yang tinggi apabila rakyat membantu dengan ‘gated community’ mereka sendiri, dan dibiayai mereka sendiri.

Pihak polis mempunyai beberapa peralatan yang agak canggih dalam gudang senjata mereka. Daddy telah melihatnya dengan mata sendiri semasa perhimpunan Bersih; helikopter, armoured personnel carrier, kereta perisai, senjata dan beratus-ratus anggota polis. Cara beberapa anggota polis menendang dan menumbuk penunjuk perasaan telah menyedarkan Daddy bahawa anggota polis boleh menjaga diri mereka dalam mana-mana pertarungan. Jadi, mengapakah mereka gagal melawan jenayah?

Sumber: dinmerican.wordpress.com

Beberapa ketika dahulu, Raja Petra telah menuduh Ketua Polis Negara (KPN) bekerjasama dengan penjenayah. Tan Sri Musa Hassan telah digantikan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar. Namun, situasi seolah-olah tidak berubah menjadi lebih baik.

Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa PDRM telah hilang harta sejumlah RM1.33 juta, termasuk 29 kenderaan pada tahun lepas. Ya, 29 kenderaan polis telah dicuri  daripada pihak polis! Siapalah si gila yang berani mencuri daripada pihak polis? Jika polis tidak boleh melindungi harta mereka sendiri, apalah harapan kami semua?

Nah, lihat imej ini yang Daddy jumpa di Imgur. Tajuknya, “Pegawai LAPD menyamar dan berpakaian seperti wanita untuk menangkap pencuri dompet, 1960. ”

Sumber: http://imgur.com/gallery/8V6r4ko

Paprika percaya tak? 19 anggota polis LAPD ini telah berpakaian seperti wanita hanya untuk menangkap 1 pencuri dompet! Inilah dedikasi yang Daddy mahu lihat dari pasukan polis kita. Daddy mahu melihat anggota polis yang bimbang tentang reputasi buruk mereka dan bekerja keras untuk mengubahnya. Bayangkan bagaimana perasaan Uncle Khairil jika dia diberitahu terdapat anggota polis menyamar dengan beg komputer riba di luar sana, semata-mata untuk cuba menangkap penjenayah ini?

Daddy telah membaca pengalaman seseorang apabila dia membuat laporan polis selepas rumahnya dirompak. Anggota polis itu berkata kepadanya, ” Ada satu rumah YB kena rompak hari tu, kerugian agak-agak RM700,000; tak kecoh macam encik pun.” Adakah ini kelakuan yang profesional?

Daddy tahu bukan semua orang dalam pasukan polis malas, tidak cekap dan penuh dengan alasan. Ini adalah salah satu laporan menarik tentang beberapa anggota polis yang menjalani tugas walaupun menghadapi cabaran besar. Daddy mahu lebih ramai anggota polis macam ini!

Secara peribadi, Daddy tidak fikir bahawa polis berkesan membanteras jenayah kerana Ketua Audit Negara telah menyatakan bahawa jenayah rasuah meliputi seluruh masyarakat, dari peringkat tertinggi kerajaan sehingga peringkat terendah. Bagaimanakah seseorang mampu melawan jenayah apabila rakan sejawatnya melakukan jenayah mencuri komisen, menerima sogokan, memberi projek-projek yang terlampau mahal dan lain-lain lagi? Malah ada mereka yang boleh terlepas hukuman selepas membunuh seorang warga Mongolia dalam kes yang seolah-olah buka -utup!

Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan bukti bahawa negara kita membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk faedah rakyat, tetapi rakyat tidak merasakan manfaat dari perbelanjaannya. Ambil contoh perayaan Hari Belia 2012: Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM15 juta untuk lima hari. Cuba bayangkan, RM 15 juta dibelanjakan sepenuhnya hanya dalam tempoh 5 hari! Lebih teruk lagi, Kementerian tersebut telah boros and jumlah perbelanjaanakhirnya sekitar RM 67.6 juta! Laporan seperti ini hanyalah satu diantara banyak yang disebut didalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Siapakah yang bertanggungjawab?

Siapakah yang mengambil tindakan terhadap mereka yang boros dengan bajet Kementerian?

Siapalah yang akan memastikan penyalahgunaan wang raykat seperti ini tidak berulang?

Tiada siapa, melainkan rakyat melakukan sesuatu mengenainya.

Sayang,
Daddy

Pepper is the father of two adorable children named Paprika Lim and Saffron Lim. "Dear Paprika" is a series of letters written for posterity. When Paprika is 20 years old, he will be 61. He prefers to...