Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 November 2012 telah mengeluarkan arahan untuk peguam SUARAM, Amer Hamzah Arshad, menghadiri diri untuk sesi soal siasat.

Baca saman di bawah seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966 oleh Arsad Bin Kamaruddin kepada Amer di sini.

Jawapan peguamcara Amer bertarikh 29 November 2012 yang juga menjelaskan interpretasi seksyen 66 di sini.

LoyarBocor difahamkan baru-baru ini, peguam Fadiah Nadwa Fikri juga telah menerima saman yang sama. Selanjutnya, SUARAM menerima Notis di bawah seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah yang baru dari pihak polis berkenaan perhimpunan solidariti anjuran NGO #StandUp4SUARAM di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

One reply on “Siasatan SUARAM: Berambus-la ROS!”

Comments are closed.