Ingat Lagi? Pic: Free Malaysia Today

Biadap ini sudah menjadi amalan bapak-bapak menteri di Malaysia dan penyokong-penyokong mereka.

Ingat Lagi? Pic: Free Malaysia Today

Bapaku seorang YB di negara demokrasi,
aku anak bertuah tidak pernah mengundi,
diajarnya aku berotak pintar,
untuk hidup mesti terlebih ajar,

oh alangkah bertuah aku anak bapak,
bapaku YB, aku penyangak,
masing-masing putar belit, masing-masing pintar teori
masing-masing isi perut dan tembolok sendiri…”

Biadap, perkataan yang membawa maksud tiada adab. Adab pula adalah perkataan yang digunakan untuk mengambarkan tingkah lalu yang sopan dan teratur. Kebelakangan ini perkataan “biadap” sering dipadankan dengan Polis Raja Di Malaysia atau singkatanya PDRM.

Saya dengan dukacitanya tidak dapat membela imej baru PDRM ini, kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa PDRM sememangnya biadap. Pada saya perkataan biadap itu perkataan yang paling sopan untuk mengambarkan situasi mereka pada waktu ini. Saya enggan menggunakan perkataan lain seperti “kurang ajar” kerana saya sedar bapak menteri yang mengajar itupun tidak berapa rasional sehinggakan warna kuning itu pun diharamkan.

Sebelum saya terus merunggut, ingin saya memohon maaf kepada Republik Indonesia, dan mangsa kes rogol PDRM baru-baru ini. Saya berasa amat kesal, dan malu akan apa yang terjadi. Terlebih dahulu ingin saya lahirkan rasa hormat saya kepada warga Indonesia yang berkhidmat di Malaysia. Saya sedar kemajuan Malaysia banyak dibina atas titik peluh dan darah mereka.

Senaman Punggung. Pic: Keadilan Daily

Kepada yang disogok kewarganegaraan sebagai balasan memangkah undi nanti, saya berharap anda sedar akan politik di tanah ini turut melibatkan anda. Hari ini seorang lagi warganegara Republik Indonesia dicabul oleh penguatkuasa Malaysia. Wanita itu dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota keselamatan. Bapak Menteri pula tidak segan dan terus memegang jawatan dan undi anda bisa mengubah ini.

Biadap… tahap antarabangsa. Mengikut adab kebiasaan antarabangsa, apabila berlaku perkara seperti ini lazimnya menteri yang bertangungjawab bersama ketua Polis akan meletak jawatan sebagai tanda kesal terhadap apa yang telah berlaku dan sekadar menghormati sebuah Negara lain. Tambahan pula Malaysia sudah ada banyak sejarah hitam dengan jiran kita ini. Kita mempunyai rekod yang agak buruk sebagai jiran.

Namun, apa nak buat perangai tidak tahu malu ini adalah satu karakter pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Mereka sanggup beri alasan bodoh daripada meletak jawatan, mereka sanggup menjaga lembu daripada meletak jawatan. Mereka sanggup pecah tulang daripada melepaskan kuasa yang telah dipegang sekian lama. Biar rosak binasa tapi mereka tetap mahu berkuasa. Ini namanya gila kuasa.

Mangsa PDRM. Pic: Malaysiakini

Biadap ini sudah menjadi amalan bapak-bapak menteri di Malaysia dan penyokong-penyokong mereka. Baca sahaja kebiadapan fitnah-fitnah surat khabar mereka. Mereka seolah-olah sudah sasau dan menganggap rakyat begitu bodoh sekali. Kebocoran tiap-tiap bulan, senaman punggung, kelucahan di media, menyampuk persandingan pasangan baru berkhawin,  malah juga ke tahap me“natang’kan tuannya. Mereka ini jaguh dalam kebiadapan.

Mereka ini bukan sahaja biadap malah tidak sedar diri. Percaya atau tidak mereka percaya bahawa mereka akan memenangi pilihanraya dengan kebiadapan mereka ini. Malangnya jenters perkhidmatan awm juga kini rosak dan biadap. Sedangkan kerajaan yang memacu perkhidmatan awam sudah biadap apa yang boleh kita harapkan daripada kakitangan awam?.

Rakyat harus memainkan peranan apabila Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Negara sudah menjadi tidak tentu hala. Pilihanraya yang bakal tiba akan memberi kita peluang untuk memecat mereka yang tidak mahu melepaskan jawatan ini. Kebiadapan pada tahap antarabangsa jangan di pandang enteng, lihat sahaja kebiadapan rejim Israel. Saya ambil kesempatan ini untuk berkabung bagi rakyat Palestin yang dizalimi dengan kebiadapan tentera Israel.

Saya berharap petugas-petugas keselamatan yang masih tidak tercemar fikiranya mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi. Mahukah pasukan Polis terus dipimpin oleh menteri-menteri yang tidak mampu menjaga nama baik Negara? Pilihlah, mahu bersama rakyat atau bersama kapal layar yang sedang tenggelam?

Contoh Kebiadapan. Pic: NTV7

Lingswaran Singh has been a LoyarBurokker since he was 5. He speaks an open but disinterested language, dictated not by passion but that of humanity. Independence is his happiness. His country is the world,...

2 replies on “Biadap”

Comments are closed.