To Jakarta | Photo by Azlan DuPree

Cinta, tak semesti lazat nikmat antara pusat dan lutut. Cinta, tak semesti berahi dan nafsu amarah semata. Cinta, ada pelik ada janggal. Cinta… Bikin hati mau mencarut. Dua kisah pendek untuk masa depan. Cinta jangan disalah erti. Bukan sekadar dilihat sekali imbas.


To Jakarta | Photo by Azlan DuPree

Malam itu. Selepas kita lelah. Kau bisik ke telinga aku, Kau katakan kau tidak sayang pada aku lagi. Aku senyum dan tanya kenapa. Kau kata sebab aku sudah tidak macam dulu. Aku tanya lagi.

‘Kenapa? Dulu aku macam mana? Apa yang sudah berubah?’

Kau peluk aku rapat. Kau gigit cuping telinga. Nafas kau panas di balik sana. Kau bisik lagi, kali ini sambil tersenyum nakal.

‘Dulu paling kurang lima round. Sekarang hanya dua. Tak cukup, nak lagi.’

‘Kenapa? Dua round tak cukup?’

‘Nak lagi… Nak lagiiii..’ kau merengek-rengek. Manja. Comel sangat. Secomel waktu aku pertama kali tatap wajah kau dulu.

Benar. Dulu memang rajin. Tenaga banyak. Motivasi juga lain macam. Ya lah.. kalau nak cerita dulu, semua lain. Dulu, nenek aku pun anak dara lagi. Tapi dulu.

Kau pun dulu dara juga. Sekarang tidak lagi. Sudah ku pecahkan.

Aku rangkul kau. Kau senyum. Memang muka kau nampak sangat tak puas.

‘Fine.. Jom.’ Aku dukung kau, ke ruang tamu. Aku dudukkan kau di situ. Mata kau bersinar-sinar. Seolah tidak sabar. Aku pandang kau tajam, seolah mahu terkam. Dada kau berombak, nafas kau kencang.

‘Kali ni last. Abang penat. Okay?’ kata aku.

‘Alaa..’ kau merengek lagi.

‘Last! Tak larat dah. Esok nak kerja.’ Aku bertegas. Kau buat muka kecewa yang sangat comel. Muka orang tak puas hati, tetapi pasrah.

‘Esok boleh main lagi,’ aku kata, cuba memujuk. ‘Lunch time pun boleh. Datang ofis lah,’ aku sengih nakal. Muka kau berubah riang. Aku suka bila kau nampak riang-ria. Bila kau cerita, hati rasa berbunga-bunga.

Aku petik suis televisyen. Kau capai Wiimote. Untuk ke sekian kalinya kau pilih Wii Boxing. Aku mencarut dalam hati.

Celaka. Celakalah hari aku beli konsol jahanam ini. Kau tau tak penat menumbuk angin ni? Penat! Dan kau asyik nak menang.

Celaka.

——————-

Sayang, abang pulang!

Kau tak menyahut. Ada baju bersepah di lantai. Seluar dalam kau. Coli kau. Semua bersepah. Aku tidak dapat tahan perasaan. Tak pernah aku sangka akan terjadi begini. Hampir berlari aku masuk ke bilik. Dan di situ kau berdiri. Seolah tidak ada apa terjadi.

Kau pandang aku.

Aku pandang kau. Kecewa. Tidak sangka.

Rumahtangga yang kita bina bersama sudah bertahun usia, anak juga sudah dua. Akhirnya hari ini kau tunjukkan pada aku hakikat.

‘Sori abang,’ mulut kau cuba bersuara. Bunyi tak keluar.

Dada aku berdegup kencang. Tak ada kata-kata yang boleh keluar. Sungguh tidak kusangka.

‘Sayang mintak ampun. Janji tak buat lagi,’ kau cuba merayu.

Aku duduk di atas katil. Memang salah besar aku pulang awal. Begini rupanya kau bila aku tiada di rumah. Menyesal aku larang kau kerja. Rupa-rupanya kau… kau…

‘Sori abang… sayang tak sempat kemas rumah.’ Tak sempat?? Tak sempat kata kau?!

‘Baby. You kan tahu I ni OCD. Apasal lah biar rumah selekeh!!! Tak sangka I. Rupanya you ni bukan kasi pengemas macam yang I harapkan.’ Di tunduk malu.

Aku pantang! Marah, aku berlalu keluar dari bilik. Dari ekor mata aku lihat tuala yang tersepuk di penyidai. Aku patah balik. Ambil tuala itu. Kibas-kibas. Sangkut balik elok-elok. Aku pusing tengok dia. Masih lagi tertunduk malu-malu.

‘Lagi sekali I balik rumah and nampak you pakai kain batik; I ceraikan you!’

Kampung.

The Mamu is from Penang, the island which gives reason for Malaysia's existence. He tweets like pigeons shit, without fear nor favor, nor regard to whose head said shit shall befall. Easily corrupted with...