Dari Perhimpunan Kuning 709 (Bersih 2.0) sehingga ke Perhimpunan Hijau 109, suara pembantahan rakyat tidak berhenti. Loji Tanah Nadir Lynas masih selamat di Gebeng, Kuantan. Kilang yang bernilai RM1.3 bilion terus melaksanakan kerja-kerja pembinaan siang dan malam. Pada 12 Oktober 2011, Syarikat Lynas telah mengisytiharkan penambahan pelaburan sebanyak RM200 juta kepada Loji Tanah Nadir di Gebeng. Kini, jumlah yang dilaburkan adalah sebanyak RM1.5 bilion. Di samping itu, Lynas juga mengumumkan penambahan 500 peluang pekerjaan dalam kilang tersebut untuk menghadapi tekanan daripada bantahan penduduk setempat.

Pelan pengurusan sisa radioaktif yang tidak telus

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyenaraikan 11 syarat-syarat dan cadangan penambahbaikan loji yang mesti dicapai oleh Lynas bagi memperoleh lesen beroperasi. Syarat-syarat tersebut termasuk pelan pengurusan sisa radioaktif jangka masa panjang yang terperinci, laporan penilaian radiasi dan kerja-kerja meroboh kilang pada masa depan. Maka, Syarikat Lynas bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan cadangan yang diberi.

Dalam laporan tahunan suku kedua tahun 2011, Lynas mendakwa bahawa laporan perancangan serta pelan pengurusan sisa radioaktif telahpun diserahkan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) pada 18 Julai 2011. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk Kuantan hanya diberitahu maklumat tersebut pada hujung bulan September melalui penerbitan laporan suku tahunan Syarikat Lynas. Dengan itu, jelaslah bahawa tahap transparensi yang tidak memuaskan bermaksud hak rakyat untuk menerima maklumat kurang dihormati dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah mengadu kepada kerajaan Australia agar Lynas mendedahkan maklumat lanjut tentang perancangan dan pelan keselamatan loji tersebut.

Kemudian, Lynas menafikan bahawa pihak syarikat tidak mengumumkan laporan tersebut. Lynas menyangkal yang Lynas dipesan untuk menyerahkan laporan kepada kerajaan Malaysia bagi tujuan membuat pengumuman awam kepada penduduk-penduduk Kuantan serta rakyat Malaysia. Lynas turut mengatakan bahawa pihak syarikat telah berjumpa dengan 3,000 orang penduduk tempatan untuk penerangan keselamatan loji tersebut setelah laporan penilaian pakar-pakar IAEA diterbitkan pada 30 Jun 2011. Namun begitu, adakah 3000 orang tersebut merupakan penduduk-penduduk Kuantan yang sebenarnya?

Apakah yang telah terjadi sehingga kerajaan gagal menyakinkan rakyat Kuantan berkenaan keupayaan kerajaan dalam menangani masalah pembuangan sisa-sisa radiasi?

Pihak berkuasa dan Lynas tidak memahami bahawa apa yang diutamakan oleh penduduk-penduduk Kuantan bukanlah kepentingan ekonomi, tetapi keselamatan dan keharmonian dalam kehidupan seharian mereka serta risiko-risiko yang bakal ditanggung oleh generasi yang akan datang. Selain itu, penduduk-penduduk Kuantan juga risau melihat rekod penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di Malaysia yang gagal memenuhi tahap yang memuaskan dalam pengurusan sisa-sisa radiasi, memandangkan peristiwa yang berlaku di Kampung Papan, Bukit Merah 30 tahun yang lepas.

Adakah Malaysia mempunyai kemampuan dalam pemantauan alam sekitar?

Kumpulan penyelidikan di bawah Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition) telah menjalankan siasatan ke atas piawai keselamatan alam sekitar (Environment Safety Standard) di Australia. Pengarah Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), Nicholas Curtis mengatakan bahawa pihak Lynas sudah mendapat lesen dan pengesahan daripada IAEA tentang kemampuan syarikat tersebut memantau tahap radiasi serta menguruskan sisa-sisa buangan tanah nadir. Akan tetapi, penyiasatan Gabungan Hentikan Lynas mendapati bahawa lesen yang berkaitan diberi kepada Syarikat Ashton (Ashton Rare Earths Pty. Ltd) pada tahun 1992 sebelum ditukar tangan kepada Syarikat Lynas.

Lesen yang diperolehi oleh Ashton 19 tahun yang lalu mempunyai 41 syarat yang penting. Kesemua syarat yang tertakluk dalam lesen tersebut adalah lebih ketat berbanding dengan Lynas. Beberapa perbandingan yang dilihat adalah seperti berikut:

Ashton Rare Earths Pty. Ltd. Lynas Advanced Materials Plant (LAMP)
Menanam sisa buangan tanah nadir di Mount Weld, iaitu tempat perlombongan mentah tanah nadir. 

 

Tiada rancangan pengurusan sisa buangan tanah nadir jangka panjang yang sempurna. 

 

Jarak perjalanan dari Mount Weld ke Meenar (Loji pemprosesan tanah nadir) adalah 800KM. 

 

Mentah tanah nadir dihantar dari Mount Weld ke pelabuhan Fremantle (1000KM), dan kemudian ke pelabuhan Kuantan (4000KM). 

 

Terdapat lebih kurang 900 kontena sisa-sisa buangan dihantar balik dan disimpan di Mount Weld. 


Sisa-sisa buangan akan disimpan di loji/kilang pemprosesan tanah nadir. 

 

Tempat kediaman yang terdekat adalah 35KM dari tempat penyimpanan sisa-sisa buangan dan didiami oleh 316 orang penduduk. 

 

Tempat kediaman yang terdekat adalah 35KM daritempat penyimpanan sisa-sisa buangan telah didiami oleh lebih daripada 70 juta orang penduduk. 

 

Sisa buangan dicairkan kepada 2.3 becquerel per gram. 

 

Sisa buangan tidak dicairkan. 6.1 becquerel per gram. 

 

Loji bawah tanah yang telap. 

 

 

Loji bawah tanah yang tidak telap. Menurut laporan “NewYork Times”, struktur pembinaan loji tersebut tidak lengkap/sempurna. 

 

Jauh dari sumber air. 

 

0.95 m – 3.5 m dari sumber air. Tempat penyimpanan merupakan tanah paya. 

 

Jumlah hujan tahunan di Mount Weld adalah 234cm. 

 

Jumlah hujan tahunan di Gebeng, Kuantan adalah 2860cm. 

 

Loji penyimpanan sisa-sisa buangan akan ditanam sedalam 2.5 meter di bawah permukaan tanah apabila pemprosesan tanah nadir berhenti. 

 

Sisa-sisa pembuangan akan ditutup. Cara penutupan dan penyimpanan sisa pembuangan masih tidak diketahui. 

 

Apakah sebabnya Lynas memilih Gebeng, Kuantan sebagai tapak loji pemprosesan tanah nadir? Adakah lokasi tersebut menawarkan kepakaran yang termahir di Malaysia, berdekatan dengan sumber air yang secukupnya, ataupun melibatkan pelabuhan yang canggih? Walau bagaimanapun, pada 9 September 2011, Menteri Tanah dan Galian Australia, Norman Moore mengakui bahawa Lynas berputus untuk membina loji di Gebeng, Kuantan atas sebab kos pembinaan yang rendah di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semasa ditemubual Menteri Besar Negeri Pahang telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri hanya mengutip cukai pintu dan cukai tanah daripada Lynas. (Rujuk kepada minit ke-4:52 video temubual berkenaan di Youtube). Kelonggaran undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta tawaran yang terlampau ‘murah hati’ telah memberi peluang kepada Lynas untuk mengambil kesempatan.

Kelonggaran pengecualian yang diberikan kepada Lynas beroperasi selama 12 tahun yang pertama. Dengan kata yang lain, kerajaan dan rakyat sama ada di Kuantan mahupun Malaysia tidak mendapat apa-apa manfaat selain cukai tanah, cukai pintu, 800 peluang pekerjaan dan SISA-SISA RADIASI.

Apakah yang telah terjadi di belakang kesemua ini?

Sze Ming is a nature lover who grew up enjoying the paddy fields in Kedah. Green warrior, she believes going green is the only way for longer lives. Currently she doing her Master of Public Policy in University...