Hak berhimpun (Perkara 10 Perlembagaan) vs Permit polis (Akta Polis)

Tian Chua ditahan polis

Ahad lepas, 3 Julai, Menteri Dalam Negeri dilaporkan telah mengisytiharkan bahawa kumpulan ‘BERSIH 2.0’ sebagai haram. Haramnya BERSIH ini bertitik tolak daripada hasrat kumpulan ini untuk mengadakan perhimpunan rakyat bagi memberikan kesedaran peri penting wujudnya sistem pilihanraya yang adil. Pengumuman tersebut sangat aneh, seaneh seksyen 27 Akta Polis 1967 sendiri.

Seksyen 27 Akta Polis 1967:

1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan.

Semasa belajar subjek Perlembagaan Persekutuan di universiti 17 tahun yang lalu, saya telah menemui keanehan seksyen ini. Sedangkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun, bagaimanakah suatu Akta boleh mengambilalih kuasa Perlembagaan dengan sebegitu drastik? Ibarat kata, Profesor Andrew Harding, bahawa di Malaysia, kebebasan bersuara telah diambil oleh pihak Eksekutif sebelum ianya diberikan lagi.

Pun begitu, saya masih tidak memahami seksyen 27 Akta Polis ini sepenuhnya sehingga berlaku perhimpunan BERSIH 1.0. Selepas itu beberapa orang demonstran tegar telah ditangkap dan didakwa. Juga, selepas itu, lanskap politik Malaysia telah berubah akibat tsunami politik. Beberapa demonstrasi lain juga telah diadakan seperti demonstrasi ‘Protes’ kenaikan harga minyak dan demonstrasi ‘Mansuh ISA’. Beberapa orang demonstran telah turut ditangkap. Tidak ramai peguam yang sudi menjadi peguam mereka kerana semuanya percuma, malah wang di dalam poket peguam turut digunakan untuk membayar petrol dan makanan. Oleh itu, saya menghulur budi kepada mereka ini.

Alhamdulilah, saya dianugerahi ilmu berkaitan seksyen 27 ini secara praktikal. Saya terlibat dengan empat perbicaraan berlainan melibatkan seksyen 27 ini. Dua perbicaraan telah selesai dan kesemua tertuduh telah dilepaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Dua lagi perbicaraan, kesemua tertuduh bakal dilepaskan. Baru saya tahu rupanya pendakwaan di bawah seksyen 27 ini tidak sehebat bahasa yang digunakan di dalam Akta tersebut.

Dengan saksi-saksi polis yang berterabur dan hanya mengikut arahan atasan, bagaimanakah pendakwa boleh mendapat sabitan? Apabila dipanggil menjadi saksi, kesemua pegawai polis peringkat atasan menikus seperti tikus di dalam kepok padi. Di hadapan media, merekalah juara harimau Malaya, mengaum sederasnya.

Barang kes tidak dijaga dengan baik malah ada barang kes telah hilang di balai tangkapan seawal hari tangkapan. Akhirnya, seksyen 27 ini digunakan sebagai senjata untuk menakutkan-nakutkan rakyat daripada menikmati hak asasi mereka.

Lebih aneh lagi, SUHAKAM telah beberapa kali menggesa pihak Eksekutif untuk meminda seksyen 27 ini supaya selari dengan prinsip kebebasan berhimpun dan bersuara. SUHAKAM bukanlah agen pembangkang. Perlantikan Pesuruhjaya SUHAKAM kesemuanya dilantik atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong. SUHAKAM ditubuhkan untuk menasihati Kerajaan berhubung hak asasi. Tetapi tengoklah, berapa banyakkah saranan SUHAKAM diterima berkaitan isu hak asasi khususnya berkaitan seksyen 27 ini.

Yang tersangat aneh adalah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM yang diketuai oleh Tun Dzaiddin Abdullah. Suruhanjaya ini juga ditubuhkan oleh Kerajaan untuk mencadangkan penambahbaikan kepada PDRM. Tidak kurang RM2 juta dilaburkan bagi penubuhan Suruhanjaya ini. Antara cadangannya adalah supaya dipinda seksyen 27 Akta Polis ini. Tetapi, akhirnya cadangan Suruhanjaya ini hanya tertulis di atas kertas dan wang rakyat dibazirkan.

Justeru, kewujudan BERSIH ini tidak harus dianggap ancaman kepada pihak polis. Perhimpunan aman harus dibenarkan. Sesiapa yang menggugat perhimpunan boleh ditangkap tetapi perbuatan menangkap membuta-tuli manusia yang memakai pakaian berwarna kuning amat melucukan.

Era ini adalah era kesedaran hak asasi. Mana-mana negara yang menghormati hak asasi pasti akan lebih makmur dan lebih menarik kepada para pelabur. Para pelabur akan lebih yakin kepada negara yang menghormati hak asasi kerana negara tersebut pasti ditadbir secara lebih transparen, demokratik dan menghormati undang-undang.

Ayuh rakyat sekalian, gunakan akal dan budi semasa mengundi. Pilihlah kerajaan yang menghormati hak rakyat, negara makmur anda selamat.

 

[youtube]Cdn8YHX3Ubk[/youtube]

An ordinary lawyer who aspires to be an extraordinary lawyer in new democratic Malaysia

8 replies on “Aneh Sungguh Kerajaan Ini”

  1. 9 July objektif langsung tak tercapai.kenapa?8 perkara tu langsung takda.alih2 jadi agenda politik.AMBIGA kata takda kaitan tiba2 hari yg dinantikan muncul LKS,ANWAR,HADI AWANG…etc.WTF is this man?gua kena tipu!

  2. If don't like this Govt, do not become malaysian citizen. Go to Thailand or, Libya and stay there.

    1. Stupid. Malaysia is not owned by the government. Everyone who is born and a citizen has the right to live here.

    2. if don't like this govt., we will vote it out and we rakyat will stay, bn out!
      and police is not bn staff, it's rakyat's staff!

  3. ade aku kesah..bersih kan hati anjubwar,karpak,lim kit siong,nik azuz sebelum nak bersih kan malaysia ni…

    1. apa kau kisah sharin..kau bersihkan otak ko yg berkarat tu,ko bersihkan otak najib tuu..tau takut ngn rakyat

      1. apa tindakan boss kalau staff cuba nak jahanamkan company? bos duduk diam je ker? Bos dah bayar gaji every month, bonus every year, suddenly all staff buat demonstrasi claim that your company not fair?

        1. the boss is one who pays the salary. and that is the people. people pay government expenses in terms of taxes. when they buy cars, they have to pay tax. when they buy kfc, they also pay service tax. these tax are what pays for the government to function.

Comments are closed.