Apakah yang lebih penting – kesulitan sementara atau generasi masa depan?

Antara alasan-alasan dalam laporan-laporan polis yang dibuat untuk pembatalan perhimpunan #Bersih termasuk kesesakan lalu lintas, gangguan pendapatan harian, ketenteraan awam dan pencemaran imej negara. Secara objektifnya, alasan-alasan tersebut adalah benar. Namun, mari kita mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu.

Marilah kita berbincang mengenai keadaan trafik di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah, untuk kebanyakan masa, sesak. Jadi soalannya adalah apakah bezanya sekiranya kesesakan traffik untuk satu hari lagi? Tidak kelihatan sesiapa merungut walaupun beratur berjam-jam untuk masuk ke tempat letak kereta di Mid Valley, One Utama, The Curve dan lain-lain.

Jadi, kenapa kita lebih rela beratur berjam-jam untuk membeli-belah tetapi sebaliknya mengadu terhadap satu tuntutan dan punca yang mulia, iaitu untuk sistem pilihanraya yang adil, telus dan bebas? Adakah rakyat semakin mementingkan diri sendiri ataupun kita sudah selesa dengan kedudukan sekarang? Ataupun kita menganggap bahawa sistem pilihanraya kini adalah adil, telus dan bebas? Ataupun kita masih menganggap rasuah dan politik kotor adalah ok?

 

Gangguan ekonomi

Apabila membaca tentang penggaduan terhadap penjejasan pendapatan harian dan pencemaran imej negara yang didakwa oleh sesetengah pemandu teksi, beberapa soalan terlintas di fikiran:

  • Mengapa pemandu teksi mengenakan bayaran tetap dan tidak menggunakan meter?
  • Mengapa pemandu teksi tidak mahu mengambil penumpang jika ia tidak sesuai dengan laluan anda?
  • Tidakkah kelakuan pemandu teksi mencemarkan imej negara di mata pelancong?

Soalan-soalan yang timbul mengenai alasan-alasan peniaga pula:

  • Mengapa peniaga tidak mengadu apabila penutupan jalan untuk acara-acara seperti Matta Fair, Perhimpunan Belia, sambutan Tahun Baru / perayaan-perayaan yang mungkin juga menjejaskan perniagaan?
  • Bagaiman pula dengan gerai-gerai dan meja-meja peniaga di kaki lima dan jalan-jalan yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas?
  • Bagaimana pula dengan harga barangan yang ditingkatkan berlipat ganda ketika acara-acara sebegini?

Mungkin dengan berkerja lebih tekun dan tidak memilih penumpang akan mendapatkan pemandu teksi lebih pendapatan. Atau dengan menggunakan sedikit kreativiti seperti menjual keropok / minuman ringan / promosi khas / bendera Malaysia untuk mengambil kesempatan peristiwa hari tersebut boleh mendapatkan peniaga lebih pendapatan. Tetapi, apakah yang menyebabkan pemandu teksi berkelakuan sebegini? Apakah yang menyebabkan peniaga-peniaga berasa bimbang untuk perniagaan mereka?

Berapa orang yang benar-benar tahu bagaimana wang cukai telah dibelanjakan oleh kerajaan kita? Adakah kita mempunyai akauntabiliti atas cara-cara wang cukai dibelanjakan? Wang cukai sepatutnya dibelanjakan untuk mewujudkan peluang dan manfaat kepada Rakyat, namun, adakah pelbagai projek berbilion-bilion yang dilancarkan oleh kerajaan kita memberi sebarang manfaat kepada Rakyat?

Walau saya berasa empati dengan mereka yang pendapatan harian akan terjejas, saya rasa kita perlu melihat pada gambaran besar, kesan jangka panjang ekonomi dan memahami tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh #Bersih; yang akhirnya akan memberi kesan kepada generasi masa depan.

Bersifat Politik

Sesetengah orang berkata bahawa perhimpunan #Bersih bersifat politik, manakala sesetengah berkata ia tidak. Bagi saya, ia adalah politik. Bagaimana ia tidak? Ia secara langsung akan memberi kesan dimana anda memilih wakil rakyat untuk mewakili anda di Parlimen. Wakil-wakil yang dipilih ini akan terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan negara, dan juga perbahasan mengenai dasar-dasar ekonomi negara yang akhirnya akan memberi kesan ekonomi kepada setiap individu di Malaysia.

Jadi bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan wakil rakyat yang dipilih ini menjalankan tugas dengan cekap sekiranya sistem pilihanraya kini adalah cacat? Adakah sistem pilihanraya kini adil, telus dan bebas untuk membolehkan wakil rakyat yang terbaik dilantik ke Parlimen? Bagi saya jawapannya tidak.

Mengapa? Salah satu contoh adalah “memancing / membeli undi”; masih ingatkah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib kami – “You help me, I help you”? Mengapa projek-projek yang berbilion-bilion ditawarkan oleh calon-calon supaya dipilih? Isu pengundi hantu yang dibayar? Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk projek-projek kerajaan yang tidak munasabah dan dipersoalkan seperti PKFZ, submarin Scorpene, bailout untuk GLC dan syarikat-syarikat kroni? Dan bagaimana pula dengan penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan kontrak dan tender yang lumayan? Beginikah kita mahu wang cukai kita dibelanjakan?

Ada banyak lagi contoh yang boleh kemukakan tetapi masalah seperti inilah yang perlu ditangani. Kelakuan terhadap pengurusan kewangan negara sebeginilah yang menyebabkan situasi ekonomi kini yang semakin merosot; dan secara tidak langsung menyebabkan kesengsaraan Rakyat dimana ia mengakibatkan Rakyat untuk menggunakan cara-cara yang salah untuk memperoleh pendapatan, seperti segelintir pemandu teksi dan peniaga kita.

Hanya dengan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bebas, rakyat boleh memilih wakil-wakil rakyat yang paling cekap untuk mewakili kita di Parlimen. Ia tidak kira sama ada PR atau BN yang berjuang bersama untuk tuntutan #Bersih, apa yang penting ialah Rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil, telus dan bebas. Melalui sistem yang adil, telus dan bebas, wakil yang terbaik akan dipilih untuk mengurus pentabdiran kewangan negara dengan cekap dan terus merangsang dan mengembangkan ekonomi negara, untuk kebaikan semua, dan bukan untuk segelintir mereka yang elit sahaja.

Tetapi sanggupkah kita berkorban untuk masa depan yang lebih cerah; dimana mungkin pendapatan harian untuk sehari akan terjejas. Saya amat berharap kita dapat melakukan apa yang betul.

Gangguan ketenteraman awam

Pelancaran #Bersih 2.0 telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, dan dihadiri seramai 800 penyokong. Penyokong-penyokong mereka bersorak dan bertepuk tangan setiap kali penceramah menyentuh isu-isu penting yang menjejaskan mereka.

PERKASA juga telah melancarkan perhimpunan anti-Bersih mereka pada hari yang sama. Semasa pelancarannya, Presiden PERKASA mengugut masyarakat Cina dengan memberi amaran kepada mereka supaya tinggal di rumah dan menyimpan makanan, serta mencungkil kemungkinan berlakunya rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969. Foto Pengerusi #Bersih Ambiga telah dibakar semasa pelancaran sebagai tanda protes di mana beliau juga dilabel sebagai Ejen Yahudi.

Jadi siapakah yang menimbulkan kekacauan dan gangguan ketenteraman awam? #Bersih atau PERKASA? Mahukah anda wakil sebegini untuk mewakili anda di Parlimen? Anda fikirlah sendiri.

Pihak kerajaan dan polis juga telah pun menjalankan penangkapan pencegahan atas dakwaan berkemungkinan perhimpunan #Bersih akan menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Saya sendiri telah menyertai beberapa perhimpunan / vigil lilin, tetapi kesemua perhimpunan ini adalah sentiasa aman sehingga polis dan FRUs berhadapan dengan para peserta. Bagaimana tidak apabila polis menyerbu ke arah anda dan FRUs menembak bahan kimia dan gas pemedih mata? Jadi siapa yang menyebabkan kekacauan dan huru-hara? Para peserta atau polis dan FRUs?

Daripada berkerjasama dengan pihak penganjur untuk memudahkan perhimpunan tersebut dengan mengawal kesesakan lalu lintas, perancangan laluan yang betul dan penutupan jalan secara berperingkat agar tidak menjejaskan keadaan trafik dan mengganggu peniaga menjalankan perniagaan, sebaliknya pihak polis menafikan hak Rakyat untuk menyuara kehendak mereka dengan alasan gangguan ketenteraman awam. Kerajaan juga menafikan kebebasan Rakyat untuk berhimpun dan bersuara dan bersembunyi di sebalik alasan yang sama.

Kenapa perhimpunan ke kedutaan Amerika Syarikat atas isu sekatan Gaza dibenarkan pula? Double standard?

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menolak tuntutan #Bersih. Mengapa SPR begitu takut dengan perubahan dan tuntutan #Bersih? Bukankah itu tanggungjawab SPR untuk memastikan sistem piliharaya adalah adil, telus dan bebas? Ataupun kerajaan kita pula yang tidak ikhlas untuk melaksanakan tuntutan yang diimpikan oleh Rakyat?

Mengapa kita masih memilih wakil-wakil sebegini ke Parlimen apabila mereka tidak mendengar tuntutan Rakyat? Adakah kerajaan kita berpendapat bahawa sistem pilihanraya kini sudah cukup adil, telus dan bebas? Ataupun mereka hanya berminat untuk mempertahankan kedudukan mereka dan berasa tergugat dengan tuntutan #Bersih?

Sudah lama isu-isu sebegini diketepikan dan apa yang Rakyat mahu adalah perubahan sebenar. Sekarang tiba masanya untuk kita semua bangkit dan melakukan perkara yang betul. Saya akan berada di sana. Adakah anda akan turut serta?

BERSIH 2.0 Bersatu Teguh | Souce: Lot 1699 http://bit.ly/kCvi7p

Adrian is a confused accountant who has a heart of a Care Bear, lived in the Smurf Village, while defending the Universe like a Thunder Cat. He has deep interest and passion in civil society and has...

2 replies on “Gangguan Bersih”

  1. I'm curious, enlightened me. What evidence to your statements on politik kotor in Malaysia? What EXAMPLE of corruption? And please give solid evidence, one social scientifically proven.

  2. I'm single and do not have children yet, and if I do in the future, I wish and hope and pray Malaysia will be their beloved country worth fighting, developing and living in.

    And when I said that, it's base on Malaysian Malaysia ideology. No other race should be more superior, work less harder, given more benefit than others. Not in the 21st century!

Comments are closed.