Menyoal mengapa pihak polis dan pihak pendakwaraya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tayangan klip video seks oleh ‘Datuk T’ memandangkan penyiasatan mereka sebenarnya sudah lengkap.

Isu wujudnya tayangan klip video seks yang dikatakan wujud aksi dan perlakuan seksual seorang tokoh politik telah ditayangkan kepada khalayak awam para wartawan di Carcosa Seri Negara. Trio ‘Datuk T’ pula telah membuat pengakuan terbuka bahawa merekalah yang membuat tayangan percuma itu.

Hotel Carcosa: Tempat Tontonan Klip Video Sex Lucah | Source: Hotel-worlds.com
Kalah TGV dan GSC! Tempat Tontonan Klip Video Yang Agak Melampau | Source: Hotel-worlds.com

Pihak polis sejurus selepas laporan polis dibuat oleh tokoh politik itu telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan. Jika seksyen tersebut dilihat, ternyata yang berkenaan adalah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut:

“Barang siapa menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau dengan apa-apa cara mengedarkan, atau bagi maksud menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas, rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah; hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

[“Whoever sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene books, pamphlet, paper, drawing, painting representation or figure or any other obscene object whatsoever shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years, or with fine, or with both.”]

Dalam bahasa mudah, seksyen tersebut peruntukkan bahawa sesiapa yang menunjukkan secara awam (exhibit in public) sesuatu bahan lucah boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun atau didenda atau kedua-duanya. Hanya 3 elemen seksyen berkenaan yang perlu disiasat oleh polis iaitu:

1.    Seseorang telah menunjukkan video.
2.    Video itu adalah lucah.
3.    Video lucah itu ditunjukkan kepada awam.

Seksyen tersebut tidak menyatakan mengambil bahagian dalam perlakuan lucah tersebut boleh juga dihukum. Lainlah jika pelakon berkenaan berkongsi keuntungan hasil jualan, sewaan atau pertunjukan awam tersebut.

Apa yang kita tidak faham adalah tindakan polis yang seolah-olah tidak tahu apa yang patut disiasat dan tidak tahu apakah elemen jenayah yang perlu dibuktikan. Tidak mungkin dalam hal kehebohan di seluruh ceruk rantau mengenai filem seks ini tiada mana-mana pegawai daripada Kamar Peguam Negara memberikan tunjuk ajar berkenaan maklumat yang diperlukan untuk tujuan pendakwaan.

Daniel Craig juga pakai jam tangan Omega. Mungkin Daniel yang berlakon sebagai Dato' Seri Anwar dalam klip video tersebut?
Daniel Craig juga pakai jam tangan Omega. Mungkin Daniel yang berlakon sebagai Dato' Seri Anwar dalam klip video tersebut?

Tidak nampak apa relevannya untuk menyiasat siapakah pelakon video lucah itu. Tidak nampak rasional untuk tahu siapakah tuan punya jam ‘Omega‘. Jika benar video itu ada aksi membuat hubungan seks maka jelas sekali ianya adalah video lucah. Tidak kira siapakah pelakonnya, malah aksi lucah dalam bentuk animasi ‘manga juga boleh menjadikannya video lucah.

Trio Datuk T juga mengakui secara terbuka di dada akhbar bahawa merekalah yang bertanggungjawab membuat tayangan percuma video lucah itu kepada para wartawan. Oleh itu, penyiasatan ke atas ketiga-tiga elemen untuk mendakwa Datuk T di bawah s.292(a) Kanun Keseksaan ini sebenarnya telah sempurna.

Rakyat tidak faham kenapakah Kamar Peguam Negara belum mendakwa pesalah ini. Rakyat jadi tambah bingung bila Menteri pula menyatakan bahawa tiada sesiapa ditahan dalam siasatan ini. Kalau ada kesalahan bermakna ada tangkapan. Seseorang yang ditangkap ada haknya yang perlu dijaga. Kalau diambil kenyataan tanpa memberitahunya bahawa beliau ditahan kemungkinan kenyataan yang diambil nanti boleh dicabar kesahihannya.

Menambahkan kebingungan kita semua adalah kenyataan Menteri bahawa trio Datuk T harus dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2010 dan Akta Pemberian Maklumat 2010.

Datuk T: Suatu siri sitkom baru di dalam dunia politik Malaysia.
Datuk T: Suatu siri sitkom baru di dalam dunia politik Malaysia.

Jika kalian masih ingat kisah video lucah ‘Kehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau‘, [Mohd Rizal bin Mat Yusof vs Public Prosecutor [2009] 8 MLJ 856] tertuduh dalam kes itu telah didakwa atas kesalahan mengedarkan video seks itu di bawah s. 292(a) Kanun Keseksaan. Meskipun beliau mengakui beliau adalah pelakon video berkenaan, tetapi beliau tidak didakwa atas kesalahan berlakon video lucah.

Yang menariknya, isteri tertuduh mengakui di mahkamah bahawa beliau juga antara pelakon video tersebut dan suaminya merakamkan video aksi seks dengan kebenarannya. Hanya yang menjadi isunya bahawa video itu adalah semata-mata untuk koleksi peribadi dan tiada niat untuk pengedaran terbuka. Isteri beliau menyatakan kemungkinan video tersebut telah jatuh ke tangan orang lain bila mana mereka dalam proses berpindah rumah. Akhirnya, apabila kes sampai ke peringkat rayuan, tertuduh telah gagal disabitkan di mahkamah atas kesalahan mengedar video lucah.

Oleh itu, usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi tujuan mengenal pasti pelakon video ini adalah tidak relevan dan tentu sekali suatu pembaziran kepada dana awam. Begitu juga dengan penyiasatan ke atas tuan punya jam ‘Omega’ ini pun mempunyai agenda politik tersembunyi.

Kini rakyat ternanti-nanti tindakan ke atas pesalah yang sebenar di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan ini dibuat bukan bagi tujuan politik tetapi bagi menjaga keharmonian dan kesucian moral rakyat Malaysia. Pihak polis perlu buktikan bahawa mereka tidak terjebak dengan flip-flop politik menteri. Institusi yang awam seperti PDRM ini perlu menjadi institusi bebas yang berpaksikan undang-undang.

Zulqarnain Lukman adalah seorang peguam yang pening dengan peranan sebenar institusi awam seperti PDRM seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Polis 1967.

An ordinary lawyer who aspires to be an extraordinary lawyer in new democratic Malaysia

2 replies on “Video Seks ‘Datuk T’: Penyiasatan Bercelaru Polis”

  1. I suddenly remember about a CSI Miami season 7 episode – when Woolf was caught and forced to ruin the forensic investigation in order to get the real culprit out safely. So the murderers and accomplice who did the act had the undertaking beforehand.

    I think the effect is that Datuk T trio had undertaking that even if they revealed, they are safe from any criminal prosecution. One of our minister said no separation of powers here so yeah. Any order to the police dept is a valid order then.

    I supposed they are trying to aim like exam results. Aiming for A but if can't get A, at least it drop down to B and not failing it. Which means they aim to get Anwar behind bars and not the informer (I agree that the investigations very much concluded with the confession!). If this fails, at least they could slow him down in politics and campaigning or by ruining his reputation. We know reputation can easily be screwed to 6ft under and people will lose respect straightaway.

  2. In the tape there was acts of oral sex. I suspect the police & Gani Patail are nursing a glimmer of hope that they cld get some evidences to eventually charge Anwar u/d s.377A Penal Code. I don't think they have ever bothered about the outcome of a trial. The strategy is to bogged him down and to drain him with court and RCI proceedings. Hence the roundabout and confusing police investigation in a s.292 Penal Code offence. I thought a 'curi ayam' case is more difficult to investigate than this Carcosa's sex video screening.

    Alternatively, they might be waiting for the conclusion of the Sarawak State's Election. They can't charge the 3 stooges bf the election since the sex video tape is part of the election campaign in the rural areas. Charging the trio would render the sex video campaign as useless.

Comments are closed.