A BERSIH 2.0 & LoyarBurok event: Sarawak: Tanah, Adat dan Pilihanraya

LoyarBuro

Sarawak : Tanah, Adat dan Pilihanraya


Jumaat, 18 Mac 2011,  8.00malam – 10.30malam

Dewan Tingkat 2, Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajelela, Kuala Lumpur

Ahli panel

Mark Bujang

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif BRIMAS. Beliau juga menjadi saksi (pakar) dalam beberapa kes mahkamah mengenai pemetaan komuniti dan beberapa keputusan daripada kes tersebut telah menjadi keputusan untuk penandaan lanskap.

Abun Sui

Peguam dan koordinator untuk Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA). Penasihat Undang-undang untuk TAHABAS – Native Customary Land Owners Network of Sarawak dan setiausaha kepada PKR Hulu Rajang, cawangan Sarawak.

Minggat anak Nyakin

Beliau merupakan pesara pekerja awam. Beliau dan komuniti telah membantah pencerobohan pembalakan di kawasan asal mereka. Beliau dan anak lelaki beliau telah diserang dan mengalami kecederaan parah semasa perbalahan dengan pekerja syarikat pembalakan tersebut.

Nicholas Mujah

Beliau seorang Iban dan telah mempertahankan hak penduduk tempatan di Sarawak mengenai tanah asal mereka sejak 1980. Beliau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), dan telah ditahan beberapa kali berhubung dengan kerja-kerja yang dijalankannya.

Program:

  • 8.00 – 8.30 malam                       Ketibaan tetamu dan pendaftaran
  • 8.30 – 8.35 malam                       Kata-kata aluan, Dato Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0
  • 8.35 – 9.35 malam                        Penyampaian oleh Ahli Panel
  • 9.35 – 10.00 malam                     Sesi Soal & Jawab                                                                                                                               Moderator: Dr. Wong Chin Huat, Ahli Jawatankuasa Pepandu (BERSIH 2.0)
  • 10.00 malam                                 Tamat

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan BERSIH 2.0 SEKRETARIAT, Nurul di talian 03-77844977.

For further information:

BERSIH 2.0 website: ENGLISH

BERSIH 2.0 website: BAHASA MELAYU

BERSIH 2.0 Facebook Note

BERSIH 2.0 Facebook Event


(Visited 504 times, 2 visits today)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Posts by

Posted on 11 March 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use