Ia yang Indah (Part 2) #LoyarBerkasih

 

Together | Credit: http://www.flickr.com/photos/kwerfeldein

Together | Credit: http://www.flickr.com/photos/kwerfeldein

Ini adalah Bahagian 2 Ia Yang Indah. Bahagian 1 boleh dibaca disini.

 

Untuk lebih tiga tahun mereka duduk bersama. Mula-mula sebagai sahabat, dan akhirnya sebagai pasangan kekasih.  Dengan galakkan S dan bantuan rakan-rakannya yang lain, C berjaya mendapat kerja sebagai tukang cuci dengan sebuah syarikat yang membayar gaji USD13 sejam, lebih tinggi dari menjadi seorang pelayan. C hanya perlu bekerja 5 hari seminggu untuk 6 jam sehari. Kerjanya memang  memenatkan tetapi lumayan. Selepas lebih sebulan bekerja sebagai tukang cucui, C berasa cukup stabil untuk memulakan kelas malam di sebuah pusat sivik berhampiran.

Kehadiran C dalam hidup S memberikan beliau makna baru. S telah masuk hujung tahun ketiga dan perlu bersedia untuk peperiksaan yang akan membenarkan beliau menjadi calon rasmi PhD sejarah.  Pada musim panas tahun itu, S perlu bertungkus lumus untuk bersedia untuk periksa yang akan berlangsung pada permulaan semester tahun ke-empatnya.

“Aku tak nak kau bekerja musim panas ini. Aku akan biaya kita. Kau belajar saja,” kata C lembut bila mereka duduk berbaring di atas katil sebelum masuk tidur.

“Kau kena juga belajar setahun lagi sebelum habis. Kau sudah kena kerja kuat. Aku tak hendak kau tambahkan kepada beban kerja kau itu.”

“Kau dengar kata aku,” pujuk C, “Kau tahu yang aku ini tak renggang daripada mengait setiap kali ada masa, kan?”

“Ya…kau pengait yang amat ‘genius.’ Cantik semua baju yang kau buatkan untuk kita…”

“Aku telah ditawar menjadi guru mengajar menjahit dan mengait di pusat sivik tempat aku mengambil kelas malam. Satu malam, masa tunggu kelas mula, aku tengah mengait topi salji bila seorang pentadbir menghampiri aku dan bertanya samada aku berminat untuk mengajar kelas mengait dan menjahit. Dia kata dia perasan aku sentiasa mengait dan memuji yang corak puri yang aku hasilkan. Gajinya sederhana tapi berpatutan. Aku hanya perlu kerja hujung minggu pada setiap hari Sabtu, dan sebulan sekali, hari Ahad.”

“Aku hanya pohon kau belajar sungguh-sungguh, dan kalau kau mahu, kau boleh teruskan kelas kau di penjara tu. Aku tahu kelas itu amat bermakna pada kau. Kau telah banyak membantu aku; kau boleh membantu mereka yang lain.”

Musim panas berlalu dengan cepat.  Walaupun masing-masing sibuk, mereka tetap mengambil masa untuk menikmati keindahan di sekitar Carolina Utara, dan juga di Carolina Selatan, terutamanya semasa cuti hari kebangsaan AS pada Julai 4.

Old Home Place, North Carolina | http://www.flickr.com/photos/anoldent/
Old Home Place, North Carolina | http://www.flickr.com/photos/anoldent/

“Yang indah mesti dikecapi, tetapi yang kurang indah juga mesti dihadapi. Dengan itu, kau akan rasakan keindahan yang sejati,” C sentiasa berkata.

“Bukankah begitu juga dengan Malaysia,” muncul soalan C yang bernada hipotetikal.

Kami juga akan mengadakan BBQ di laman rumah, mahupun berkelah di taman-taman yang berhampiran. Kekadang, kami akan mengajak kawan-kawan atau jiran untuk menyertai kami.

Dalam kesibukkannya, C menjadi sukarela di sebuah pustaka-campur-pusat belia berhampiran dengan tempat tinggal kami, yang biasa dikunjungi oleh kanak-kanak dari golongan kurang berada yang juga mempunyai latar keluarga yang sukar.

“Seperti aku,” C selalu berkata apabila S memintanya supaya jangan terlalu memenatkan dirinya.

“Bila umur aku seperti mereka, aku terkandas. Aku banyak buat kerja-kerja bodoh. Kalau boleh, aku mahu cuba menyelamatkan mereka sebanyak yang aku boleh. Aku mahu mereka habis belajar dan masuk kolej.”

S akhirnya berjaya dalam peperiksaannya dan pencalonnanya sebagai pelajar PhD menjadi rasmi.

C pula mendapat tawaran untuk menjadi guru penuh masa kraftangan di pusat sivik yang dihadiri beliau, di mana beliau bukan sahaja mengajar orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.

“Aku sekian lama mahu menjadi cikgu. Tapi disebabkan rekod aku, aku tak pasti aku akan dapat kerja sedemikian selamanya,” ujar C dengan nada sedih.

“Tapi kau seorang yang baik, dan apa yang kau lakukan telah mengubah hidup mereka ini,” S memujuk dan mendakapnya.

C mula menjual hasil-hasil kreatifnya melalui E-bay dan hasil yang didapatinya agak lumayan. Duit yang didapatinya disimpan untuk bila diperlukan.

Dia juga kekadang mengikuti S ke wilayah Appalachian apabila S ke sana untuk membuat penyelidikan. Bila S sibuk bekerja, C akan kekadang menjadi sukarelawati di sebuah pusat pendidikan di situ yang ditubuhkan untuk mengalakkan anak-anak gadis yang kebanyakkannya daripada keluarga miskin yang tidak pernah ke kolej untuk membina cita-cita yang lebih luas.

C mempunyai impian untuk membuka kedai jahitan dan kraf sendiri, di mana dia akan mengupah wanita-wanita yang miskin tetapi mahir untuk bekerja dengannya.

Pada tahun itu juga, C telah tamat pengajiannya dan dianugerahkan dengan sekeping diploma sekolah menengah, lulus dengan cemerlang.

Dalam kehidupan yang penuh kesibukkan, kegembiraan dan keujaan, malang tetap akan menimpa.

S telah masuk tahun kelima pengajiannya, dan C juga sedang sibuk menguruskan pembukaan kedainya. Sebelum itu, C telah menghadiri kelas malam dalam bidang keusahawaan dalam  sama, juga meneruskan kerjanya sebagai guru yang mengajar kraf.

Pada tengah bulan Jan 2009,  C telah menamatkan kursus itu dan telah menyiapkan segala yang perlu dilakukan untuk pembukaan kedainya. Dia telah berjaya menyewa sebuah kedai yang terletak di tengah-tengah pekan dan di kawasan yang kerap dikunjungi pelawat luar pada harga yang amat berpatutan, hasil dari kemahirannya berbicara dengan tuanpunya. Dia juga telah mendapat dana daripada sebuah koperasi yang memberi pinjaman mikrokredit kepada wanita-wanita usahawan daripada kaum minoriti. Juga, dia telah menyimpan agak banyak daripada hasil jualannya dalam E-bay yang boleh dijadikan modal perniagaannya. Dia sekarang sibuk mencari pekerja baru untuk kedainya.

S pula mempunyai pencapaian yang bagus dalam penyelidikan dan juga tugasan beliau sebagai pengajar. Baru-baru ini, beliau telah dianugerahi Mentor Mithali di bawah golongan pelajar.

Pada Februari 6, C sedang memandu pulang ke rumah selepas sesuntuk hari di kedai. Walaupun baru jam enam petang, hari telah gelap disebabkan musim sejuk. Dalam perjalanannya pulang, dia telah berhenti di depan lampu lalu lintas. Keadaan agak renggang masa itu. Tertiba, dia mendapati keretanya dilanggar kuat dari belakang.

Apa yang berlaku selepas itu menjadi naratif di dalam laporan polis. Seorang lelaki telah keluar daripada kereta yang melanggarnya itu dan memacukan pistol kepadanya. Keretanya terjumpa terbelangkai beberapa batu daripada dirinya. C telah dirogol dan ditembak di mukanya. Yang ajaibnya, dia masih hidup tetapi dalam keadaan tidak sedar diri bila dijumpai berhampiran satu taman oleh seorang yang membawa anjingnya bersiar-siar. Dia dalam keadaan separa bogel dan berdarah. S telah ke luar negeri untuk menghadiri satu persidangan pada masa itu.

C dibawa ke hospital dan terus berada dalam keadaan koma. Sebelum itu, dia sempat menyebut nama dirinya dan nama S. Nasib baik, bila pihak berkuasa menyemak insuransnya, mereka mendapat butir S sebagai pewaris terdekatnya.

Bila S mendapat tahu berita apa yang berlaku pada C melalui mesej suara dalam telefon bimbitnya yang telah ditutup kerana berada di persidangan sepanjang hari, badannya menggeletar dan dia jatuh pengsan…

S terpaksa menghabiskan semesternya dalam kekusutan yang teramat sangat. Walaupun kawan-kawan beliau cuba membantu, tidak ada yang dapat mengurangkan kesakitan dalam dirinya. Penjenayah yang membunuh kekasihnya itu masih belum dapat ditangkap walaupun sudah beberapa bulan. S telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada unit psikologi universitinya. Tetapi disebabkan ketenatan tekanan pada dirinya, mereka telah merujukkan beliau kepada perkhidmatan di universiti hospital.

S merasa putus asa. Dia juga tidak sanggup duduk lagi di rumah yang membawakan kenangan dan mimpi ngeri tentang saat-saat terakhir kekasihnya itu. Sebulan selepas kematiaan C, S telah berpindah keluar.

Resting Place | Credit: June Rubis
Resting Place | Credit: June Rubis

Pengebumian C dihadiri oleh ramai rakan dan taulan. Oleh kerana S tidak mengenali keluarga C, dan C enggan menceritakan apa-apa pun tentang keluarganya, tiada seorang pun ahli keluarga C yang hadir. Semua bersimpati teramat sangat dengan kehilangan yang dirasai S dalam keadaan yang amat dashyat sekali.

S tergerak untuk keluar daripada programnya itu tetapi dia tahu, kalau dia mahu mengabadikan kenangannya terhadap C, dia tidak boleh berputus asa. Pada tahun ke-enamnya, universiti telah menghadiahkan S kezamilan yang membolehkan beliau untuk menghabiskan disertasi tanpa gangguan perlu mengajar. S bertekad untuk habis pada tahun itu juga. Dia juga telah berhenti daripada mengajar di penjara, dan menyerahkan tugasan itu kepada mereka yang baru.

Hidup tanpa C adalah susah. Tetapi, dalam mengharungi keperitan kehilangan itu, dia teringat akan pesanan C. Dia teringat juga dengan satu fabel yang C sentiasa ceritakan padanya

Pada suatu masa dahulu, ada satu anak gajah. Anak gajah itu sungguh kasihan sebab dia telah piatu semenjak dilahirkan. Dia telah dijadikan anak angkat oleh kawan mendiang ibunya. Sebab anak gajah itu kecil, dia kerap dibuli gajah-gajah lain. Maklumlah gajah itu piatu, tiada siapa yang boleh menbelanya.  Tapi, haiwan-haiwan kecil lain sayangkan anak gajah itu, sebab anak gajah itu lembut dan melayan mereka dengan baik sekali. Anak gajah kerap bermain dengan mereka, dan akan membantu mereka bila mereka kesusahan.

Baby Elephant | Credit: http://www.flickr.com/photos/wwarby
Baby Elephant | Credit: http://www.flickr.com/photos/wwarby

Pada suatu hari gajah itu telah mengikut gajah-gajah lain ke kawasan hutan yang berhampiran dengan empangan yang baru dibina. Anak-anak gajah dalam kumpulan itu dinasihati supaya jangan menghampiri sangat empangan itu. Empangan itu merbahaya.

Anak gajah itu terasa sungguh teruja. Dia tidak pernah ke situ. Dia ternampak sebatang pokok yang amat unik rupanya dan telah pergi pada pokok itu. Tanpa disedarinya, dia telah bergerak jauh dari kumpulan itu. Kumpulan gajah tidak menyedari anak gajah itu telah meninggalkan mereka, dan mereka kemudian beredar tanpa menunggu sang anak gajah.

Bila anak gajah pulang, dia dapati kawan-kawannya telah meninggalkannya seorang.

Anak gajah rasa mahu menangis. Tetapi, dia tahu dia perlu gagah sebab dia perlu mencari balik kumpulannya itu. Dalam berjalan-jalan,  dia dapati dirinya telah sampai ke kawasan empangan. Dia duduk berehat di situ.

Tanpa semena-mena, dia nampak empangan itu seperti bocor. Tiba-tiba, air terpancut deras darinya dan mula membanjiri sungai yang dikekang.  Oleh sebab anak gajah itu telah memilih untuk berehat di atas tebing, dia nampak ada satu kawasan perkampungan yang berhampiran. Kalau dia tak berikan amaran, kampung itu akan musnah.

Anak gajah cepat-cepat bergerak ke arah perkampungan itu. Dia nampak seorang budak kecil yang bermain di situ. Dia pergi ke budak itu dan cuba menggunakan belalainya untuk menarik tangan budak itu. Budak itu menjadi takut dan meraung kuat. Ayah budak itu keluar dan hampir mahu memukul sang anak gajah itu bila anak gajah itu mengeluarkan raungan yang kuat dan menggunakan belalainya untuk menunjuk ke arah empangan itu. Ayah budak itu menjadi hairan dan menghampiri anak gajah itu. Anak gajah itu mula berlari-lari anak balik ke arah empangan. Dia kerap berpaling untuk memastikan lelaki itu masih mengikutinya. Lelaki itu akhirnya faham yang anak gajah ada hal penting untuk dikhabarkan dan mula mengikut anak gajah itu. Tetapi sebelum sampai ke empangan, dia boleh mendengar aliran air yang lebih deras dari biasa. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Bila makin hampir, dia boleh melihat air bocor sedang membanjiri sungai.

Dengan cepat, lelaki itu berjalan pantas pulang ke kampung dan memanggil orang-orang kampung lain untuk datang membantu. Akhirnya, mereka berjaya menampal bocor itu sementara waktu sebelum mereka melakukan kerja membaiki lebih lanjut nanti

Anak gajah itu diseru orang kampung sebagai wira mereka. Mereka telah membawa anak gajah pulang dan menjaganya sebagai anak mereka sendiri, walaupun mereka juga membiarkannya berjalan-jalan di sekitar hutan agak boleh kekalkan sifat ketabiiannya. Anak gajah itu membesar menjadi gajah yang gagah dan akhirnya dilepaskan kembali ke hutan. Anak gajah itu akhirnya menjadi ketua kepada satu kumpulan gajah.

Geranium bunga kesukaan C. Bunga yang mengingatkannya kepada detik-detik gembira zaman kanak-kanaknya. Bunga yang kerap menjadi perhiasan rambutnya yang panjang lebat.

Bila sedunya berkurang, S bangun daripada melutut di hadapan nisan kekasihnya itu.  Sudah setahun lebih selepas kejadian itu. Pesalah itu masih belum dijumpai. S baru menyerahkan disertasinya kepada jawatankuasanya. Dia akan membuat pembelaan sebulan dari sekarang.

“Selepas itu, aku akan pulang ke Malaysia. Mungkin untuk sebentar, atau selamanya, aku tidak tahu lagi.”

“Tapi yang aku tahu, C, ialah keindahan tidak tentu dirasai dengan penuh nikmat jika tidak ada yang hodoh untuk jadi lawannya. Aku rasa, hari ini, aku akhirnya faham maksud kau.”

 

<div style=”text-align: justify;”><dl id=”attachment_18914″ style=”width: 410px;”> <dt><a rel=”attachment wp-att-18914″ href=”http://www.loyarburok.com/human-rights/lets-talk-about-sex/ia-yang-indah-loyarberkasih/attachment/2234720298_7d51c59970/”><img title=”2234720298_7d51c59970″ src=”http://www.loyarburok.com/wp-content/uploads/2011/02/2234720298_7d51c59970-400×266.jpg” alt=”Individual Protection | Credit: http://www.flickr.com/photos/kwerfeldein” width=”400″ height=”266″ /></a></dt> <dd>Individual Protection | Credit: http://www.flickr.com/photos/kwerfeldein</dd></dl></div>
<p style=”text-align: justify;”><em><span style=”color: #800000;”><strong>Clarissa Lee</strong> adalah seorang pascasiswi di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dia akan mengambil peperiksaan komprehensifnya dalam dua bulan lagi dan melihat karya kreatif sebagai cara lepaskan tekanan, atau penambah kepada tekanan sebab melalaikan kerja wajipnya dalam proses berkarya. Dia percaya bahasa cerita adalah cara terbaik untuk menyampaikan idea yang sukar disampai terus, dan juga sebagai penyampai bentuk alegori dan satira. Beliau memblog di http://scandalousthoughts.wordpress.com dan sedang menulis novel bersiri (yang tidak keluar dengan cukup kerap) di http://www.jalantelawi.com</span></em></p>

Clarissa Lee adalah seorang pascasiswi di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dia akan mengambil peperiksaan komprehensifnya dalam dua bulan lagi dan melihat karya kreatif sebagai cara lepaskan tekanan, atau penambah kepada tekanan sebab melalaikan kerja wajipnya dalam proses berkarya. Dia percaya bahasa cerita adalah cara terbaik untuk menyampaikan idea yang sukar disampai terus, dan juga sebagai penyampai bentuk alegori dan satira. Beliau memblog di http://scandalousthoughts.wordpress.com dan sedang menulis novel bersiri (yang tidak keluar dengan cukup kerap) di http://www.jalantelawi.com


(Visited 502 times, 2 visits today)

Tags: , , ,

Posts by

Posted on 13 February 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use