Perhimpunan Solidariti Mesir: Suara-Suara Di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat

4 Februari. Atas nama solidariti untuk rakyat Mesir, perhimpunan dimulakan dari Masjid KLCC ke Keduataan Amerika Syarikat. Tujuannya satu, memberi sokongan.

Niatnya baik, tiada kekecohan dan tiada kekasaran.

Berikut merupakan beberapa monolog, laungan dan kata-kata yang sempat aku rakamkan dan rekakan.

egypt-kl1

“Hidup! Hidup! Hidup rakyat!” – Hazim, guru.

“Takbir! Allahuakbar!” – Syahid, kerani.

“Wah, ramai juga hari ini!” – Along, pelajar.

“Baguslah hari ini semuanya aman. Tak perlu kecoh-kecoh” – Hazmi, despatch.

“Amboi bukan main galak lagi budak-budak ni bawa sepanduk. Tak sabar aku nak jalankan rancangan kita” – Hussein, polis.

“Down! Down! Down Mubarak!” – Nicol, pelajar.

“Okay semua boleh bersurai sekarang!” – Kassim, Unit Amal.

“Tak boleh jadi. Semua berlangsung secara aman, SB, cepat gerak! Provokasi! Provokasi!” – Khairul, polis.

“Ni kenapa pegang sepanduk??! TURUNKANLAH!!! BODOH!!!” – Hakim, SB.

“Allahuakbar! Allahuakbar!” – Sufyan, doktor gigi.

“Idgham maalghunnah! Qalqalah kubra!” – Fared Ayam, pencinta.

“Bersurai dengan segera atau kami akan gunakan kekerasan!” – ini aku lupa nama orang yang cakap tapi yang pasti dari trak FRU.

“What the hell did he say?” – Hassan, jejaka tampan dari Mesir.

“Sembur! Sembur!” – Syakir, polis.

“Weh apahal main air ni? Aku nak beli kuih kot” – Nanda, jurugambar.

“Feh. Gilalah!” – Siew, pemandu teksi.

“Lari! Lari!” – Lokman, pemandu teksi.

“Tangkap! Tangkap!” – segerombolan polis.

“Weh semua orang dah belah kot. Diorang nak apa lagi?” – Rahmat, penjual kuih.

“Ha! Ambik kau! Nak lagi?!” – Hilman, polis (juga kaki pukul).

“Lepaskan anak saya” – tanpa nama.

“Janganlah buat macam tu dekat bapa saya” – tanpa nama.

“Mak ai pedihnya tear gas ni” – Opa, pelajar.

“Tolongalah..suami saya tu..” – Salmah, surirumah.

“Inilah Melayu, bila belajar tinggi menyusahkan orang!” – Suhaimi, polis.

“Siapa suruh kau belajar rendah-rendah? Kan dah susahkan diri sendiri!” – Ecal, penunggang basikal.

“Tahniah semua. Kita berjaya. Kah kah!” – Kayum, polis.

egypt-kl2

Hari ini kita lihat. Hari ini kita jadi saksi. Mereka di Mesir ingin meruntuhkan tirani zalim, kita di sini cuba tunjukkan solidariti.

Namun, dihalang.

Terima kasih polis untuk water cannon. Terima kasih polis untuk gas pemedih mata. Terima kasih polis kerana mengasari wanita. Terima kasih polis kerana mengawal keamanan dengan baik.

Terima kasih polis kerana menukarkan perhimpuanan aman kepada huru-hara.

Terima kasih Malaysia.

Mim ialah seorang kaki lomo dan penulis blog tegar. Sentiasa menghabiskan masanya meletakkan biasiswa diterimanya dalam risiko selain mengagungkan Godspeed You! Black Emperor, Explosions In The Sky dan God Is An Astronaut. Gaya lariannya umpama kuda tua di atas padang ragbi namun dia yakin gaya lariannya tidak ada kena mengena dengan kenaikan harga filem slide di pasaran.


(Visited 274 times, 1 visits today)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Posts by

Seorang pelajar. Kadang-kadang mencarut di @mimjamil.

Posted on 4 February 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

6 Responses to Perhimpunan Solidariti Mesir: Suara-Suara Di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat

  1. umat S.A.W

    dulu masa kcik2 ade jugak cite2 nak jdi poiblis,tp skrg dh tukar la..sebab polis malaysia semuanya org mesir,bhsa arab aku fail,mcm mane nak ckp kalau jdi poiblis…

  2. hidup sihat

    polis memang memalukan.

  3. Hosni Mubarak agents in KL… thank you polis kerana membekalkan keadaan macam di kaherah… kalau tuntut demokrasi macam di mesir.. polis ni jugak yg akan jadi macam polis di mesir… balaci pemerintah zalim…..

  4. Ali Davidson

    Nak pegi demo, korang buatlah depan kedutaan Mesir!

  5. aminlandak

    kak kiah dari jauh berkata 'kuat sungguh kabel si mubarak!sampaikan polis kat malaysia pun dia kontrol"

    dgn rasa keewa kak kiah pun lari dari tempat kejadian …

  6. uniti dalam solidariti!