PMN 2011

Adakah kita hanya perlu diam? Menjadi seorang ignorant? Aku cabar semua untuk ke Perhimpunan Mahasiswa Negara pada 11.1.11 ini untuk mendengar suara mahasiswa berkenaan dengan dunia kemahasiswaan.

Kita sering berlagak dengan angka 1.

“Aku dapat nombor 1 dalam kelas.”

Ranking SPM sekolah aku nombor 1 di Malaysia.”

“Kita merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menganjurkan Sukan Formula 1.”

“Universiti aku terbaik di Malaysia.”

Banyak lagi.

Tetapi, adakah minda kita nombor 1? Aku tujukan kepada “kita”. Kita = Remaja = Pelajar = Mahasiswa. Termasuk diri aku sendiri.

Tidak guna kita membandingkan Malaysia dengan negara yang terkebelakang. Memang kita jauh lebih baik. Akan tetapi, dengan kelebihan yang kita ada berbanding dengan negara tersebut, mampukah kita bersaing dengan negara dunia pertama yang lain? Atas dasar itu, aku cuba untuk mengetengahkan perbandingan dengan negara yang maju, bukannya negara mundur.

Begitu juga dengan universiti kita. Dengan sistem pendidikan kita. Memang, aku tak nafikan bahawa sistem pendidikan kita lebih baik berbanding dengan negara dunia ketiga yang lain. Akan tetapi, sampai bila kita nak menjadikan negara dunia ketiga sebagai penanda aras kejayaan negara kita? Sampai bila? 2020? Setelah Malaysia diiktiraf sebagai negara dunia pertama? Sudah pasti tidak.

Autonomi universiti bukanlah suatu yang mudah. Juga, autonomi universiti bukanlah suatu yang mustahil. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, autonomi didefinisikan sebagai “pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb.) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain)”.

Di Malaysia, terutamanya universiti awam, autonomi universiti tidak dicapai. Universiti dikawal. Pelajar dikawal pemikirannya, pelajar dikawal pertuturannya, pelajar dikawal pelajarannya. pelajar dikawal pergerakannya. Apa yang boleh, hanyalah belajar, mengiyakan kata pensyarah, menghafal, mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Tiada kebebasan untuk berilmu (menuntut ilmu). Ilmu di universiti lebih kepada ilmu acuan pihak-pihak tertentu. Bukannya ilmu yang mutlak.

Universiti menjadi sebuah medium doktrinasi pihak tertentu. Sebab apa jadi begini? Kerana tiadanya autonomi universiti.

Lebih mendukacitakan, universiti juga telah dijadikan sebagai sebuah institusi untuk berfoya-foya dan bersuka-ria sebagaimana yang telah diperlihatkan dalam drama-drama televisyen. Universiti bukanlah lagi sebuah institusi yang memberikan kebebasan untuk mencapai tahap ilmu, tetapi menjadi sebuah institusi kebebasan perkara lain. Lihat sahaja apabila kebanyakan program-program ilmiah yang cuba dijalankan kadangkala disekat, sudut pidato yang tujuannya untuk menajamkan minda pelajar disekat, dilengahkan, suara pelajar di kelas akan dicopkan sebagai salah kerana dikatakan pelajar tersebut masih mentah dan tidak berilmu. Akan tetapi, program-program hiburan banyak dijalankan.

Juga menjadi masalah apabila sesebuah pihak menjalankan sesuatu majlis, semasa post-mortem, soalan utama yang diutarakan adalah adakah tetamu VIP diberikan layanan yang secukupnya. Bukannya isi majlis yang diutamakan?! Adakah ini merupakan salah satu kriteria untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang terulung? Ini adalah sesi mengipas!

Kemudian, pihak berwajib mulalah menunjukkan rasa-rasa bimbang di dada-dada akhbar apabila kedudukan universiti-universiti tempatan jatuh dalam ranking universiti dunia. Puncanya apa? Fikirkan.

Apabila mahasiswa cuba untuk mengembalikan ketajaman minda, mereka disekat. Disekat melalui pelbagai cara. Sehingga mereka dicaci murka oleh rakan-rakan, ditindas, digamkan mulutnya. Dikatakan bahawa mereka ini pencetus masalah, perosak perpaduan, tidak berilmu dan sebagainya.

Ayat biasa yang aku sering dengar dari pelbagai pihak adalah:

Pelajar universiti ni duduk diam-diam belajar sudah. Belum ada ijazah dah bising. Ilmu pun belum ada dah melalak.

Hal ini menjadi masalah apabila kepandaian seseorang diukur melalui sehelai sijil. Aku tak nak ulas panjang soal ini.

Suara mahasiswa diremehkan. Suara mahasiswa direndahkan. Suara mahasiswa diinjak.

Macam ini kita nak universiti tempatan bersaing dengan universiti-universiti ternama dunia yang lain? Untuk menjadi universiti nombor 1 di dunia? Dengan sistem bayangan sebegini?

Adakah kita hanya perlu diam? Menjadi seorang ignorant?

Let's Make History

Aku cabar semua untuk ke Perhimpunan Mahasiswa Negara pada 11.1.11 ini untuk mendengar suara mahasiswa berkenaan dengan dunia kemahasiswaan.

Jumpa kalian pada 11.1.11 ini!

Zaki merupakan seorang pelajar yang dianggap “murid tadika” oleh pensyarah dalam dunia kemahasiswaan. Beliau tidak gemar berbahasa Inggeris dan masih mencari-cari identiti dan ambisi. Gemar menggunakan blog sebagai medium untuk mengekspresikan otak kerana tak dapat melakukannya di dunia realiti. Macam yang dinyatakan tadi – masih “murid tadika”.

SIRI PMN 2010:

Zaki Shukor merupakan seorang pelajar Fakulti Undang-undang universiti tempatan yang bahasa rasminya merupakan Bahasa Malaysia. Sedang menambahbaik penggunaan Bahasa Malaysia dalam penulisan. Berselindung...

2 replies on “SIRI PMN 2010: Mahasiswa Pencetus Masalah Dan Perosak Perpaduan? [d/VIDEO]”

  1. too many PMN series will spoil the reader.

    —–

    "Hal ini menjadi masalah apabila kepandaian seseorang diukur melalui sehelai sijil."

    Such a shallow murid tadika statement.

Comments are closed.