Monolog Seorang Anggota Polis

Berikut adalah monolog seorang anggota polis muda yang telah diarahkan untuk mengawasi keadaan di perhimpunan “Protes Air” bertempat di Masjid Negara pada 5 Disember 2010.

A Malaysian protester is arrested by police during a demonstration in Kuala Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the National Palace, The Star online reported. Placard reads: 'Give Back People's Rights for Water Supply'.   REUTERS/Samsul Said Placard reads: “Give Back People’s Rights for Water Supply.” REUTERS/Samsul Said

Di KL Sentral

Aku telah diarahkan bertugas di kawasan KL Sentral pagi ini. OCPD bagi arahan supaya menahan sesiapa yang memakai baju merah atau apa-apa lambang yang menunjukkan seolah-olah mereka hendak ke perhimpunan Protes Air di Masjid Negara tengahari ni. “Jangan bagi mereka naik LRT,” katanya. Kami angguk saja. Sudahlah kena kerja pada hari Ahad. Tiba-tiba Alia menjerit, “Yang berbaju merah bertiga tu, cepat tahan mereka!” Mak datuk! Makcik ni kuat jugak suaranya ketika sedang bertugas. Hari tu kami menonton wayang, apa benda entah “The Kronik of Narnia” ke apa, Minah tu bukan main lagi lemah lembut. Ayu sungguh!

Aduh! Tolak aku pulak dia ni. “Cepatlah!” Garangnya. Suka aku. Ngap. Aku nampak dua orang India dengan seorang Melayu, semua berbaju merah. Aku pun meluru ke arah mereka dan membuat tangkapan. Nizam menggari mereka. Mulalah India seorang tu memekak- hak inilah, hak itulah. Semua benda hak dia. Alia bisik kat aku, “Mereka ni orang besar PSM. Mereka memang aktif buat demonstrasi.”

Aku pun terfikir sejenak. Haram jadah apa PSM ni. Persatuan Silat Malaysia kah? Pusat Seni Mak Yong kah? Setahu aku, Hindu mana boleh masuk silat! Kalau Mak Yong, tak payah cakap ah, tengok je la badan “sedap” dia. Pelik aku macam mana dia boleh berlari dari polis waktu protes. Mesti dah selalu kena tangkap ni.

Tapi oleh kerana aku nak cover depan Alia yang memang pandai bab-bab politik ni, aku pun angguk. “Itu lah kan. Tak serik-serik mereka ni!

Kami telah diarahkan supaya membawa mereka ke balai.

Protest water air polis fru

Di Balai Polis Brickfields

Sejam dah berlalu. Tiba-tiba, Tuan Lim minta bawa mereka ke Masjid Negara dan lepaskan mereka. Dia kata, bila sampai sana, kita kena sertai anggota-anggota lain di sana yang mengawal perhimpunan.

Aku masuk ke dalam kereta polis dengan rasa kurang sabar untuk beraksi. Walaupun aku tak diberikan topeng gas atau perisai yang sangat bergaya gila babi tu macam pasukan khas lain, tak apa. Janji dapat pergi. Nizam beri aku sebuah beg plastik kecil yang berisi garam. Aku tanya “Untuk apa?” Jawabnya, “Kau tengok lah nanti.” Gila ke apa mamat ni beri aku garam banyak-banyak ni. Mentang-mentang aku belum makan. Buat lawak bodoh pula.

Nizam pernah ditugaskan menjaga demonstrasi, dia kata “syok gila”. Dapat praktis kunci silat bila nak tangkap peserta demonstrasi. “Apa guna Bengkung Hitam aku kalau tak guna kan? Haha! Tapi hari memang panas selalunya.” Kata Nizam lagi, “sebab Tuhan tak restu.

Di Masjid Negara

Setibanya di Masjid Negara., keadaan bising dan kecoh. Aku dengar bunyi siren dan laungan para demonstran “Hidup Rakyat!” dan macam-macam lagi. Aku semakin teruja! Aku nampak ramai gila polis. Ada dalam seribu orang kot. Boleh buat protes sendiri dah. Protes Anti-Kerja Hari Ahad.

Tapi peserta demonstrasi pun ramai gila beb. Ternampak juga para demonstran yang membawa anak-anak kecil mereka! Apa ni! Tak patut bawa anak-anak ke demonstrasi yang ganas dan bahaya macam ni! Gila ke apa? Memang tak bertanggungjawab langsung diorang ni. Betul lah kata iklan kat TV tu, demonstrasi ni memang tak patut jadi budaya kita. Perempuan pun aku tengok banyak, yang pakai tudung labuh merata. Fuh, memang crazy frog.

Sebelum rombongan tu dapat lepas roundabout sepenuhnya, dah dengar tembakan gas pemedih mata dan nampak juga trak FRU yang menembak meriam air. Cepat juga diorang ni. Para peserta mula lari balik ke perkarangan Masjid. Rasa-rasanya, dah nak habis lah ni kalau mereka undur. Seorang peserta menjerit “Pergi mampus polis!” Aku juga dengar seorang anggota polis di belakang berkata “Tembak je mereka ni!” Hati aku mula rasa tak senang.

Trak FRU yang merah menyala itu kemudian bergerak ke hadapan perkarangan masjid dan menembak meriam air itu terhadap mereka yang sedang berdiri saja di situ. Aih, mereka tak buat apa pun. Dah undur dah pun. Kemudiannya, makin banyak tembakan gas pemedih mata ditembak ke perkarangan.

Protest Polis FRU protest
Aduh! Babi! Sakit sial kena gas ni! Apahal aku yang tengah kerja pun kena sekali ni?! Air meriam itu terkena juga! Anak haram!! Aku ingat air kosong biasa, rupa-rupanya air dia pun pedih macam kena asid! Memang FRU ni mengamalkan polisi “tanpa diskriminasi.” Dekat Masjid pulak tu. Mata, hidung dan mulut aku rasa sakit sampai hingus meleleh-leleh masuk ke mulut aku.

Nizam suruh aku makan garam dan minum air yang dia kasi. Rupa-rupanya garam digunakan untuk mengurangkan kesan gas pemedih mata ini. Aku tengok, para peserta demonstrasi pun buat yang sama. Tak pernah aku tahu.

Macam ni rupa-rupanya, rasa sebenar benda-benda ni. Hormat aku terhadap para peserta demonstrasi meninggi. Ada seorang mak cik ni siap kata, “Kami tidak akan berundur walaupun kami mati demi anak-anak kita!” Apa yang buat semangat mereka kuat sangat ni? Sebenarnya, apa tujuan demonstrasi ni?

Seorang demonstran membawa sepanduk yang bertulis “Hak Air, Dari Tuhan Untuk Rakyat, Bantah Kenaikan Tarif Air dan Penswastaan!” Aku ada dengar juga hari tu. Dah lah gaji polis ni bukan lah banyak mana pun. Aku memang faham kawan-kawan aku yang kena cari duit kopi. Mana tak nya, kami polis pun ada anak, bini dan hutang juga. Nak naik lagi harga air yang memang benar, milik Tuhan? Haih. Macam manalah orang tak makan rasuah.

Mereka ni benci sungguh dengan perkataan “swasta” ni. Dengar juga bos syarikat tu, gaji dia beratus-ratus ribu ringgit sebulan. Ambil untung yang melampau daripada kurniaan Tuhan. Aku tak sangka para demonstran ni semua sanggup ke jalanraya untuk isu ni. Ada kesan kah terhadap orang atasan? Tapi, Agong sanggup terima memorandum kan? Mungkin ada juga yang faham.

Polis pun rakyat juga, kamu pun sakit kalau air naik, jangan serang kami!” Pesan seorang demonstran muda kepada kami. Kata-kata itu mencerminkan perasaan aku yang tak sangka akan timbul ketika ini. Aku pandang dia atas bawah je la. Tak dapat nak senyum, nanti kena tampar.

Sewaktu semua ini sedang berlaku, badan dan muka aku serta kawan-kawanku bermandikan air peluh. Membuat aku tertanya; Teringat kata-kata Nizam apabila dia kata matahari memang panas sewaktu mana-mana demo kerana “Tuhan tak restu.” Ada benda yang kacau otak aku. Tuhan tak restu demonstrasi mereka ke, atau restunya tidak diberikan kepada kami, Pasukan Polis? Yalah, orang yang berdemonstrasi dan polis yang bertugas, kami di bawah matahari yang sama. Keterikkannya pun, kami kongsi bersama.

Penutup

Seorang pak cik tua berketayap, berbaju merah, berjalan dengan perlahan di sebelahku. Dia terbatuk-batuk sambil membongkokkan belakangnya, matanya memandang tar di atas jalan. Ternyata dia begitu akibat terkena gas dan air berasid. Pak cik itu kemudiannya duduk bersandarkan tayar depan kereta polis di belakangku. Aku menoleh kiri dan kanan, kemudian aku mengeluarkan beg plastik berisi garam dari dalam kocekku; “Pak cik, ambil sikit.

The Worried Student merupakan seorang Mahasiswa daripada sebuah Universiti tempatan yang hanya mengambil pelajar Bumiputera dan pelajar dari luar negara, melupakan hampir setengah daripada Rakyatnya di tanah air sendiri.



(Visited 754 times, 1 visits today)

Tags: , , , , ,


Posted on 16 December 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

5 Responses to Monolog Seorang Anggota Polis

  1. Awang Selamat

    Aku setju dengan Mohan n Pepper lim..

    aku sebenarnya xpahm apa sebenrnya yg nk disampaikn oleh penulis or pengrang ni sebenarnya? apa msalahnya? kau bertugas sebgai anggota polis sptutnya ko lbih faham akan keadaan sebenar,sbelum kluar brtugas pnuhkan knowladge tntg keadaan msyrkt,apa itu hak asai manusia sptutnya kna twu la, dan apa itu kuasa2 polis? knp polis perlu bertindak? knp polis y prlu brkorbn nyawa untuk setiap perkara yg berlaku didlm negara? aku qsa ko ni jd plis sbb ko xmint kot, n dpt pn sbb dh xde kj laen lg.

    aku nasihatkan ko len kli klo nk tulis or buat sbrg coretan pstikan matlmt penyampaian itu jelas, stkt ko nk cita pnglmn ko y xsbrpa tu bek ko share kt f.book je. ptutny ko kna mtg dalm hal pntdbirn negra. hak polis dalam melindungi negra juga adalah tanggjwb y tertinggi kpd tuhan !!!

    so pkir2 kn lah wahai saudara or saudari…

  2. Pepper Lim

    Nice!

  3. mohan

    Tuan tuan yang buat bantahan itu.Saya syorkan sila datang lah ke Timur Leste dan tengok cara mana mereka dapatkan air.Kerajaan di sini cuma salurkan air kedalam tali air.Dari tali air itu lah air akan di saluran ka parit parit.

    Dari parit parit ni lah orang ramai akan dapatkan air untok mandi,membasah dlll.

    Mereka juga akan basuh kain dan mandi di parit parit ini.Cuba org org M'sia renungkan cam mana perit nya hidup mereka.Cuba bersyukur sikit kepada Tuhan yang kita ini lebih mewah dari setengah rakyat di pelusuk bumi yang lain.

    Bumi Timur Leste ini bukan nya miskin kerana mereka ada minyak

    tapi rakyat tertindas KERANA orang politik semua nya makan/kuat rasuah lebih kurang cam di negara kita.Selagi di katakan orang politik memang tidak perlu di hormati kerana mereka semua lupa diri.

    Mereka bila dah di lantik mula lupakan diri.Mereka sedar mereka di lantik oleh rakyat tapi mereka lupa kejap(kata dalam 4 tahun)Lepas itu mereka akan sedar apabila pilihan raya datang.Mula lah meraih undi daripada rakyat macam peminta sedekah aja.

    Jadi apa yang saya syorkan ialah Rakyat harus bijak pilih pemimpin baik dari pembakang atau pemerintah.

    Rakyat harus tolak pemimpin yang korup

  4. talhah

    “Hak Air, Dari Tuhan Untuk Rakyat, Bantah Kenaikan Tarif Air dan Penswastaan!”

    Bodohnya pendemontrasi ni termasuklah yang tua-tua. Bak kata P. Ramlee dalam Madu tiga " Dah tua pun bodoh" ->>>> http://www.youtube.com/watch?v=_3qBG0wSmJg

    Pada yang tua-tua tu mereka dah lupa ke bahawa pada zaman dahulu mereka nak buang air mereka perlu ke sungai atau jamban curah. AIr tak disambung secara lansung ke rumah.

    Siapa nak bina loji penapis, siapa nak selenggara paip, siapa nak buat rawatan air siapa nak bayar gaji pentadbir, jurutera-jurutera, kerani-kerani, tukang basuh jamban pejabat etc.

    Nak air dalam besi tapi tak nak bayar bila kos meningkat. Kalau benar-benar nak nikmati anugerah Tuhan secara percuma sila gali telaga sendiri. Tak pun pergilah ke sungai-sungai. Kalau tak mampu pergilah berusaha cari rezeki sehingga mampu bayar perkhidmatan untuk menyalurkan air ke rumah sehingga ke tandas pam anda. Yang pergi buat demo itu buat apa?. Syabas kepada pihak polis kerana para pendemontrasi pada saya ialah orang-orang yang Zalim. Zalim kepada orang-orang seperti saya yang faham akan keperluan penswastaan dan kenaikan harga air. Zalaim kepada saya yang sangat-sangat bersyukur kerana perkhidmatan saluaran air kepada rakyat sangat cekap dan efisien. Saya masih teringat saya terserempak ular di lubang jamban waktu saya kecil dahulu kerana jamban tersebut berada di luar rumah dan air perlu diangkut dalam baldi untuk mensucikan diri saya.

    Saya juga suka mencadangkan gaji-gaji mereka-mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penyaluran air kepada rakyat dinaikkan kepada 2 kali ganda lagi (Ceo nya naikkan 4 kali ganda lagi sebab tanggungjawabnya besar) kerana saya cukup berterimaksih kepada mereka sebab Hak Tuhan mereka salurkan kepada saya sebagai rakyat dengan jayanya sehingga ketika saya nak ke jamban saya tidak perlu lagi ke sungai atau jamban belakang rumah.

  5. itik rusa

    best giler citer nih