Project Outreach: Bantuan Guaman Ialah Hak Asasi

Ketika ada loyar-loyar yang sedang bertegang lidah sesama sendiri tentang siapakah yang lebih “human rights” daripada yang lain, Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur yang bertempat di Wisma Kraftangan (sebelah Masjid Jamek) dalam diam-diam dan dengan selambanya telah membuka satu lagi cawangan di Brickfields pada 23 Oktober 2010 melalui satu lagi projek gempak yang dinamakan “Project Outreach”.

Project Outreach dimulakan oleh dua orang pelatih dalam kamar, Kenneth Seet dan Ahmad Shahrizal yang pada ketika itu sedang menjalankan latihan wajib di Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur. Walaupun setahu saya, Pusat Bantuan Guaman itu memang sibuk hari-hari dan orang yang datang memang tidak putus-putus, tapi si Kenneth dan Shah berasa itu tidak cukup sebab kalau boleh, mereka nak seluruh warga Kuala Lumpur mempunyai akses kepada keadilan, iaitu melalui undang-undang.

Maka mereka telah membuat usul supaya Pusat Bantuan Guaman membuka cawangan baru di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun mereka telah tamat latihan dalam kamar dan kini mereka telah menjadi loyar, mereka masih membuat usul tersebut dan menyalurkannya kepada ramai pihak, kot-kot ada yang nak beri bantuan kewangan. Rintihan mereka telah didengar oleh Pengarah Urusan Brickfields Asia College, Encik Rajasingam, yang bukan memberi bantuan kewangan, tetapi lebih baik daripada itu, iaitu pusat untuk mereka beroperasi!

Rajasingam telah membenarkan sukarelawan Project Outreach untuk menggunakan salah satu bilik kelas kolej tersebut di Wisma Koponas pada setiap hari Ahad, pukul 10 pagi hingga 3 petang secara percuma.

Inilah bilik kelas yang akan digunakan

Inilah bilik kelas yang akan digunakan

Sehingga kini, Project Outreach mempunyai hampir 40 sukarelawan peguam dan pelatih dalam kamar yang telah diberikan latihan untuk memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai dalam bidang undang-undang keluarga, keganasan rumahtangga, jenayah, imigrasi dan lain-lain. Khidmat akan diberikan dalam beberapa bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, beberapa dialek Cina dan Tamil.

Pada 23 Oktober 2010, satu upacara penuh syahdu telah dijalankan di Brickfields Asia College untuk pembukaan cawangan baru ini. Ia telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam, Encik Ragunath Kesavan yang kacak, dan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa loyar senior seperti Tuan Haji Sulaiman Abdullah yang datang memberikan sokongan.

Bagi yang hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang Project Outreach, sila cari mereka di laman Facebook. Hanya taip “Project Outreach” dan anda akan jumpa :)

Majulah Pusat Bantuan Guaman untuk semua!

Sebahagian daripada sukarelawan Project Outreach

Sebahagian daripada sukarelawan Project Outreach

Terima kasih kepada Adora Yusof untuk informasi

Puspa ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan Ketua Projek Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman KL 2008-2009. Kini beliau ialah ahli sekretariat SUARAM dan Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini (edisi BM). Kadang-kadang di Merdekareview.com (edisi BM) dan di beberapa buku komik kelolaan Zunar sebelum ia diharamkan. Sila baca rintihan hatinya di belognya, CeritaOrangGilak.

Recommended Reads:

The Long Call and Reminiscing Legal Practice
My debut court of appeal appearance for a leave ap...
LLVL: In the beginning...
Internship: Multi-Tasking, Extra-Curricular & ...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini (edisi BM). Kadang-kadang di Merdekareview.com (edisi BM) dan di beberapa buku komik kelolaan Zunar sebelum ia diharamkan. Buat masa ini, hobi beliau ialah menonton klip video K-Pop. Sila baca rintihan hatinya di belognya, CeritaOrangGilak.

Posted on 4 November 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by Puspawati Rosman.

Read this first: LB Terms of Use

5 Responses to Project Outreach: Bantuan Guaman Ialah Hak Asasi

  1. OutReacher

    I'm a fellow OutReacher (yes that's what we call ourselves) since 19th Sept 2010, approx 16 Sundays and 80 hours later (exc the festive breaks) we've had almost 100 clients. That's quite a turnout considering the fact that we have almost zero publicity.

    Before our official launch, we distributed our bookmarks and spoke to people in the streets, we walked to all the churches, shops, schools, blinds assoc, you name it we've covered it all, we have our posters all over Brickfields and even the Duta Court Complex.

    We've had an interview covered by BFM, we have THR Raaga regularly advertising about our existence, but that's it. We are working on the publicity issue, as unlike human rights, KPI, fees etc Legal Aid does not garner any hype.

    We need more lawyers, not just for the man power but for their expertise. Almost all of us, OutReachers were only called to the BAR last year, and thus we may at times lack the knowledge on specific areas of law. We understand that not everyone can spare their Sundays but as lawyers we have an obligation to the society, hence we chose to make time to do so, and we hope more Lawyers can do the same.

    We have an action plan, to move to other areas, but currently the numbers are growing in Brickfields, and we have a steady flow of 5-8 client every Sunday.

    These are people from all over the State and Country, whom have not heard of the Legal Aid Centre but have heard of us. That's a tragedy for the former that has been around since 1982.

  2. Ya, jika saya mengutuk Loyarburok, maknanya saya mengutuk 1/88 daripada diri saya sendiri. Begitu juga dengan perkara2 lain yang membentuk 87/88 diri saya. Marilah semua loyar bersatu membanteras ketidakadilan (sambil makan maruku)

  3. Michael

    That's right we have enough of them on both sides of the political fence. We want affirmative action. You noticed how the loyarburukkers are suddenly silenced? Nevermind them all. Kudos guys!

  4. PELOYAR

    TERUTAMANYA di dalam forum ini…..terdapat ramai sangat loyar2 burok dan burok sekali perangainya yang hanya tahu meloyarkan diri dan masyarakat…

  5. GoGoLegalAid

    Hi guys, great stuff going. Although, I have heard that the actual response ie: the no. of people visiting the actual centre is nothing to be excited about.

    If I could offer a suggestion, how about publicising to places of worship and institutions around Brickfields. The great thing about brickfields is the sheer number of places of worship (ie: churches, temples) and educational/support institutions around the area. (ie: MCKL college, schools, centre for the blind/deaf, special homes)

    Generate some hype/publicity and hopefully more people will know where to turn to.

    Hope this programme grows from strength to strength!