Banduan Akhir

Amnesty International Malaysia dengan kerjasama Rumah Anak Teater mempertunjukkan “Banduan Akhir.” Pementasan teater ini diinspirasikan daripada kisah Yong Vui Kong, seorang remaja Malaysia yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati di Singapura. Berlangsung dari 10 Oktober – 14 Oktober pada jam 6.30 petang di Black Box @ MAP Level G2-01 Block A5, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Off Jalan Duta.

Banduan Akhir

Sinopsis

Banduan Akhir ialah sebuah penceritaan yang diinspirasikan daripada kisah sebenar yang dilalui oleh Yong Vui Kong, seorang remaja Malaysia yang berhadapan dengan Hukuman Gantung di Singapura. Pada tahun 2007, remaja lelaki Sabah berusia 18 tahun yang datang dari keluarga yang berpecah ini ditahan kerana memiliki 47 gram heroin dan dijatuhkan Hukuman Mati Mandatori. Sejak itu, Vui Fung, gadis Malaysia mulakan perjuangannya bagi membebaskan abangnya, Yong Vui Kong daripada tali gantung. Dalam jangka masa tiga tahun, gadis tersebut melalui banyak dugaan – berhadapan dengan pihak berkuasa bagi membebaskan abangnya. Sungguhpun demikian, bersama Ravi, seorang peguam hak asasi manusia di Singapura, kedua-dua mereka “percaya” bahawa sesuatu boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Yong Vui Kong. Drama 50 minit ini waktu-waktu gelita Yong Vui Kong berhadapan dengan Hukuman Gantungnya.

Synopsis

“Banduan Akhir” is a story inspired by the real story of Yong Vui Kong, a Malaysian boy who is facing the Death Penalty in Singapore. In 2007, the 18 years old boy from a broken family in Sabah was arrested with 47 grams of heroin and sentenced to Mandatory Death Penalty. Since then, Vui Fung, a Malaysian girl is struggling for her brother, Yong Vui Kong from the Death Penalty. For more than 3 years, she’s facing with a lot of difficulties from the authorities to save her brother. Nevertheless, with Ravi, the prolific Human Rights lawyer in Singapore, both of them ‘believe’ that something can be done to save Yong Vui Kong’s life. This 50 minute drama will portray the dark hours of Yong Vui Kong facing the cruel Death Penalty.


Penerbit: Nora Murat

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa

Pengarah Artistik: Nam Ron

Pengarah / Penulis Skrip: Moizzis RCong

Pelakon: Xavier Fong, Dira Abu Zahar, Mardiana Ismail, Tuan ‘Tapai’ Faisal, Saiful Razman.

Sinografer: Yusman Mokhtar / Amar Asyraf

Multimedia: Fairuz Sulaiman

Sumbangan minima: RM10

Tempahan dan Keterangan lanjut:

Tel: 03-79552680

Emel: [email protected]

Lokasi: http://bit.ly/aiMkIS

Laman Facebook “Banduan Akhir”

Laman Rumah Anak Teater


(Visited 649 times, 5 visits today)

Tags: , , ,

Posts by

Posted on 2 October 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use