Sekiranya Kita Ikhlas Memberi Mahasiswa Peluang Memilih

Refleksi dan analisa seorang mahasiswa tentang perbicaraan sama ada hak dan kebebasan mahasiswa berpolitik harus dipulangkan kepada mahasiswa.

Tan Sri Ibrahim Abu Shah, mantan UiTM

Tan Sri Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Chancellor UiTM

Perdebatan yang hangat antara Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Tan Sri Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik telah menjadi tumpuan mahasiswa, anak muda, para aktivis, politikus serta masyarakat awam di Malaysia. Tayangan debat tersebut dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada 4hb Ogos 2010 telah membuka mata para penonton kepada pelbagai sisi dan sudut pandangan mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik.

Tujuan saya menulis adalah untuk menyatakan beberapa pandangan alternatif yang boleh digunakan sebagai perbandingan dengan pendapat-pendapat serta tanggapan pra-matang yang telah diutarakan oleh beberapa pihak yang prihatin terhadap isu-isu mengenai mahasiswa yang “terlalu aktif” dan akan “kehilangan fokus dalam pelajaran” apabila dicocok dengan isu-isu luar kampus, seperti isu-isu kemasyarakatan.

Saya agak tertarik dengan hujah pertama yang telah disampaikan oleh Dato’ Saifuddin, iaitu soal penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu soal mengenai kebebasan dan hak terlebih dahulu. Sama ada pemberian kebebasan tersebut adalah baik atau tidak, merupakan soal kedua. Menurut Dato’ Saifuddin, mahasiswa perlu dilihat sebagai golongan berpendidikan yang matang dan mampu menilai baik-buruk sesuatu perkara dan membuat keputusan yang terbaik.

Hanya jika hak dan kebebasan itu diberikan terlebih dahulu, barulah kita boleh berkata bahawa kita benar-benar memberi mahasiswa peluang untuk memilih dan justeru menentukan sama ada hak dan kebebasan yang diberi itu akan digunakan dengan baik atau buruk.

Pelbagai alasan telah digunakan oleh mereka yang tidak menyokong pandangan bahawa mahasiswa patut diberi kebebasan untuk memilih sama ada untuk menyertai politik atau tidak. Ada yang menggunakan alasan bahawa pemberian kebebasan ini merupakan satu risiko yang boleh menjejaskan proses penghasilan graduan yang berkualiti. Terdapat juga mereka yang berpendapat bahawa masa pengajian seseorang mahasiswa di universiti adalah sangat singkat dan harus ditumpukan sepenuhnya kepada pengajian bidang masing-masing.

Wujud juga segelintir yang tergamak untuk membuat tanggapan pra-matang bahawa pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa boleh menjejaskan pembangunan negara dan pembentukan modal insan untuk membangunakan masyarakat.

Hear-No-Evil-See-No-Evil-Speak-No-Evil-Posters

Jelas sekali terdapat pelbagai kontradiksi dan tanggapan stereotaip yang tidak tepat dalam alasan-alasan di atas

mengenai keadaan sekiranya mahasiswa diberi peluang untuk melibatkan dalam politik atau tidak. Bagaimana hendak menyokong hujah bahawa pemberian peluang hak dan kebebasan ini boleh menjejaskan kualiti graduan yang dihasilkan, namun pada masa yang sama mengharapkan mahasiswa memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajian akademik dalam universiti sahaja?

Selain itu, apakah rasionalnya sekiranya kita mengatakan bahawa pemberian peluang kebebasan kepada mahasiswa ini akan menjejaskan pembangunan modal insan dalam masyarakat; walaupun secara intipatinya, pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa merupakan pemberian suatu peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam isu-isu kemasyarakatan?

Pada pendapat saya, penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu keputusan peribadi yang hanya boleh ditentukan oleh mahasiswa itu sendiri dan tidak harus ditetapkan atau disusun oleh mana-mana pihak. Perjuangan untuk memulangkan kebebasan untuk memilih merupakan sebahagian daripada tema perjuangan mahasiswa yang lebih luas dan komprehensif, iaitu autonomi mahasiswa. Peningkatan integriti dan kualiti seseorang graduan yang dihasilkan sebenarnya berlandaskan kepada keputusan yang telah diambil serta pengalaman yang dia lalui semasa dalam pengajian.

Autonomi mahasiswa atau kebebasan mahasiswa sebenarnya menggarisbawahi tahap kualiti graduan yang boleh dihasilkan kerana semakin banyak had dan limitasi yang dikenakan ke atas kebolehan dan peluang seseorang mahasiswa untuk memilih dan membuat keputusan, maka peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang dibuat olehnya akan semakin berkurangan. Peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang mereka ambil, biarpun betul atau salah, akan berkurangan dan akhirnya mereka hanya belajar apa yang sudah diaturkan untuk mereka.

Dato' Saifuddin Abdullah

Dato' Saifuddin Abdullah

Mereka yang memandang skeptikal terhadap kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang bijak dalam apa-apa keputusan harus melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza dan lebih optimis. Apabila kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang matang, kita sebenarnya meletakkan satu tanggungjawab ke atas bahu mereka untuk menentukan dengan diri sendiri jalan hidup masing-masing.

Pengalaman yang dipelajari melalui proses membuat keputusan ini akan membantu mahasiswa ini pada masa hadapan apabila beliau diletakkan sebagai pemimpin dalam masyarakat, yang sepatutnya berpendidikan dan lebih berkebolehan daripada mereka yang tidak melalui proses pendidikan sedemikian, untuk membuat keputusan dalam masyarakat.

Cuba bayangkan, bagaimana seseorang itu boleh diberi kepercayaan untuk memimpin masyarakat atau membuat keputusan yang melibatkan masyarakat awam sedangkan seseorang itu tidak pernah mempunyai pengalaman membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan tanggungjawab kepada membuat setiap keputusan dan pilihan itu tidak pernah diletakkan di atas bahu dia?

Persoalan penglibatan mahasiswa dalam politik sebenarnya lebih luas daripada politik kepartian semata-mata malah ia melibatkan pembinaan satu budaya pembelajaran yang lebih matang, tetapi malangnya semakin berkurangan di kalangan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Pulangkan hak dan kebebasan untuk memilih kepada mahasiswa dan kembalikan peluang kepada mereka untuk terus belajar daripada pengalaman hidup!

LB: Coretan Woon King Chai, Presiden Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi (PESEPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan seorang mahasiswa tahun terakhir, jurusan Sains Politik dan tidak suka DICOCOK.

Pautan Luar:


(Visited 520 times, 1 visits today)

Tags: , , , , , , ,


King Chai is a Chevening Scholar currently pursuing an MSc. in Political Theory at the London School of Economics and Political Science. Contrary to popular belief, he is still mindlessly a loyal minion of His Supreme Eminenceness Lord Bobo Barnabus, The Wonder Typewriting Monkey, who exists solely in cyberspace and is the simian behind LoyarBurok.com. King Chai is also one of the UKM4 and tweets at @woonkingchai.

Posted on 20 August 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

2 Responses to Sekiranya Kita Ikhlas Memberi Mahasiswa Peluang Memilih

  1. mohd fadzali

    iss..biar betul….mahasiswa ini umur berapa?selalunya pelajar lepasan SPM kalau masuk U umur baru 19th…iss tak layaak lagi tu..umur 21 baru layak….jadi sebelum tu..belajar lah dulu….

    dah cukup umur baru boleh…kalau nak juga….kita syorkan supaya kerajaan tubuhkan U politik khas untuk orang-orang tak nak belajar tapi nak berpolitik…..apa macam ok?

  2. Qama Gill

    King Chai,

    nice piece you have there. simple analogy; just because a knife can be use as a tool for murder, to battle increasing cases of homicide, you want to ban selling knife to public? same case goes to UUCA. under assumption that students may go astray or even distracted from their studies, students are ban from any political activities or even social movements. give the rights to choose, whatever decision made is theirs to bear with.

    i believe there’s more alarming trend among students that should be aggresively abated. drugs, babies dumping, gangsterism and long list that can go on and on. as per concern from ex-VC of UiTM, UUCA will help to build better human capital. still, around 30 years of implimenting UUCA, do we have a better groom human capital??

    King Chai,

    i wish all the best for you and your mates. if you are feeling down, take your time and get back swinging since the road is still long up ahead. careful with your decision and words you use since it may be use against you. keep up the good fight. cheers!