Apa itu "Melayu"?

Nama aku Singh, aku bukan rasis namun hidupku penuh dengan rasisme…

Nama aku Singh, aku bukan rasis… namun hidup aku penuh dengan rasisme. Manakan tidak? Setiap borang yang diisi tidak lengkap tanpa kotak bangsa. Buka akhbar, hampir setiap hari ada sahaja berita yang berbaur perkauman. Politik, ekonomi, dan sosial, semuanya dilihat daripada kaca mata perkauman kalau tidak agama.

Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi Negara pun bicaranya masih tentang kaum. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

Ikut perkiraan itu sesiapa pun boleh jadi Melayu, patutlah Melayu ada macam-macam rupa. Aku tak berapa setuju dengan Perlembagaan kita, banyak perkara yang tidak masuk akal. Cuba bayangkan Azalina Jalani, kalau bukan Melayu, apa pula? Hanya kerana dia memilih untuk menganuti agama Kristian, lembaga berkutu merampas identiti bangsanya. Kesian dia tak dapat kahwin secara sah. Penat aku memikirkanya.

Apa itu "Melayu"?
Apa itu "Melayu"?

Dalam benak fikiran aku…

Singh: Cis lembaga, aku memang sudah lama tidak puas hati dengan kau. Nyah kau dari sini! sudahlah berkutu, pandai-pandai pulak hendak menentukan siapa Melayu! Mesti gagal biologi, tulah sibuk nak ajar dalam BI.

Lings: Tapi hang siapa nak bicara pasal Melayu? Hang pun Benggali tak sedar diri. (pedih siot, walaupun diherdik minda sendiri).

Singh: Eleh, memanglah aku bukan Melayu, tapi kalau dah sampai ke Perlembagaan Persekutuan pun nak sibuk, apa sebab aku tak tak boleh? Tambahan pulak aku ada kepentingan dalam isu ini. Puteri Bugis aku pun Melayu gak… Bugis kan sub etnik Melayu. Esok kalau jadi kawin ha, balik-balik belek Perkara 160 (2) juga. (Aku cuba yakinkan diriku yang aku masih ada locus standi.)

Lings: Oiks! kau ingat senang apa? Nak kawin Melayu, kena jadi Melayu juga. Kena potong lagi!

Singh: POTONG!?… (otak aku kebas sementara memikirkan kesakitan yang teramat) Hahaha… Tapi apasal aku kena potong? Aku bukan Muslim. Kejap-kejap, maner lembaga tu nak tau aku Muslim ke tak? Kena daftar eh? Ish!

Lings: Kah kah kah… itu aku pun tahu. Tapi lembaga berkutu tak peduli. Kau tak ikut peraturan dia humban masuk jel. Kau kire nasib baik, kalau dia tak tahan bawah ISA.

Singh: ISA? Tak nak aku! Aku dengar dalam Kamunting dia orang pakai dawai yang di kailkan, dia jolok ke dalam lubang anu lepas tu dia tarik. Betul ke tak, aku tak tahu… tapi memang kejam ar.

Lings: Bos kau pun pernah kena ISA, 6 tahun. Inikan kau, siapa kau? Karang dia pakai kabait letupkan kau baru tahu.

Singh: Eh kau gila apa? Mengarut betul! Tapi ye tak ye juga. Bos aku yang Melayu pun lembaga tu layan macam tu. Aku… adoi… kepala jingga betul.

Aku tersedar dari lamunan monolog aku. Selama 20 tahun, aku ingat aku kenal apa itu Melayu. Rupanya aku budak barulah belajar, tidak mengerti antara kaca dan permata. Entah dimana silapnya congak selama ini aku mengerti Melayu bukan dari Melayu tetapi daripada yang bukan Melayu, barangkali peranakan India. Mujur aku ketemu jua seorang Melayu yang mengajar aku apa itu Melayu sebenarnya.

Lings: Eh, you remember that Dr. Mahathir had cited Malays working as drivers as evidence of their marginalisation in Singapore.?

Singh: Eh, you again.Yea I remember. But you know what my boss always sits in the front.

Lings: That’s cos, you’re not his driver.

Singh: But even if I was, I don’t think my bos would take the back seat. He is no Mahathir. Now if you would excuse me, I have a story to write.

Dahulu aku berkerja untuk lembaga berkutu, aku berhenti kerana jiwa aku tidak tenang, terasa rimas dan berdosa. Kini aku bekerja dengan seorang Melayu, oleh itu aku menganggap dia adalah tuan kepada aku. Namun aku rasa bersalah jika dikatakan begitu, kerana tidak sesaat pun aku dilayan seperti pekerja. Aku dilayan seperti saudara, seperti seorang anak, bukan kerana aku istimewa, tetapi kerana itu sifatnya. Teringatlah pula susun prosa lagu “Kalau Melayu” dendangan kugiran pop Singapura – Ahli Fiqir. (Melayu Singapura kira Melayu dibawah Perlembagaan Persekutuan? Jika ya, mereka ada hak keatas wang cukai rakyat kita?)

Kalau Melayu dia seloka

Kalau Melayu dia bermadah

Kalau Melayu manis bicara?

Kalau Melayu halus bahasa

Melukis seri bahasa kita

Menegur tak menyinggung

Menyindir santan berlada

Lemak pun lemak

Pedas terasa

Di dalam marah

Madah seloka itulah cara kita

Ikut cakap orang dulu

Susun-susun satu-satu

Bila bicara

Fikir dahulu

Bila aku menatap wajah bos aku, aku lihat apa itu Melayu. Bila aku dengar tuturnya, aku faham apa itu Melayu. Bila dia menegur kesilapan aku, aku kagum dengan apa itu Melayu. Melayu itu umpama angin sepoi-sepoi bahasa, Melayu itu budi, Melayu itu jujur, Melayu itu penuh dengan sifat kemanusiaan. Jangan tersilap gambar, kelembutan tuan aku ini jangan disangka lemah. Dalam kehalusan tutur bicara, dan adabnya itu aku lihat satu kekuatan yang mengagumkan.

Bagi aku, tuan aku ini ikon Melayu yang terbaik. Ini pejuang bangsa yang tidak pernah sekali pun bernada jaguh menjulang Melayu, jauh sekali daripada memeras mana-mana etnik lain. Anehnya Melayu ini tidak pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. 25 tahun aku memandang serong pada Melayu oleh kerana Pertubuhan itu. 2 bulan 5 hari aku berkhidmat kepada tuan aku, aku tak pernah rasa lebih bangga akan seorang Melayu.

Ya, aku sangat berbangga akan tuan aku dan aku hampa melihat wajah-wajah manusia yang bergelar Melayu, menjulang keris, melaung keganasan dan mahu pertahankan Melayu? Aku bukan bodoh, dan orang Melayu pun bukan bodoh. Terlagu pula irama “Mantera Beradu” oleh saudara Malique.

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau

turun bukit pucat dengar tiga miaww

kucing bawa tidur rimau bawa igau

masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga

kosong tak dijaga sampai datang tiga naga

ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang

menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang

pura pura salah jawapan untuk naik berang

panggil lima kawan atau biar pergi laju

risaukan pekara remeh kita tak akan maju

Aku sudah kenal apa itu Melayu, sudah cukup mereka ditipu. Aku sudah tidak takut, aku tidak mahu mereka terus ditipu, sudah cukup aku berdiam, kini aku akan bersuara. Melayu itu bukan dalam Perkara 160 (2), Melayu itu bukan suatu pertubuhan, Melayu itu bukan PEKEMBAR, jauh sekali daripada PEKIDA apatah lagi PERKASA. Melayu itu dalam nilai, Melayu itu dalam budi pekerti, Melayu itu dalam kejujuran, Melayu itu berbelas kasihan, Melayu itu macam bos aku.

Lings: Wah, kire hero Hindustan ar kau?

Singh: Eh eleh, kau tak reti diam ker?

Lings: Pi mai-pi mai tang tu la jugak. Loyar burok… nak buat camna?

Lingswaran Singh has been a LoyarBurokker since he was 5. He speaks an open but disinterested language, dictated not by passion but that of humanity. Independence is his happiness. His country is the world,...

69 replies on “Kalau Melayu”

  1. IT SADDENS ME TO SEE HOW RACIST AND DELUSIONAL THOSE PEOPLE ARE. MY GOD, EVEN GOD IS ASHAME OF YOU! Lingswaran, i applaud you for talking like a true malaysian.

  2. xhabes2 dgn isu perkauman.. duduk senyap2,sama2 g kedai mamak makan roti canai nda bleh ka? kenapa nk cederakan society yang sihat. aku nda ada masalah dgn cina atau india tau singh. dari kecik aku idup dengan mereka. kita suda mcm saudara mbah,kalau nda ada cina mana nda aku rasa kuih bulan,kalau nda ada india roti cnai mana mau cari,kalau nda ada singh capati mana mau dapat? bodohlah semua orang kat cni. ling,kalau u xpost menda mcm itu,orang mcm tok x akan ckp benda2 bodoh,tokz kalau betul kau orang melayu islam katanya kau takkan kurang ajar mcm tu. masing2 duduk baik2 nda boleh?

  3. All you freaking Malaysians!!!!Stop quarreling…

    Read this and judge for yourself (ESPECIALLY page 3 and 5).
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19500000.pdf

    Read from page 8 to 10 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19650315a.pd

    Read page 4 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19640411.pdf

    Read page 3 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19601030.pdf

    Siapa yang tak faham boleh pergi ke http://www.sms-translator.net/english-malay-trans… untuk diterjemahkan.

  4. All you freaking Malaysians!!!!Stop quarreling.

    Read this and judge for yourself (ESPECIALLY page 3 and 5).
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19500000.pdf

    Read from page 8 to 10 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19650315a.pd

    Read page 4 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19640411.pdf

    Read page 3 for this.
    http://stars.nhb.gov.sg/stars/tmp/lky19601030.pdf

    Siapa yang tak faham boleh pergi ke http://www.sms-translator.net/english-malay-trans… untuk diterjemahkan.

  5. Ahusni,

    i believe Istana Budaya need people like you performing "pementasan bangsawan." or perhaps National Museum, since you are fit to be displayed as relic of the past.

  6. I don't use multiple nicks…. Yes, literally speaking Malay Peninsula means the place where Malay people comes from.. We do not come from India like you or like the Chinese that came from China. We will protect our land from greedy ungrateful immigrant offsprings like you.. We have given you too much freedom that no other nations would give to outsiders.. Jangan terlalu Berani mencabar orang Melayu! Beri betis hendak peha… bangsa pendatang tak sedar diri.. merempat ke tempat orang, tapi beraja di hati..

    1. haha..kan tepatnya cakap aku.. Ahusni datang dari indonesia atau dari zoo aje…dia dah mengaku…bodoh betul lah budak ni..

  7. Ahusni,

    1. Nope you got it totally wrong.. If Malay Peninsula, Malaya and now Malaysia is not Malay Land then you must be stupid.

    thanks for sharing the history lesson. now i know your worth on fact analysis and history readings. then hot dog is made out of dog as per catfish being half cat and half fish. very literal of you. FYI, french fries is not originated from France though the name is FRENCH fries.

    2. I doubt your understanding of Islam as well.

    i salute people that can foresee and predict people's understanding by reading non-religious postings. what i believe is wealth should be distributed fairly; we are all in one nation to begin with. like zakat's principle; rich gives to the poor. not hoarding all resources among your cronies. this is not islamic teachings, mr patriotic?

    3. Your hatred towards Malays shows. I would suggest that all of you thast are not happy to migrate to other country or return back to your motherland.

    just because i'm against bias policies, straight away you labelled it as hatred. if you doubt my ethnicity, it's no big deal. i'm a Malaysian after all. do read post by Syahredzan Johan, Fahri Azzat and Jahaberdeen (did i get the spelling right?). i believe it will proved my point that not all Malay thinks like you. at least i am who i claim to be, not using multiple pseudonyms and purposely making a mess in LB.

Comments are closed.