Majlis Peguam Malaysia merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan di dunia yang memberikan khidmat guaman percuma kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tanpa mendapat sebarang tajaan atau sokongan kewangan daripada pihak kerajaan. Setiap peguamcara dan peguambela berdaftar dimestikan mencarum sejumlah wang sebanyak RM100 untuk Tabung Bantuan Guaman setiap tahun bagi membolehkan mereka memperbaharui Sijil Amal Tahunan.

Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan merupakan salah satu aktiviti kepentingan awam Majlis Peguam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Bantuan Guaman Majlis Peguam Malaysia. Pelancaran Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan tahun ini akan dilancarkan di Sungai Petani, Kedah. Pada peringkat negeri pula, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) yang beroperasi di Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur merupakan salah satu Pusat Bantuan Guaman yang paling sibuk dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan aktiviti kesedaran. Perkhidmatan guaman pada asalnya hanya tertumpu dalam memberikan nasihat guaman dan representasi guaman kepada mereka yang tidak berupaya untuk melantik peguam. Walau bagaimanapun, bidang khidmat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam telah diperluaskan kepada kes-kes kepentingan awam seperti isu-isu peneroka dan representasi guaman dalam tangkapan beramai-ramai.

Walaupun terdapatnya perkhidmatan guaman disediakan oleh Majlis Peguam kepada mereka yang memerlukan, akan tetapi kebanyakan ahli masyarakat tidak menyedari akan kewujudannya. Meskipun ada golongan yang mempunyai pengetahuan bahawa terdapatnya perkhidmatan tersebut, ada di antara mereka tidak mengetahui tempat dan cara untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Jawatankuasa Kebangsaan Bantuan Guaman Majlis Peguam menyedari akan hakikat ini, akan tetapi publisiti yang melebih-lebih tidak semestinya memanfaatkan semua ahli masyarakat yang memerlukan bantuan guaman tersebut. Ini adalah kerana setiap Pusat Bantuan Guaman di negeri-negeri yang berlainan berfungsi dengan bergantung kepada caruman RM100 daripada ahli-ahli Majlis Peguam. Dengan peruntukan kewangan yang terhad, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak berupaya untuk mengendalikan bilangan kes yang terlampau banyak. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam tidak ingin memberikan harapan kosong kepada mereka yang datang ke pusat-pusat bantuan guaman mendaftarkan kes mereka tetapi tidak diperuntukkan peguam untuk mengendalikan kesnya.

Keadaan ini menjadi semakin serius apabila badan kehakiman Malaysia memperkenalkan sistem ‘fast track’ dan mengeluarkan pekeliling supaya penangguhan kes tidak akan diizinkan kecuali dalam keadaan terdesak dan/ atau berkecuali. Pegawai-pegawai kehakiman kini tidak membenarkan penangguhan kes meskipun dalam keadaan di mana tertuduh tidak diwakili oleh peguam dan seterusnya memberi arahan supaya tertuduh membela diri tanpa representasi sekiranya dia masih gagal mendapatkan perkhidmatan guaman di tarikh sebutan akan datang. Dalam keadaan sebegini, sekiranya Pusat Bantuan Guaman mendaftarkan kesemua kes tetapi gagal mendapatkan peguam untuk mewakili anakguam-anakguam tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah, maka mereka terpaksa mengendalikan kes itu atas usaha dirinya tanpa representasi guaman. Sekiranya hal sedemikian berlaku, ia bagaikan satu janji kosong yang diberi oleh Pusat Bantuan Guaman dan seterusnya memudaratkan kepentingan anakguam tersebut kerana hak asasinya untuk mendapatkan representasi guaman telah dinafikan.

Oleh kerana ramainya orang yang memohon untuk bantuan guaman dan kekurangan peguam, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam terpaksa menetapkan satu ujian kemampuan untuk menentusahkan mereka yang memang daripada golongan berpendapatan rendah sebelum kes mereka diterima supaya bilangan kes yang didaftarkan tidak melebihi keupayaan pusat bantuan guaman untuk memperuntukkan peguam kepada anakguam. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam sering mengalami kesukaran dalam mendapatkan peguam sukarelawan untuk mengendalikan kes-kes yang didaftarkan. Hal ini kerana peguam-peguam sukarelawan yang mengendalikan kes-kes daripada Pusat Bantuan Guaman tidak dibayar sebarang yuran dan ada kalanya terpaksa membelanjakan wang dari saku dirinya untuk menampung kos pengangkutan.

Sekiranya diberikan peruntukan kewangan yang lebih banyak, sememangnya Majlis Peguam amat berharap dapat membantu lebih ramai orang yang tidak berupaya untuk mendapatkan representasi guaman. Akan tetapi, usaha-usaha Majlis Peguam untuk mendapatkan tajaan kewangan daripada pihak kerajaan dan usaha-usaha lain seperti yuran pemfailan bagi kes-kes Pusat Bantuan Guaman dikecualikan masih belum mendapat apa-apa respon positif daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Ramai yang sering tertanya-tanya adakah bantuan guaman itu hanya satu isu amal/ kebajikan semata-mata atau ia adalah hak asasi manusia. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang itu untuk diberikan represenatasi guaman atas pilihan dirinya. Oleh itu, bantuan guaman kepada mereka yang tidak berupaya untuk melantik peguam sendiri adalah satu hak asasi manusia yang seharusnya menjadi tanggungjawab bersama pihak kerajaan dan bukan tanggungjawab Majlis Peguam semata-mata.

Apabila Majlis Peguam kekurangan peruntukan kewangan dan peguam sukarelawan, maka ia tidak dapat menampung bilangan kes-kes yang semakin meningkat kian hari dan terpaksa menolak permohonan mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan ataupun gagal memperuntukkan peguam baginya meskipun kesnya telah lama didaftarkan. Seterusnya ahli masyarakat terutamanya mereka yang kurang berupaya dan/ atau mereka yang berpendapatan rendah masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses kepada keadilan meskipun terdapatnya Perkhidmatan Bantuan Guaman. Keadaan sebegini menjadikan bantuan guaman itu seolah-olah sekadar satu peragaan kosmetik yang tidak memanfaatkan golongan masyarakat yang kurang berupaya.

Apakah erti bantuan guaman dan di manakah bantuan guaman sekiranya badan yang memperuntukkan khidmat tersebut dengan sendirinya tidak mampu mengendalikan permintaan yang kian meningkat? Apakah ini semata-mata tanggungjawab sosial dan/ atau statutori Majlis Peguam sebagai satu badan statutori yang ditubuhkan di bawah Legal Profession Act? Sudah semestinya ia bukan hanya merupakan tanggungjawab Majlis Peguam semata-mata. Bantuan Guaman itu merupakan satu hak asasi manusia. Oleh itu, kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memelihara hak asasi manusia terhadap representasi guaman yang dijamin oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan melalui penajaan kewangan untuk menyokong usaha Majlis Peguam dalam memastikan setiap orang diberi akses kepada keadilan terutamanya apabila Biro Bantuan Guaman yang dikendalikan oleh pihak kerajaan tidak memberikan bantuan guaman kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah. Kita harus sentiasa mengingati prinsip perundangan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikannya bersalah. Oleh itu, representasi guaman harus dijamin supaya tertuduh didakwa dalam satu prosiding yang adil dan sekiranya dia tidak mampu untuk melantik peguam, maka bantuan guaman mesti diberikan kepadanya supaya akses kepada keadilan terjamin.

Atas matlamat untuk memastikan setiap insan di Negara ini diberi akses kepada keadilan, maka Majlis Peguam menganjurkan Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan ini yang diadakan secara serentak di setiap negeri di Semenanjung Malaysia bermula daripada 23hb Oktober 2009 sehingga 31hb Oktober 2009. Pelbagai aktiviti-aktiviti diadakan oleh Pusat-pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di negeri-negeri yang berlainan. Tujuan penganjuran Minggu Kesedaran ini adalah untuk membawa kesedaran kepada semua rakyat Malaysia akan erti, matlamat dan tujuan bantuan guaman. Majlis Peguam turut berharap bahawa dengan anjuran Minggu Kesedaran ini, ia dapat menghantar satu mesej kepada pihak kerajaan bahawa betapa pentingnya sokongan dan bantuan mereka dalam menyokong usaha Majlis Peguam memperlihara hak asasi manusia terhadap representasi guaman. Ia merupakan satu usaha yang masih berterusan sehingga hari ini supaya tajaan atau bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dapat diperolehi supaya sistem bantuan guaman di Negara kita ini dapat diperbaiki. Semoga suara kita ini didengari oleh pihak-pihak yang berkenaan dan dibalas dengan rangkap yang menyenangkan.


Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) akan melancarkan penggunaan premis Pusat yang baru di Tingkat 9 Wisma Kraftangan pada 27hb Oktober 2009, yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Arif Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya. Diharap kesudian Yang Amat Arif untuk menghadiri upacara ini merupakan satu tanda baik dan titik permulaan kerjasama di antara badan kehakiman dan Majlis Peguam dalam memperuntukkan satu sistem bantuan guaman yang lebih baik kepada ahli masyarakat di Negara ini. Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) akan mengadakan satu fiesta kesedaran undang-undang di Pasar Budaya pada 31hb Oktober 2009 sebagai acara penutup tirai Minggu Kesedaran Undang-Undang Kebangsaan sambutan peringkat Wilayah Persekutuan. Warga-warga Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk mengikuti dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijadualkan pada hari tersebut dan bagi mereka yang mempunyai pertanyaan isu perundangan, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) turut menyediakan satu kaunter khidmat nasihat di fiesta tersebut.

Datanglah beramai-ramai bersama warga-warga Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) untuk menjayakan fiesta ini dengan harapan satu mesej dapat dibawa kepada perhatian pihak kerajaan bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menitikberatkan isu akses kepada keadilan dan peruntukan bantuan guaman. Bilangan membuktikan kekuatan. Bersama-sama kita berusaha untuk memelihara hak asasi manusia.

60 replies on “Peguam percuma”

  1. saya mahu cari peguam untuk hak penjagaan anak saya, tapi saya cari semua punya mahal, saya cuma pekerja saja, tak ada banyak untuk cari peguam yang mahal, saya pun takut anak saya ikut bapa dia, disini saya harap ada peguam boleh tolong tolong saya .

  2. Adakah saya layak utk mendapat bantuan guaman dr biro bantuan guaman malaysia atas kes penipuan surat hak milik tanah yg telah di jual bukan atas kemahuan saya?

  3. Saya orang miskin dan perlu nasihat guaman yang bermastautin.Dimana saya dapat perkhimatan guaman di Pulau Pinang,apa nombor telefon dan lokasi guaman ini.Terima kasih.

  4. saya memerluka guaman secara percuma.. merujuk permasalahan yang saya hadapi,pihak hospital memakukan pembedahan keatas adik saya dgn tiada surat keizinan dari pesakit dan terus melakukan prosidur pembedahan, adakah ini pelangaran polisi hospital atau pun tidak,. harap bantu saya..01136760738

  5. saya nak tanya mengenai suami saya ni..dia pernah bekerja sebagai pemandu lori.di telah di saman sebab membawa muatan lebih.tapi bos tempat dia kerja tidak mahu membayar saman berkenaan sedang kan dia yang menyuruh suami membawa barang itu.sampai sekarang saman itu sudah tertunggak dan menyebab kan suami tidak boleh menyambung lesen gdl nye..kami betul-betul teraniaya..kami tak mampu membayar wang untuk membayar saman.sebab jumlah nya terlampau banyak..mohon sangat di pagi jumaat ni ada yang nak membela nasib kami.

  6. Assalam.sy pesara tentera sgt2 memerlukan khidmat peguam tuk dptkan duit sy semula setelah rmh yg d ubah suai tdk menepati piawaian pelanggan.byaran sy tlh buat kpada kontrektor 90% tp kj ubah suai blm mncapai 90%.sy sdh memberhntikan kj ubah suai rmh

  7. Assalamualaikum. Di kuching sarawak, di mana tempat saya nk dapatkan khidmat peguam percuma? Please contact my no 01131905926. Saya perlukan secepat yang mungkin sebab akan turun ke court hujung bulan ini. Please contact me,tq. Semoga orang yang membantu akan sentiasa dalam lindungan Allah. Aminnnn

  8. salam tuan,saya pesara kerajaan masaalah timbul apabila wang pencen tak keluar dari atm mesin hanya resit application card error tetapi baki rm1000 hilang pihak bank beri masa 14 hari tetapi masa dah lebih tiada pembayaran di buat .laporan polis dahpun dibuat saya mohon jasa baik pihak tuan untuk memberi nasihat terimakasih.

  9. Says memerlukan khidmat seorang peguam skrg, dgn masa yg terhad sy Blum mampu mrngumpulkan suit untuk urusan melantik atau mebuka fail kes sy..sy merayu atas kemanusian ada ke mana2 pihak yg boleh tampil membantu sy…

  10. Saya memerlukan peguam untuk kes penipuan baiki kereta saya
    anything just call or ws : 0142661040

  11. Hi..khidmat peguam percuma ni ada kat sarawak tak..sya ingin mendapatkan balik hak anak sy.sy dan bekas suami sdh lma bercerai dan dia meminta untuk mendapatkan menjaga anak.sy benarkan.tp skrg dia lgsg lepas tanggungjwb sebagai seorang ayah.demi masa dpan anak.sy ingin menuntut blk anak sy.mohon baik tuan/puan peguam tok tlg sy.sy kesian dgn keadaan anak skrg.sy prnh pergi jumpa bekas suami.berbincang dgn cara baik tok serahkan anak kepada sy semula.tp dia berkasar dgn sy.

  12. Assalamualaikum, saya memerlukan peguam untuk menyelasaikan kes berkaitan hak penjagaan dan nafkah anak.Bekas isteri meminta nafkah anak melebihi kemampuan saya.Beberapa kali dibahaskan tetapi tidak dapat penghujungnya.Pihak makhamah meminta saya menggunakan peguam untuk mempertahankan diri.

  13. Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli peguam Malaysia.
    Ada tak peguam percuma ini di Shah Alam atau Klang? jika ada sila hubungi saya di no 016 614 3762 – Abbas

  14. Sebuah perudoa kembara telah melanggar pagar sebuah rumah dan terus melanggar teksi saya yg sedang parking disitu.

    Pihak berkuasa telah membuat keputusan yg mana teksi tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan insurance terhadap perodua kembara..

    Saya sangat memerlukan seorang peguam untuk kes ini

  15. saya rohaya ingin bertanya bagaimana cara untuk membuat permohonan biro..saya sekarang mengalami masalah dengan suami sudah 6tahun saya dan suami tidak sebumbung pada tahun 2003 saya telah memfail cerai dimahkamah syariah dipulau pinang tetapi saya dan suami kembali bersatu Dan saya memberi peluang kepada suami untuk berubah tetapi tiada perubahan dirinya sehingga sampai pertengahan 2010 saya telah nekad meninggalkan suami atas sebab suami tidak melakukan tanggungjawabnya seperti yg ada didalam Islam saya tidak tahan dengan sikap suami yang cemburu tak bertempat panas baran yang tak bertempat mengokong hidup saya sehinggakan tidak bergaul dengan kawan2 serta adik beradik…sehingga sekarang sudah 6taun saya dan suami tak sebumbung 6taun saya lalui hidup seorang diri tanpa senafkah pun dari suami sehingga sekarang…dengan ini saya memohon pada pihak tuan puan bagaimana cara saya untuk mendapatkan bantuan guaman biro saya hanya bergaji kecil yg dapat menanggung hidup saya Dan anak

  16. Salam. Saya seorang Hindu yang telah berkhawin pada 13/09/2006 dengan lelaki Hindu dan mempunyai 2 orang anak umur 7 dan 5 tahun. Ketika anak pertama berumur 4 tahun, saya failkan penceraian. Semasa process penceraian berlaku, suami saya meninggal dunia. Saya berniat untuk memeluk agama Islam bersama anak anak saya tetapi keluarga suami menentang keras and ugut saya. Dalam surat LA, abang mendiang menjadi joint administrater tetapi sebelum ini tidak pernah pun menjenguk ataupun bertanya khabar saya dan anak anak saya. Saya terpaksa akur dan tidak dapat membuat apa apa pun walaupun hasrat saya adalah untuk memeluk agama islam dan meneruskan hidup saya sebagai seorang islam dan membesarkan anak anak saya sebagai seorang islam. Semua liabiliti peninggalan mendiang hanya saya yang menanggung. Saya ingin tahu, jika saya meneruskan hasrat saya dan memeluk Islam, adakah LA itu kekal laku dan adakah saya akan boleh melindungi hak dan peninggalan mendiang suami bukan islam kepada saya dan anak anak. Abang mending sekarang sangat menyukarkan hidup saya dan mengugut saya jika saya dan anak anak saya memeluk agama islam. Harap boleh bantu saya..

  17. Salam sejatera.saya sudah khawin selama 4 tahun.tapi sy tingangal dgn suami sy selama 5@6 bln saje.sbp dia seorang gey.sy tak nak hidup dgn dia.skrng dia yg minta cerai dgn sy.tp saya nak minta rantai emas sy.klu saya lawan blh ke sy dpt brng itu.

  18. Saya amat memerlukan bantuan daripada pihak penguam . saya mengalami masalah hak penjagaan anak saya . anak saya telah diambil oleh mak mertua saya tanpa pengetahuan saya pada tarikh 2/1/2015 sehingga kini anak saya berusia 9bulan tidak dikembalikan kepada saya . mak mertua saya memberi amaran tidak membenarkan saya sebagai ibu kandung mengambil hak penjagaan ke atas anak saya . mak mertua saya tidak ada sebarang surat menyurat atau dokumen yang sah untuk menjaga anak saya yang diambilnya . saya amat berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah saya . tolong saya pls ! Saya ini Nandini a/p Narayanasamy 01126350456 . tq!

  19. Saya nak tanye berkenaan dengan status masalah saya. Kami ada membeli rumah yg dibina atas tanah milik orang lain. Ada lebih kurang 40 pintu diatas tanah ini. Sekarang kami diarah keluar krn tanah ini telah dibeli oleh sebuah syarikat. Soalan saya
    1. Bolehkah kami mendapat pampasan dari syarikat tersebut?
    2. Kami ada melantik seorang peguam bg membincangkan tuntutan pampasan kami. Sekiranya kes ini kalah adakah kami perlu membayar peguam tersebut. Buat masa ini kami telah membayar sbyk rm 10,200 bg kos yg berkaitan.

  20. Saya nor azman nak mintak bantuan sy ada kawan wanita dia di tangkp haluat dengan seorang pegawai polis sedang kan kawan saya tak kenal sape polis tesebut da kene tangkap di dende dengan makamah 2k dia da bayar polis tesebut tak hadirkan di makamah sekarang dende da bayar makamah ckp kalau tak bayar di penjar 1-2 bulan atau nikah je kawan saya tanak nikah diangan polis tesebuat sebab tak kenal ape cara nak selesaikan masalah ini

  21. Saya dahulu dikenali rakan kongsi sebuah syarikat yg telah bankrup, kini saya juga sudah di bankruptcy kerana syarikat saya ini ada hutang dengan syarikat itu, jumlah rm 43 ribu , syarikat saya ini mempunyai 3 orang rakan kongsi, ketiga-tiga terlibat dengan bankruptcy. Jadi saya mahu minta tanya saya mahu bagi 3 dari jumlah hutang itu bolehkah? Mahu bayar perasingan boleh tolong saya kah? No tel saya 019 4086580

  22. kilang I Tiba-Tiba sudah tutup.i pergi labor office buat report. Banyak Kali I ulang alih lepas 3 bulan wakil Dari kilang I datang janji depan pegawai labor Dan sign kertas yg menggatakan bagi ganti rugi.tapi sampai sekarang tak Ada jawapan apa-apa. I pergi pejabat labor banyak Kali mereka bagitahu masih siasat tapi I dengar boss I buka kilang tempat lain. Sekarang I tak tahu nak buat apa? So sekang to long menyelesaikan masalah I telefon ke 016-6748656 terima kasih.

  23. saya nak tanya kalau saya sudah buat wasiat satu orang di peguam sana , jadi ini bermakna semua harta yang atas nama saya akan di wasiat kepada orang ini, jika suami saya mahu ambil semua wasiat atas nama saya , dia akan dapat tak, klu saya sudah buat wasiat

  24. 6 tahun yang lalu saya telah membeli 1 barang daripada satu syarikat yang menjual secara hutang. Setelah mengunakan nya selama sekitar 6 bulan barang itu rosak dan saya telah memaklomkan kepada syarikat berkenaan tetapi tiada tindakan susulan yang saya terima. Oleh kerana tiada response drp mereka saya pon memberhentikan payment. Masa itu saya tak tahu adanya khidmat pengguna. Kini masaallah ini menghantui saya semula dengan mereka melantik peguam untuk baki pinjamaan. Saya ingin mengetahui, apa yang perlu saya lakukan bila mereka kata telah mengeluarkan waran tangkap terhadap saya . Tolong lah berikan nasihat.

  25. skrg sy dlm keadaan tekanan yg amt tinggi.sy ada anak 7.tidak bkerja.sy selalu d dera secara mental.masalah sy suami tidak lagi berminat perihal ank2 dan rmhtgga.d mana sy perlu rujuk masalah sy.sudah 2kali sy melaporkan/rujuk masalah sy ke pejabat agama.tp kes sy d abaikn.alasan fail sy hilang.skrg sy hanya mahu terus bw kes sy ke mahkamah syariah tp tak tahu bagaimana dan dengan siapa sy perlu rujuk..sy sgt perlukan khidmat guaman skrg

  26. bagaimana saya boleh mendapatkan khidmat peguam utk kes talaq antara saya dan suami saya..
    saya telah di ceraikan 2 kali dan kali prtama dlu tidak di daftar di pejabat agama.. saya diceraikan melalaui telefon pada 1 syawal yg lalu.. bila saya ke mahkamah syariah ipoh, saya di minta membuat petisyen sendiri.. tapi saya tak tau bagaimana dan satu lagi berapakah kos sebenar mengambil peguam? saya bergaji kecil dan ada 4 org anak.yg masih kecil.

  27. Bole ke minta bantuan guaman untuk menolong sy
    Kerana di kenakan tuduhan mencuri
    Jawatan kerja sy mungkin tergugat
    Harap ada yg dpt menolong

  28. saya memerlukan format membuat rayuan ke mahkamah tinggi berkenaan dgn kes TNB.
    Boleh saya dapatkan format supaya saya boleh hantar ke mahkamah JB sebelum 29/7/13

  29. bantuan anda amat di perlukan….utk menyelesaikan masalah bekas majikan tidak membayar saman lebih muatan yg telah berlarutan cpai sekarang hingga menyebabkan nama saya di senarai hitam oleh jabatan pengakutan jalan malaysia

  30. saya ingin bertanye mcm ner saya nak tuntut ganti rugi sedang kan bos majikan saya tak mahu bayar mengenai saman lebih muatan yg telah saya kne pada tahun 9.6.2011 masalah nye sekarang nama saya sudah di senarai hitam oleh jabatan pengakutan jalan malaysia,bos majikan saya juga telah memberi alasan dan telah membohongi saya dengan mgatakan saman itu telah di bayar…..oleh yang demikian utk memastikan nye saya meminta resit pembayaran saman yang telah beliau bayar….ternyata beliau telah membohongi saya tentang saman yg beliau telah bayar?apakah tindakan yang patut saya ambik utk menuntut ganti rugi tentang saman yg belum di bayar cpai sekarang nie…..saya sertakan nom tel saya utk mengetahui apakah tindakan yg patut saya ambik ke atas bekas majikan saya ini….012-6440436 ERUAN SHAH BIN SHARIF……..

  31. Abg sy telah bercerai dgn isteri sethn lbh.isterinya telah bkawin lain selepas tamat je tempoh eddah.ank perempuan mereka telah dijaga oleh ibu sy dr umur 40 hari dan skrg berumur 4 thn..tp baru2 ini bks isteri telah mengambil ank tersebut.adakah abg saya layak utk menuntut hak penjagaan anak kerana ank itu skrg di bwh jagaan bks mertua abg yg turut menjaga 3 org lg anak tidak sah taraf bks isterinya.

  32. kawan saya telah berpisah dengan isterinya 12 tahun yang lepas. Dia ingin bercerai dengan isterinya tetapi isterinya tidak bersetuju. Jadi kami ingin tahu kes ini akan memihak siapa jika kawan saya mohon untuk perceraian. Kami memerlukan nasihat tuan dalam mengatasi masalah ini.

  33. sy perlukan khidmat guaman bagi tuntut kes hutang dan penipuaan dari kerjakerja yang telah saya buat tidak dibyr. juga beberapa khidmat guaman berkaitan kes syariah, juga satu kes tuntutan kepada pihak tnb berhad. menyebabkan kerugiaan dan perniagaan saya musnah..

    sekiranya ada mana2 peguam yang dapat membantu diperlukan – 0126852594 syaiful

  34. askm, nama yusmiyadi anak pak cik saya baru terlibat dalam kemalangan jalan raya, sekarang berada di hospital
    mengalami kecederaan di kepala dan luka di badan akibat pelanggaran sebuah kereta yang di pandu laju. Pak cik saya ini Orang Kurang Upaya ( OKU ). Beliau tak mampu untuk mengupah perkhidmatan peguman di luar. Untuk membuat tuntutan membayar kos perubatan dan kos susulan di masa hadapan. Boleh kee saya mendapatkan perkhidmatan peguam percuma ini. Kalau boleh sila e-mail saya [email protected] atau tel 017-6891571. Jasa budi baik pihak Tuan/Puan amat saya hargai.

  35. sehingga kini saya tidak dibenarkan berjumpa dengan anak saya dengan alasan takut saya membawa lari anak saya.

  36. slm.. saya amat mermelukan peguam.. utk menguruskan tuntutan hak penjagaan utk anak saya berusia 7 tahun yg diambil bukan bapa sebernarnya 4 tahun lalu. lelaki itu tidak ada sebarang surat menyurat atau dokumen yg sah tuk menjaga anak saya yg di ambil nya.. saya mohon dan berharap pihak tuan dapat membantu saya .

  37. SALAM. KHIMAT GUAMAN PERCUMA INI SAMPAI TAK DI SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN. ATAU APA YANG PERLU SAYA BUAT , SAYA TERIMA NOTIS PELELONGAN HAKMILIK SEMENTARA. (HARTANAH) DI SINI SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MUMBERI SEDIKIT TUNJUK AJAR ATAU PANDUAN KEPADA SAYA. ATAU HUBUNGI SAYA DI 0166616047

  38. Salam.

    saya mengalami masalah kesihatan berlarutan akibat kecuaian oleh doktor pakar di sebuah hospital swasta. Setelah pembedahan dibuat, ia menunjukkan saya mendapat masalah medikal lain berkait dengan yang sebelumnya. Oleh itu saya memikirkan untuk mengambil tindakan atas kecuaian doktor, kesakitan yang saya hadapi serta atas sebab profil kerja yang terjeas akibat selalu cuti sakit. saya harap pihak Tuan dapat memberikan panduan kepada saya. Terima kasih.

  39. Selamat pagi dan selamatn sejatera,

    Saya seorang telah bersara dari Tentera dan semasa saya perkhidmat saya telah belai sebuah rumah di kawasan Seremban dan pada tahun 2009 bula December ada seorang yang hendak beli dan seterusnya saya telah uruskan seorang peguam untuk S&P dan Pinjaman sibeli terlah dimohon di RHB Bank. Pada bulan April tahun 2010 saya menerima jawapan bahawa pinjaman terserbut olih pembeli di batalkan. Berpandu ke atas gagalan Pinjaman saya pun batal jual rumah tersebut dan cari pembeli yang lain. Bagi sipembeli langsung tidak ada surat menyurat atau maklumat di beritahu keatas pinjaman tersebut sehingga tahun 2011 bulan March, difahamkan pinjaman tersebut yang di mohon di RHB Bank dilulus dan masih menunggu. Sipembeli rasa shock dan mahu batalkan kerana sudah begitu lama lebih dari 2 tahun dan kenapa pula tidak di beritahu atau kirim surat kepadanya. Apa yang jadi masalah kakaitangan bank tersebut langsung tidak sopan apa bila di menemui atas hal ini.Mohon jasa baik pihak Tuan untuk nasihat saya apa kah ynag perlu saya buat seterusnya. Apa pihak banak boleh kah tunggu begitu lama setelah pinjaman tersebut lulus.

    Terima kasih

  40. saya amat memerlukan bantuan daripada pihak tuan dalam pembahagian harta pusaka saya,ini adalah kerana ada antara anak saya tidak menggunakan surat pengenalan diri malaysia.Oleh itu saya amat memerlukan bantuan tuan untuk menyelesaikan masalah saya. sekiranya tuan berminat untuk menyelesaikan masalah saya sila hubungi saya dengan no:019-4224669(untuk peringatan saya adalah kawan kepada beliau & no tersebut adalah untuk menghubungi beliau).Terima Kasih.

  41. Saya amat memerlukan seorg lantikan peguam bagi membantu menyesaikan masalah berkaitan ganti rugi/hak/pemindahan, pemegang asal geran tanah pusaka (tanah Pertanian Selangor). Saya memohon kepada Pihak yg berkenaan yg berminat utk membantu menghubungi di talian 0136976232 seberapa segera

    Terima Kasih.

  42. Pingback: Loyarburok
  43. answers

    Petra: Yes for certain cases such as refugees and stateless persons- liaising with UNHCR

    Quek: 1. i agree

    2. the National Legal Aid Centre is trying- drafting the new legal aid act, sending proposals etc. but like any other human rights course, its a looooooong way to go!

    3. yes u r allowed to join kl lac's activities and/or take up kl legal aid files.

  44. allowed me to put it in english here. As mention the court is going fast track and no one is guilty until proven this is the fundamental principle when we read law. 2 things i would suggest here

    1. Its ok for the court to go for fast track but not on those who are unrepresented. I mean there are many many other cases who can be fast track. Why pick on those who are not represented by council.

    2. As i study the ethics course, i realise that Legal Aid is fully independant. But cant we at least ask some budget from the government? i mean look at the 2010. Cant we at least ask the government to locate some to Legal Aid?

    This is a personal question i would like to ask here. As my legal aid base is at selangor. Would i be allowed to join other area like the above wisma kraftangan legal aid as volunteer basis as in some of their activity?

  45. Thanks for the informative article. A question – are these services extended to non-Malaysians too?

Comments are closed.