Soalan kepada PGSM

Saya terbaca petikan berita berkenaan dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas seorang model yang ditangkap meminum Heineken di Black Forest Pub Kuantan pada pukul 1.20 pagi pada 12 Julai tahun lalu. Beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM5000 dan disebat 6 kali.

Pelbagai reaksi telah timbul dari penjatuhan hukuman sebat terhadap beliau terutama dari Senator Sharizat Jalil dan Dr Lo’Lo Mohd Ghazali. Terdapat juga reaksi dari Naib Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang antara lain (daripada laporan media) menyelar kritikan dari Sharizat dan Dr Lo’Lo dan secara tersirat mengumpamakan kritikan tersebut sebagai suatu penghinaan kepada Islam dan institusi kehakiman Syariah di Malaysia. Musa Awang, Naib President PGSM telah dipetik oleh Malaysian Insider menyatakan bahawa kenyataan Sharizat dan Dr Lo’Lo merupakan suatu, “challenge and insult to the Kuantan Syariah Court”.

Saya dengan khusus merujuk kepada artikel oleh Naib Presiden PGSM di Berita Harian, Julai 22, 2009, dan juga kepada laporan di Malaysian Insider bertajuk, “Syariah lawyers association regrets Shahrizat’s statement on whipping of model”.

Fakta Kes

Dari laporan media fakta-fakta kes yang dapat dikumpulkan adalah seperti berikut:

  • Beliau telah ditangkap minum pada pukul 1.20 pagi bersama suaminya.
  • Beliau telah mengaku salah.
  • Tiada laporan yang menyatakan bahawa ianya merupakan kesalahan berulang kali, maka disini tanggapannya adalah ini kesalahan kali pertama.

Ketidaksetimpalan Hukuman

Mari kita kupaskan seksyen Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang terpakai:

Seksyen 136. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari.

Seksyen 4. Pindaan bagi seksyen 136.

Seksyen 136 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan “satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari” dengan perkataan-perkataan “lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

(penekanan oleh saya)

Dari sekyen 136 yang dipinda, hukuman maksimum adalah RM5,000 dan/atau penjara 3 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali sebatan.

Beliau telah dijatuhkan hukuman hampir maksimum iaitu sebanyak RM5000 dan 6 kali sebatan. Adalah hukuman ini setimpal bagi kesalahan pertama dan pengakuan bersalah?

Kritikan terhadap hukuman yang tidak setimpal yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah tersebut tidak harus dilihat sebagai apa-apa penghinaan kepada Islam atau institusi Islam. Menyorok dibelakang tabir “ugama” apabila dikritik adalah tidak wajar. Mendukacitakan bahawa PGSM membuat kenyataan sedemikian apabila sepatutnya mereka menegakkan ketidakadilan dan kepincangan di dalam penghakiman Hakim tersebut. Kenapa bersifat defensive apabila terdapat kritikan terhadap penghakiman yang diberikan? Adakah Mahkamah Syariah tidak boleh dikritik langsung?

Apa yang jelas, Enakmen berkenaan dengan minuman keras ini adalah “interpretasi” menggubal undang-undang. Ianya bukanlah suatu covenant yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Musa Awang telah sendiri mengakui yang berikut:

Hukuman dijatuhkan hakim adalah hukuman maksimum mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, walaupun hukuman sebenarnya menurut pendapat fuqaha adalah lebih berat.

Ulama fekah sependapat mengenai hukuman bagi orang minum arak ialah disebat. Cuma, mereka berbeza pendapat jumlah sebatan. Ada yang mengatakan 80 sebatan, iaitu menurut pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad pula mengatakan kadar hukumannya adalah 40 sebatan.

Punca perselisihan pendapat ini kerana sungguhpun dalam al-Quran jelas mengenai pengharaman arak tetapi tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman yang boleh dikenakan kepada peminum arak.

Dari sini, 2 perkara adalah jelas:

  • Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan hukuman sebat.
  • Al-Quran tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman.
  • Penggubal di Pahang telah berpendapat bahawa hukuman maksimum 6 kali sebatan (bukan 40 kali).

Berdasarkan di atas, sekiranyapun wajib hukuman sebat dijatuhkan, mestikah ia sentiasa maksimum 6 kali sebatan lebih-lebih lagi pengarang seksyen tersebut dengan jelas menggunakan perkataan tidak lebih daripada 6 kali sebatan? Sekiranya wajib dikenakan sebatan maksima, sudah tentu dinyatakan, “dan sebat sebanyak 6 kali”?

Adalah juga jelas bahawa pengenaan hukuman sebat ini adalah tidak universal. Di Selangor umpamanya:

Section 151. Intoxicating liquor.

Whoever shall in any shop or other public place purchase or sell or consume any intoxicating liquor shall be punishable with a fine not exceeding twenty-five dollars, or, in the case of a second or subsequent offence, not exceeding fifty dollars:

Provided that it shall not be an offence for any person so to purchase or sell as agent for a principal who does not profess the Muslim religion.

Seksyen 5. Pindaan kepada seksyen 151.

Seksyen 151 Enakmen Ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan “twenty-five dollars, or in the case of a second offence or subsequent offence, not exceeding fifty dollars” dengan perkataan-perkataan “one thousand dollars or imprisonment for a term not exceeding six months or with both”.

(penekanan oleh saya)

Di Perak, negeri yang mempunyai mufti yang lantang suaranya ketika ini pula menyatakan:

Seksyen 59. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa yang minum arak atau apa-apa minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(penekanan oleh saya)

Berdasarkan pendirian berbeza antara satu negeri ke satu negeri berkenaan dengan isu sebatan ini, maka adalah boleh dirumuskan bahawa pengenaan sebatan ini bukanlah satu isu yang asas atau pokok yang wajib dikenakan. Jadi, adakah ianya sebegitu penting yang mana pengenaannya secara maksima perlu dijatuhkan terhadap wanita tersebut? Apa jawapan PGSM? Pahang lebih “Islam”-nya dari Selangor dan Perak?

Ketidakseimbangan hukuman di dalam Enakmen

Seterusnya, saya ingin mengupas lagi kesalah-kesalahan lain di bawah Enakmen di negeri Pahang dan membandingkan dengan kesalahan meminum arak.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005

Seksyen 128. Menganiayai isteri atau suami.

(1) Seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Seksyen 127. Meninggal langsung isteri.

Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Seksyen 129. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982

Seksyen 177. Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri.

Seorang suami yang memaksa, menyokong atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya dengan tujuan untuk mendapat hasil dari pelacuran itu adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 33. Pindaan bagi seksyen 177.

Seksyen 177 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan “seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya” dengan perkataan-perkataan “empat ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

(semua penekanan oleh saya)

Ini amatlah menghairankan dan memeranjatkan. Seorang yang menganaiya isteri atau meninggalkan isteri atau tidak adil terhadap isteri hukuman MAKSIMUM adalah denda RM1,000 dan/atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Yang lebih memeranjatkan adalah seorang yang MELACURKAN isterinya dan menerima HASIL dari pelacuran isterinya, jika sabit kesalahan hukuman MAKSIMUM adalah denda RM4,000 dan/atau penjara tidak lebih 2 tahun dan sebat 6 kali sebatan.

Sebagai peringatan, minum arak … denda RM5,000 dan/atau penjara tidak lebih 3 tahun dan sebat 6 kali sebatan?? Hairan bin ajaib!!

Kalau seorang itu melacurkan isteri, hukuman lagi ringan? Ketidakseimbangan ini tidak pula ditimbulkan oleh PGSM. Kesalahan di atas adalah kesalahan terhadap pihak ketiga (yang juga secara langsung akan melibatkan anak-anak) dan jika dibandingkan dengan kesalahan minum arak yang hanya melibatkan individu tersebut, seharusnya dihukum dengan lebih berat. Tidak dinafikan, penyalahgunaan alkohol mempunyai banyak implikasi terhadap masyarakat tetapi adakah implikasi negatif tersebut melebihi implikasi terhadap isteri yang didera dan ditinggalkan suami tanpa nafkah? Bukankah kegagalan memberikan nafkah boleh menyebabkan pelbagai masalah sosial lain lebih lagi bila melibatkan anak-anak yang terpaksa ditanggung oleh si isteri yang ditinggalkan? Adakah Islam lebih memberatkan isu arak daripada hal-ehwal isteri dan ibu-ibu tunggal? Tidak mungkin!

Tidakkah PGSM bersetuju bahawa kepincangan dan ketidakseimbangan ini lebih besar efeknya terhadap tanggapan umum kepada agama Islam dan harus diperbetulkan agar tidak membawa nama buruk kepada agama dan institusi kehakiman Islam di negara ini?

Komen PGSM berkenaan perkara ini adalah amat mendukacitakan. Mungkin ini disebabkan PGSM tidak seperti Badan Peguam Malaysia yang mempunyai tanggungjawab seperti seksyen 42 Akta Profesion Undang-Undang yang mana tanggungjawab utama adalah:

(a) to uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;

Mungkin saya ini adalah seorang yang idealist tetapi daripada terus menyokong hukuman yang diberikan tersebut, tidakkah lebih baik sekiranya PGSM membuat kenyataan menegur pengenaan hukuman yang tidak setimpal tersebut? Tidakkah lebih baik selaku persatuan peguam yang bertindak sebagai NGO yang dilatih berkenaan dengan konsep keadilan dan saksama, PGSM sepatutnya bertindak membela nasib wanita ini, walaupun beliau mengaku salah?

PGSM, sila jawab.

Nota Akhir:

Sebelum mana-mana pedang diasah untuk membidas komen disini sebagai “anti-Islam”, baca dengan teliti terlebih dahulu. Kritikan disini adalah terhadap yang berikut:

  • ketidaksetimpalan hukuman yang dijatuhkan;
  • ketidakseimbangan di dalam hukuman yang dikenakan di dalam Enakmen-Enakmen Islam di Pahang dan negeri-negeri lain, dan
  • pendirian yang telah diambil oleh PGSM.

Harap Maklum


Tags: , , , , , ,


Posted on 23 July 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by Shaikh Abdul Saleem.

Read this first: LB Terms of Use

13 Responses to Soalan kepada PGSM

  1. This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well. Good luck

  2. I definitely savored every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you post.

  3. Great post! I am actually getting ready to across this information which i found very interesting to read.
    interior kontraktor jakarta | interior design jakarta

  4. Travel Umrah Aman
    Umrah Promo | Umrah Reguler | Umrah Ramadhan
    Great post! I am actually getting ready to across this information which i found very interesting to read.
    Umrah Promo | Umrah Reguler | Umrah Ramadhan

  5. read most of them and got a lot from them I was just read your article that was really superb got much pleasure to read that post.

  6. sekedar info :

    Berawal dari Adam dan Sakti yang memiliki band bernama "W.H.Y Gank" mengajak Duta ikut latihan band mereka untuk menjadi vokalis. Duta dipilih berbekal cerita Adam bahwa Adam dan Duta merupakan langganan pengisi acara 17 Agustus-an di komplek perumahan mereka, Duta menyanyi dan Adam bermain gitar akustik.

    Berbicara mengenai "W.H.Y Gank" saat itu, Adam dan Sakti masih sering bertukar posisi sebagai bassist dan guitarist tergantung dari lagu yang mereka bawakan. Namun kebetulan band yang beranggotakan Adam, Sakti, Duta, dan seorang drummer bernama Agung ini belum sempat mencicipi panggung musik. Mereka baru sebatas latihan di studio, meng-cover version lagu band-band ternama, dan ikut audisi/seleksi untuk bisa tampil di sebuah acara.

    Setahun berselang setelah "W.H.Y Gank" sempat vakum beberapa waktu, berkenalanlah mereka dengan Eross (yang nantinya menjadi lead guitar mereka). Mereka berempat kemudian memutuskan untuk memulai sebuah band baru, dan bertemulah mereka dengan Anton sang pemain drum yang dikenalkan oleh Eross pada saat latihan pertama band ini di studio. Setelah latihan pertama selesai inilah mereka memutuskan untuk menamakan band ini dengan nama "Sheilagank", dan menjadikan tanggal 6 Mei 1996 sebagai hari lahir mereka.

    "Sheilagank" sempat malang melintang di pensi-pensi dan festival band SMA se-Jateng DIY selama kurang lebih 2 tahun, hingga pertengahan tahun 1998 akhirnya mereka mendapatkan "kontrak rekaman" pertama mereka dengan pihak label Sony Music Entertaintment Indonesia. Mereka kemudian mengubah nama band mereka menjadi "Sheila On 7". Nama "Sheilagank" kemudian digunakan sebagai sebutan bagi pendengar setia karya-karya mereka. "Sheila" sebenarnya diambil dari nama teman SMA Eross yang juga adalah teman SD Adam dan Duta. Alkisah, saat pertama Adam dan Eross berkenalan dulu, Adam memanggil Eross dengan panggilan "temannya Sheila ya ?!", dan Eross pun menjawab "kamu temannya Sheila juga ya ?!", sehingga nama tersebut seringkali disebut dalam perbincangan mereka. Sedangkan "On 7" maksudnya adalah "pada 7 nada yaitu do-re-mi-fa-sol-la-si". Sehingga nama "Sheila On 7" kira-kira artinya adalah teman-temannya "Sheila" yang memainkan 7 nada / memainkan musik.

    Sheila On 7 sejak awal kiprahnya di kancah musik Indonesia telah menorehkan banyak sekali prestasi, diantaranya menjadi satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fisik sebanyak lebih dari satu juta copy, tiga album berturut-turut. Lewat suksesnya album perdana Sheila On 7 (1999), yang dilanjutkan tiga album lainnya yang meledak di pasaran, Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki (2000) dan 07 Des (2002) . Mereka juga memiliki pendengar-pendengar setia di negara-negara tetangga seperti Malaysia, Singapura, dan Brunei.

    Namun pada tahun 2004, mereka harus berpisah dengan Anton (drummer) dikarenakan tidak disipilin menurut sang manajer. Saat itu kemudian Brian masuk sebagai additional player mengisi posisi drummer yang ditinggalkan Anton. Brian tampil bersama Sheila On 7 di berbagai tour untuk promo album "Pejantan Tangguh". Album The Very Best of Sheila On 7 (2005) menjadi karir rekaman studio pertama Brian bersama Sheila On 7 sebagai additional drummer.

    Pada tahun 2006, Sheila On 7 juga harus berpisah dengan Sakti karena ia mengundurkan diri di tengah-tengah proses rekaman album "507" dikarenakan keinginan untuk melanjutkan pendidikannya ke Pakistan tak dapat dihentikan. Namun pada saat proses rekaman album "507" itu pulalah Sheila On 7 akhirnya mengangkat Brian menjadi drummer tetap Sheila On 7 hingga sekarang. Sheila On 7 sekarang adalah BEDA yaitu Brian (drum), Eross (guitar), Duta (vocal), dan Adam (bass).

  7. Sedar

    My humble opinion is that the honourable judge could have overzealous in metting maximum punishment for 1st time offender. Nothing more than that. The offender can appeal on the sentence but from what was reported she had refused and accepted it.

    However, i tend to agree with Shaikh that it would be better to standardise punishable offences under syariah for all states.

    Well, those people responsible should present it to their respective Sultans/Yang DiPertua.

  8. Saya terhutang budi kepada seorang peguam di e-group "Lawyer's Talk" yang telah juga memberitahu kami bahawa Mahkamah Tertinggi Syariah di Pakistan telah berkata bahawa hukuman sebat untuk meminum arak adalah bertentangan dengan Syariah.

    Lihat: http://newsgroups.derkeiler.com/Archive/Talk/talk…

    Juga, patut ditekan bahawa wanita itu telah mengaku salah kepada tuduhan itu.

    http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia…

    Lazimnnya, orang yang mengaku salah tidak akan dikenakan hukuman yang paling berat. Saya tahu, dia tidak dimasukkan ke penjara tetapi denda maksima dan hukuman sebat maksima telah dikenakan. Ini juga nampaknya tidak begitu wajar?

  9. Excellent dissertation Bro.

    The differences between the 2 punishments may well be viewed as a valid representation of the wholly chauvinistic approach of Muslims towards women in general. Sadly, such view, even incorrect, would be difficult for us, the Muslims, to challenge with this kind of legal provisions being around.

    Such is the state of Islam in Malaysia and some part of the world today.

  10. Eeja

    Well articulated. Syabas! That is why I have lost respect for our mahkamah syariah long time ago. Yaaghhh, beratnya dosa minum arak melebihi dosa melacurkan isteri dan justeru makan hasil pelacuran isteri? Hei, mana mungkin ini ajaran yg mematuhi hukum hakam dalam alQuran! Ini lebih kepada sikap lelaki2 penggubal undang2 yg chauvinis, cold hearted. Menyampah tul!

  11. Pingback: Twitted by meeshly

  12. mei1

    "Beliau telah ditangkap minum pada pukul 1.20 pagi bersama suaminya", adakah ini bermaksud suaminya turut minum arak? Jika ya, mengapa suaminya tidak dikenakan hukuman yang sama?

  13. Encik Shaikh,

    Ini memangnya merupakan suatu pendapat yang hebat (cue Sheila on 7 'Pria terhebat' tapi perkataan 'Pria' di ganti dengan 'Pendapat') dan saya amat terhutang budi untuknya sehingga saya menulis komen saya di sini di dalam Bahasa Malaysia lagi! Memang peliknya yang pelacuran dilihat lebih ringan daripada arak.

    Saya kadang-kadang memikir bahawa hukuman-hukuman yang diperuntukkan bagi jenayah-jenayah yang kononnya bertentangan Islam menunjukkan pemikiran sebenar ataupun tersirat terhadap perempuan secara am ahli-ahli fuqaha' yang terlibat dalam penggubalan undang-undang berkenaan.