Nampaknya isu kerajaan perpaduan, yang diwar-warkan oleh beberapa pemimpin PAS dan dijadikan bahan politik oleh pemimpin UMNO akan berakhir. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menolak cadangan kerajaan perpaduan. Ketika isu tersebut hangat dibincangkan, para pemimpin UMNO rata-rata begitu menyambut baik cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan, dengan alasan bahawa sebuah kerajaan perpaduan dapat “memulihkan semula” perpaduan di antara orang Melayu-Islam di negara ini. Mengikut mereka, orang Melayu kini sudah berpecah tiga mengikut parti politik: UMNO, PAS dan PKR.

Sebenarnya bicara tentang perpecahan politik Melayu ini bukannya baru. Sejak berlakunya tsunami politik Mac 2008, banyak pihak telah memperkatakan tentang bagaimana kuasa politik orang Melayu telah menjadi “lemah”. Seringkali dikatakan bahawa sekiranya orang Melayu tidak memegang kuasa politik, mereka akan tenggelam di negara ini. Dikatakan bahawa kuasa politik ini akan memastikan bahawa orang Melayu tidak dipinggirkan dan juga memastikan bahawa segala perancangan nasional akan memuatkan “agenda Melayu”. Mengikut teori ini, apabila orang Melayu tidak menyokong UMNO, maka UMNO akan menjadi lemah. Dan apabila UMNO lemah, maka orang Melayu juga akan menjadi lemah.

Hakikat sebenarnya adalah UMNO tidak lagi menjadi parti tunggal untuk orang Melayu. Sejak krisis politik tahun 1998, sokongan politik orang Melayu tidak lagi berpihak kepada parti UMNO sahaja. Walaupun UMNO telah sedikit sebanyak memulihkan sokongan orang Melayu yang merudum begitu teruk ketika krisis tersebut, sokongan tersebut tidak seperti tahap-tahap yang terdahulu. Tsunami politik Mac 2008 berlaku kerana sokongan bukan Melayu kepada Barisan Nasional telah berkurangan dengan ketara dan sokongan orang Melayu untuk UMNO hanya berada pada lebih sedikit daripada separuh.

Mungkin satu ketika dahulu, orang Melayu boleh bersatu di bawah “payung” UMNO. UMNO-lah pilihan utama orang Melayu. Parti-parti politik yang lain sukar mendapat tempat di dalam hati orang Melayu. Tetapi orang Melayu kini lain daripada orang Melayu dahulu. Zaman di mana “UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO” telah berakhir. Lebih penting lagi, orang Melayu kini semakin membangun dan berkembang. Orang Melayu kini mempunyai pelbagai ideologi dan fahaman politik. Ada yang mahukan agenda Melayu dijadikan agenda nasional. Ada yang memperjuangkan apa yang dikenalpasti sebagai “hak-hak” Melayu. Ada yang ingin membentuk sebuah negara Islam. Ada yang ingin menjadikan agama sebagai panduan dalam menerajui negara ini. Ada yang mahukan kesamarataan di antara kaum. Ada yang mahu dasar-dasar yang adil kepada semua kaum. Tidak mungkin kesemua fahaman-fahaman ini boleh bergabung di bawah naungan sebuah parti.

Kita tidak perlu gentar kerana orang Melayu mempunyai mempunyai fahaman politik yang berbeza. “Perpecahan” politik orang Melayu adalah suatu perkembangan semulajadi yang menunjukkan bahawa orang Melayu kini semakin maju. Minda Melayu telah mengalami suatu revolusi, menjadikan mereka semakin kritikal dan tidak lagi menerima apa yang diberitahu oleh pemimpin mereka dengan seadanya. Orang Melayu sudah boleh menilai dan membentuk pendapat mereka dengan sendiri. Mereka tidak lagi memerlukan pemimpin-pemimpin mereka untuk memutuskan apa yang terbaik untuk mereka.

Kuasa politik Melayu tidak akan menjadi lemah hanya kerana UMNO bukan lagi pilihan tunggal orang Melayu. Malahan, didapati bahawa selepas pilihanraya umum tahun lalu, bilangan ahli Parlimen Melayu telah bertambah berbanding dahulu. Jadi bagimana dakwaan boleh dibuat bahawa kuasa politik Melayu sudah semakin goyah?

Apa yang lebih penting daripada perpaduan politik mengikut kaum adalah kematangan dalam berpolitik. Ahli dan penyokong parti politik tidak perlu bertelagah, bergaduh dan berhiruk-pikuk untuk setiap isu yang timbul, hanya kerana mereka berbeza ideologi politik. Kerjasama merentasi batas-batas kepartian adalah penting bagi menyelesaikan isu-isu yang melanda negara ini. Ahli dan penyokong parti politik haruslah bersedia untuk meninggalkan fahaman politik bagi sesetengah perkara demi mencapai kebaikan bersama.

Perpecahan politik orang Melayu sebenarnya tidak dapat dielakkan. Dan sekiranya pihak-pihak yang begitu gah memperjuangkan nasib Melayu ingin melihat orang Melayu maju kehadapan, maka perpecahan politik ini seharusnya diraikan dan bukannya ditangisi.

Untuk membaca artikel-artikel atau komen-komen lain oleh Syah, sila ke blog beliau “Refleksi Minda” di sini.

Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda dan seorang rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Dia melihat dirinya sebagai seorang pengkritik politik dan pengulas sosial. Tetapi dia sebenarnya...

3 replies on “Melayu tidak memerlukan perpaduan politik”

  1. Salam dari Melayu Bersatu
    http://kitaanakmelayu.blogspot.com

    Dengan kerana BABI— DAP tikam belakang PAS

    DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi

    Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.

    Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat…

    Tak layan.. pecat juga… malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula… begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.

    Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN…

    Eh wahh sedapnya mulut,

    dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,

    Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng – jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online

    Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan… macamana ni… BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI

    Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat… NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?

    DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam

    DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu… entahlah

    pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia

    1. Bangsa ni mmg xblh dipercayai, ambil pengajaran drp sejarah moyang2 mereka di China. Sikap tamak, mementingkn diri dan keluarga, monopoly, manis mulut dan sebagainya memang sikap org cina drp dulu lg….. Nak harapkan pemimpin melayu dalam PR mempertahankan Melayu??? Semuanya terikat dgn agenda DAP, asal dpt jadi MP…

  2. kasihanlah kita orang orang Melayu, selalu dipergunakan dan dipermainkan oleh pemimpin pemimpin Melayu dan raja raja Melayu kita dengan isu isu perpaduan kaum , isu isu perpaduan agama dan isu isu kedudukan istimewa yang kononnya mempertahankan orang Melayu, tapi sebenarnya mempertahankan kepentingan mereka sendiri sahaja.

    Sedarlah orang Melayu, hanya demokrasi dan keadilan yang boleh mempertahankan hak rakyat

Comments are closed.