Badan Peguam dan Isu-Isu Hak Asasi Manusia

Sebagai masyarakat yang bertamadun tinggi, kita seharusnya sedar bahawa kehidupan ini adalah berdasarkan keamanan seperti yang disaran oleh setiap agama di dunia ini dan juga menghormati hak asasi manusia yang sedia ada. Kini, sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat dunia menyuarakan pendapat mereka terhadap isu-isu hak asasi manusia melalui perhimpunan aman dengan tujuan suatu resolusi dapat dikecapi. Anehnya, perkara ini sering kali dilupakan oleh sesetengah golongan yang kononnya ingin menjaga keselamatan negara dan bertindak melampaui batas ke atas perhimpunan aman yang ditunjukkan oleh sesetengah golongan lain yang prihatin terhadap isu-isu terkini hak asasi manusia.

Persoalannya adalah, mengapakah setiap kali Badan Peguam di negara ini yang ingin memperbetulkan sesuatu yang salah di sisi undang-undang atau melakukan tugasan statutori, harus dipersalahkan dan dimalukan serta dilabelkan sebagai haram? Apakah asas bagi tuduhan yang tidak munasabah ini?

Perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku di negara yang berdemokrasi seperti Malaysia yang seringkali melaungkan kepentingan hak asasi manusia di mata dunia. Apakah gunanya hasrat negara yang selalu menitikberat dan mengkritik penganiayaan ke atas hak asasi yang berlaku di negara lain, sedangkan hak asasi di negara ini tidak dihormati sama sekali. Pihak kerajaan seharusnya mengetahui bahawa negara ini adalah negara berperlembagaan yang mempunyai undang-undang negara yang tertinggi iaitu Perlembagaan Persekutuan, dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri menjamin hak asasi setiap manusia di negara ini.

Pada amnya, memang diakui bahawa tugasan memelihara keamanan dan hak asasi manusia adalah suatu tugasan bersama, dan telah dikhususkan kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang lain supaya pemantauan berterusan dan bersistematik dapat dijalankan pada masa ke masa di negara ini. Akan tetapi, tugasan ini tidak diberi keutamman oleh pihak-pihak yang telah dipertanggungjawab tersebut kerana mereka telah gagal memahami peranan utama mereka dan telah terpesong ke arah pro-politik. Malah, mereka menuduh pihak-pihak lain yang ingin memperbetulkan kesilapan mereka sebagai menyalahi undang-undang serta diambil tindakan tanpa memberi penjelasan yang munasabah.

Akibat kegagalan pihak-pihak yang telah dipertanggungjawab dengan tugasan tersebut, pihak-pihak lain seperti Badan Peguam terpaksa tampil ke hadapan dan mengambil tindakan aktif dalam menyuarakan isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di dalam dan di luar negara. Seharusnya, peranan yang dimainkan oleh Badan Peguam adalah dihormati dan dijadikan contoh oleh badan-badan yang lain serta digalakkan kerana tugasan Badan Peguam tidak menyalahi samada undang-undang negara ini mahupun undang-undang hak asasi manusia. Masyarakat harus peka bahawa tindakan Badan Peguam bukanlah suatu tindakan bagi mengaut keuntungan atau mendapatkan publisiti murahan seperti yang dilakukan oleh sesetengah golongan yang lain di sebalik kemashyuran mereka tetapi merupakan suatu tugasan bersama oleh setiap peguam yang merupakan subjek di negara ini.

Peranan yang dimainkan oleh Badan Peguam seharusnya diberi sokongan padu bukan sahaja oleh masyarakat umum tetapi juga badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Hal ini kerana, niat baik Badan Peguam akan terganggu sekiranya pihak lain yang lebih agresif mengambil tindakan menghalang saranan Badan Peguam yang juga merupakan forum yang tidak berpolitik khusus untuk masyarakat menyuarakan pendapat mereka. Di sebalik cemuhan dan tentangan berterusan yang diterima oleh Badan Peguam dari pelbagai pihak, Badan Peguam tetap akan betekad menangani isu-isu hak asasi manusia sekiranya pihak-pihak lain gagal mencari jalan penyelesaian segera.

Sememangnya, Badan Peguam bukanlah calang-calang badan perundangan, kerana ia akan memperjuangkan ideologinya yang berdasarkan tanpa ketakutan dan pilihan di mana sahaja jika perlu. Masyarakat juga perlu mengetahui bahawa apabila Badan Peguam tampil untuk menyelesaikan sesuatu isu, maka isu tersebut adalah sesuatu yang serius yang memerlukan pemerhatian sempurna dan penyelesaian segera.

Recommended Reads:

Tribute: Roger Tan Retires as Bar Council Webmaste...
Tribute to Allahyarham Yang Mulia Raja Aziz Addrus...
A New Attorney General
A Law Degree or Just Any Other Degree?

Tags: , ,


Posted on 2 June 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by Thirunavakarasu Vijayan.

Read this first: LB Terms of Use

One Response to Badan Peguam dan Isu-Isu Hak Asasi Manusia

  1. Inside bar

    Wahai badan Peguam yang professional, isu-isu yg hendak korang perjuangkan ialah isu yg tidak masuk akal dan bermotifkan POLITIK. KALAU NAK BERDEMONSTRASI GUNAKAN SALURAN YANG BETUL .KENAPA MESTI DEMONSTRASI JALANAN. DAN TIDAK DIADAKAN DI STADIUM OR TEMPAT2 YG LEBIH MENAJMINA KESELAMATAN MASYARAKAT UMUM. Badan Peguam skrg ni di manipulasi oleh pihak PEMBANGKANG.