Terdapat beberapa pendapat dan ulasan dalam media massa baru-baru ini yang menyuarakan perasaan tidak menyelesakan berkenaan peranan seramai lebih dari 20 anak-anak muda JERIT yang telah mengayuh basikal-basikal mereka sempena kempen basikal JERIT ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’. Pendapat-pendapat dan ulasan-ulasan ini telah menimbulkan perasaan yang amat tidak menyenangkan kerana ia sama sekali tidak memberi perspektif yang jelas.

Bagi tujuan menyelaraskan rekod:

1. Pasukan ‘Urgent Arrest’ yang terdiri dari peguam-peguam Jawatankuasa Hak-Hak Asasi Manusia dan Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Majlis Peguam telah berada di balai polis Rawang pada malam 15 – pagi 16 Disember untuk memberi bantuan guaman serta berunding dengan pihak polis berkenaan tangkapan dan tahanan lebih kurang 60 aktivis JERIT (termasuk anak-anak muda tersebut). Kami, antara lainnya, telah menemuramah dan memberi nasihat kepada saudara-saudari yang telah ditahan.

2. Pada setiap masa material, kami dimaklumkan bahawa anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan. Dalam itu, sebarang kenyataan formal yang diambil oleh pihak polis (jika ada) adalah tidak sah di sisi undang-undang. Walau apa pun, kami sendiri tidak melihat proses pengambilan kenyataan dilaksanakan oleh pihak polis.

Oleh yang demikian, ia menghairankan bagaimana kesimpulan boleh dibuat yang mengatakan anak-anak muda tersebut tidak tahu atau tidak faham berkenaan asal-usul kempen basikal tersebut. Malahan, kami telah berbincang dan bersembang dengan anak-anak muda dan mereka berpengetahuan berkenaan tujuan kempen tersebut, dan jelas ingin meneruskan perjalanan basikal mereka ke Parlimen.

3. Walaupun anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan, pihak polis dan pihak Kebajikan ingin ibubapa mereka datang ke balai polis untuk mengambil dan membawa balik anak-anak mereka. Ada di kalangan ibubapa tersebut yang telah ditangkap dan ditahan di balai polis pada masa yang sama, dan kebanyakan dari ibubapa yang lain berada di luar negeri Selangor/KL. Kami dimaklumkan bahawa anak-anak muda tersebut tidak dapat diambil oleh sesiapa orang melainkan ibubapa mereka sendiri.

Sekali lagi, ia menghairankan mengapa syarat ini diperlukan memandangkan anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan dan kebenaran bertulis/lisan telah diberikan kepada mereka untuk menyertai kempen JERIT. Autoriti juga telah diberikan kepada ‘guardian’ anak-anak muda tersebut untuk menjaga mereka.

Dalam solidariti, semua anak-anak muda tersebut telah akhirnya mencapai keputusan untuk tinggal bersama-sama di balai polis.

4. Kempen basikal JERIT ini telah menyeru secara aman damai, antara lainnya, pemansuhan ISA, pengawalan harga barangan, penggubalan Akta Gaji Minima, larangan ‘privatisation’ terhadap antara lainnya bekalan air, perkhidmatan perubatan dan pendidikan, dan peruntukan rumah selesa kepada rakyat. Walaupun ada di kalangan kita yang tidak bersetuju dengan permintaan-perimintaan ini, hak-hak berkumpulan, bersuara dan berhimpun (termasuk menyebarkan informasi, maklumat dan pendapat) pengayuh-pengayuh JERIT mesti dihormati. ‘Even if we do not like the message, we should not shoot the messenger’. Masyarakat majmuk Malaysia juga mempunyai hak menerima informasi, maklumat dan pendapat orang lain selaras dengan hak bersuara kami. Hak-hak ini adalah ‘inter-dependent’ dan ‘inter-related’.

5. Secara khususnya, anak-anak muda kami mempunyai perlindungan tersendiri dalam undang-undang hak-hak asasi antarabangsa Convention on the Rights of the Child’ (CRC) seperti yang tertera dalam artikel-artikel 12, 13, 14 dan 15. Peruntukan-peruntukan CRC boleh dikatakan telah mencapai status ‘customary international law’ yang perlu diikuti oleh negara-negara ‘civilised’ walaupun terdapatnya ‘reservations’ yang telah difailkan oleh Malaysia terhadapnya. Lagipun, ‘legitimate expectations’ rakyat Malaysia bahawa anak-anak muda kita akan diberikan perlindungan yang sewajarnya di bawah prinsip-prinsip hak-hak asasi antarabangsa perlu diiktirafkan.

Diharap perkara ini tidak timbul lagi dan dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa sebarang lagi kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia.

Life's a sufferance. Lawyering a bore. As Edmund continues various escape techniques to be rid of Lord Bobo’s influence, he crusades with UndiMsia! movers to build strange youth love movements around...

One reply on “Isu anak-anak muda JERIT: Hentikan penindasan rakyat tertindas”

  1. In the continuing language education classes I am taking from Dara Waheda, I think all of us can learn a little too. Thank you Dara Waheda for your time and this:

    "Baru-baru ini pelbagai pendapat dan ulasan yang berupa suara tidak puas hati disiarkan oleh media massa berkaitan pembabitan lebih dari 20 anak-anak muda JERIT yang telah mengayuh basikal-basikal mereka dalam kempen basikal JERIT 'Rakyat Pengayuh Perubahan'. Kebanyakan pendapat dan ulasan ini telah menimbulkan perasaan yang amat tidak menyenangkan kerana ia sama sekali tidak memberi perspektif yang jelas.

    Bagi tujuan penyelarasan rekod:

    1. Pasukan 'Urgent Arrest' yang terdiri daripada peguam-peguam Jawatankuasa Hak-Hak Asasi Manusia dan Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Majlis Peguam telah berkumpul di balai polis Rawang sejak malam 15 Disember sehingga pagi 16 Disember untuk memberikan bantuan guaman serta berunding dengan pihak polis berhubung tangkapan dan tahanan lebih kurang 60 aktivis JERIT (termasuk anak-anak muda berkenaan). Kami, antara lainnya, telah menemuramah dan memberi nasihat kepada mereka yang telah ditahan.

    2. Pada setiap masa material, kami telah dimaklumkan bahawa anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan. Sejajar dengan itu, sebarang kenyataan formal yang diambil oleh pihak polis (jika ada) adalah tidak sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, kami tidak menyaksikan sendiri proses pengambilan kenyataan dilaksanakan oleh pihak polis.

    Oleh yang demikian, kesimpulan yang mengatakan bahawa anak-anak muda tersebut tidak tahu atau tidak faham asal-usul kempen basikal tersebut adalah sangat memusykilkan. Malahan, kami telah berbincang dan berbual dengan anak-anak muda berkenaan dan kami dimaklumkan mereka tahu dan sedar akan tujuan kempen tersebut, dan jelas ingin meneruskan kayuhan mereka ke Parlimen.

    3. Walaupun anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan, pihak polis dan pihak Kebajikan tetap mendesak supaya ibubapa mereka datang ke balai polis untuk mengambil dan membawa pulang anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ada di kalangan ibubapa mereka yang telah ditangkap dan ditahan di balai polis, manakala kebanyakan dari ibubapa yang lain berada di luar Selangor/KL. Kami dimaklumkan bahawa anak-anak muda berkenaan tidak boleh dijemput oleh pihak lain melainkan ibubapa mereka sendiri.

    Sekali lagi, adalah menghairankan mengapa syarat ini diperlukan memandangkan anak-anak muda tersebut tidak ditangkap atau ditahan lebih-lebih lagi kebenaran bertulis/lisan telah diberikan kepada mereka untuk menyertai kempen JERIT. Autoriti juga telah diberikan kepada penjaga anak-anak muda berkenaan untuk menjaga mereka.

    Sebagai menunjukkan kata sepakat, semua anak-anak muda tersebut akhirnya mencapai persetujuan untuk tinggal bersama-sama di balai polis.

    4. Kempen basikal JERIT ini telah menyeru secara aman, antara lainnya, pemansuhan ISA, pengawalan harga barangan, penggubalan Akta Gaji Minima, larangan 'privatisation' terhadap keperluan-keperluan penting seperti bekalan air, perkhidmatan perubatan dan pendidikan, dan peruntukan rumah selesa untuk rakyat. Walaupun ada di kalangan kita yang tidak bersetuju dengan permintaan-perimintaan ini, hak-hak berkumpulan, bersuara dan berhimpun (termasuk menyebarkan informasi, maklumat dan pendapat) pengayuh-pengayuh JERIT mesti dihormati. 'Even if we do not like the message, we should not shoot the messenger'. Masyarakat majmuk Malaysia juga mempunyai hak menerima informasi, maklumat dan pendapat orang lain selaras dengan hak bersuara yang kita miliki. Hak-hak ini adalah saling bergantungan dan saling berkaitrapat.

    5. Secara khasnya, anak-anak muda kita mempunyai perlindungan tersendiri di bawah undang-undang hak-hak asasi antarabangsa 'Convention on the Rights of the Child' (CRC) seperti yang diperuntukkan dalam artikel-artikel 12, 13, 14 dan 15. Peruntukan-peruntukan CRC boleh dikatakan telah mencapai status 'customary international law' yang perlu diikuti oleh negara-negara yang bertamadun walaupun terdapat reservasi yang telah difailkan oleh Malaysia berkenaannya. Lagipun, harapan-harapan sah atau 'legitimate expectations' rakyat Malaysia untuk melihat anak-anak muda kita diberikan perlindungan yang sewajarnya di bawah prinsip-prinsip hak-hak asasi antarabangsa perlu diiktirafkan.

    Diharap perkara seperti ini tidak timbul lagi dan jika ada, diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa disusuli kenyataan-kenyataan yang sebarangan yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia."

Comments are closed.